Monday, October 19, 2009

Cinta Koyak VS Cinta Kasih



Isu ini sengaja dikupas secara pandangan peribadi pengarang yang menganggap jiwa pemuda perlu dididik lagi. Penulis tidak menafikan kebaikan jika cinta disalurkan atas tujuan perkahwinan tetapi penulis ingin meluahkan idea terhadap kekurangan yang perlu ditampung.

Fuh! ini isu 'koyak' ker? Barangkali ada tertanya-tanya dan mungkin ada yang menanggap diri ini telah 'terkoyak'. Tiada unsur 'koyak' dalam diri ini. Perkataan 'koyak' adalah term yang digunapakai dalam menceritakan perasaan kecewa teramat dan ia paling sesuai.

Sebenarnya tidak langsung terkoyak dan tidak pernah terkoyak. Jiwa pemuda perlu dikikis dari sifat kekoyakan ini. Jiwa pemuda jiwa yang cemerlang. Jiwa yang penuh darah kemerahan. Apabila semangat dijulang dipadu dengan sergahan api kekuatan dan iman nescaya jiwa pemuda mampu bertahan. Biarlah datang segala ancaman, tapi syabab yang berpendirian tidak akan mengaku kalah.

Dan jiwa pemuda tidak akan mengiyakan tipu daya sementara. Tiada unsur kekoyakan.Pada hemat penulis, pada masa gemilang ini, tidak perlu jiwa dilengahkan dengan unsut kekoyakan, penulis maksudkan ialah bercinta, dua sejoli dan lain-lain. Islam memberi garis lurus yang jelas. Mungkin berpendapat sudah tiba masanya. Tapi pada hemat penulis yang lebih utama ialah pembangunan iman dan taqwa adalah lebih vital dan konkrit.

Jiwa pemuda perlu di basahi jiwa berkasih sayang sesama insan bukan bercinta atas dasar perbezaan jantina. Melihat kepada sejarah umat Islam, Pemuda yang hebat seperti Saidina Ali, Tariq bin Ziad dan tokoh-tokoh lain, semuanya mempunya nilai kasih sayang yang tinggi tetapu merendahkan pangkat cinta terhadap jantina untuk sementara waktu. Mereka salurkan pada jalan yang benar iaitu berkahwin.

Penulis memerhatikan beberapa orang rakan yang dulunya mantap dari segi kehebatan diri dan prestasi, tapi tatkala rakan itu mula menuju ke arah 'kekoyakan', kelihatan dia terus berubah kepada lebih mundur. Aduh, bukan ini yang pemuda perlu cari. Pemuda perlu bingkas faham dan bertindak. Kita ada pilihan, kita perlu cemerlang, umat Islam umat gemilang, berfikiran positif dan tenang. Rasional dalam berfikir, Bersemangat dan berjuang, ceria dalam perjuangan,. jelas dalam kesamaran.

Jadi wajarkah "KEKOYAKAN" dibiarkan berleluasa? Bersediakah generasi syabab menghadapi segala ujian era teknologi ini?????


2 comments:

Heidy said...

kalaulah semua pemuda berfikiran seperti anda, mengetahui sifat "kekoyakan" hanyalah menunjukkan kelemahan diri, mungkin kata2 "aku koyak!" tidak akan pernah wujud..

Amin Rukaini Mustafa said...

jalan terbaik ialah tarbiyah dan pemantapan diri.