Agak rasa malas untuk update blog ini, terasa sengal dan macam-macam perasaan berbaur, namun aku tetap tulis juga. Kali ini berkenaan dengan Kem BoU pada hari sabtu yang lalu bertempat di Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
3 tahun Tak MaNdi Pantai
Secara ringkasnya, kem tersebut memenuhi objektifnya iaitu merapatkan ukhuwah sesama ahli GNCC (guidance club) Kolej MARA Banting. Perasaan sungguh gembira tatkala diberitahu akan mandi-manda di pantai. Lebih kurang 3 tahun rasanya aku tidak membasahkan badan mandi di tepi pantai. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga. Walaupun dulu bersekolah di MRSM Langkawi dan pantai dan laut adalah pandangan biasa, tapi aku tak punyai peluang untuk bermandi-manda.
Buddy dan A-8
Buddyku ialah Akmal Hayat. Walaupun buddy, tapi aku telah dibelasah teruk oleh beliau semasa War Game tempoh hari. Aku pada mulanya target untuk membunuh orang lain, tapi sedar bahawa peluru air aku telah habis, Akmal Hayat muncul secara tiba-tiba membuatkan aku betul-betul terkejut dan terus dibelasahdengan peluru airnya. Tapi takpe lah, tak sakit pape pun, cuma tak puas hati sebab salah strategi. A-8 pulak nama kumpulan aku, entahlah macamana dapat nama ini, tapi yang aku tahu ianya adalah nama baju Zahid. Ahli-ahli terdiri daripada Zubair, Zahid, Hanis, Rusman dan Faqih. Walaupun tiada kemenangan yang banyak, bagiku semangat kekentalan adalah perlu.
Sun-Burn
Aku terlupa untuk membawa Lotion Banana Boat yang dibeli khas untuk panas terik dalam permainan Frisbee. Memang menyesal tidak bawa. Kesannya, kulit aku bertukar gelap dan rasa pedih mula menusuk. Jadi lain kali jika nak berjemur, memang kena bawa banana boat. Mneyesal!
Co-Chef
Makan malam dimasak olah Chef Zubair. Pada waktu ini, aku teringat akan kata ibuku. Ibuku sudah pun berpesan agar aku belajar memasak semasa cuti panjang yang lalu. katanya nanti jika dah fly kena masak sndiri. Tapi aku pulak buat-buat tak faham, alasannya masih awal. Tengok Zubair masak buat aku bersemangat untuk belajar dengan ibuku pada cuti kali ini. Kalau boleh aku nak belajar masak macam-macam, bukan setakat masak nasi ja,
Ukhuwah ITU
Benar, banyak juga yang dipelajari. Walaupun sedikit, kadang perasaan ukhuwa itu membina satu kekuatan dalam diri kita. Mungkin kita tidak sanggup bersolat di tengah khlayak ramai di tepi pantai, tapi denga ukhuwah semua itu mampu direalisasikan. Biar orang bukan Islam melihatnya. Biar Orang Islam sendiri kagum untuk membuatnya juga. Pantai bukan sekadar tempat berhibur tapi juga untuk beribadah, biar sejarah tunggang-tonggenng sejarah kedatangan Islam yang bersolat di tepi pantai berulang. Agar hari ini kita dapat lihat Islam ditegakkan di mana-mana oleh generasi perubah dunia. Agar Kita dapat merasai kehebatan Islam itu kembali.
Trivia: inilah jadinya jika lambat bertindak; Denda
Main game pun Ukhuwah!
5 comments:
fuyoh
best!
~sunburn mcm Okonkwo~
Yard: best2.. hehe, letih gak ar..
Asyriq: serius gelap doh.
awat sket sgt gambaq tu...
~BoU antara kem pling best aku pnah pegi...xtipu...~
ada gambaq, tapi internet slo mcm ciput, so, nak upload pun sgkut2. x tipu mmg best, hehe,..
Post a Comment