Thursday, October 15, 2009

Jam Biologi Menggila

Alhamdulillah, sudah agak lama saya tidak memasuki dunia blogging ini, hanya sekadar merewang-rewang menatapi blog kawan-kawan. Agak sibuk bulan ini, semester tiga memberi impak maksimum dengan berbagai-bagai assignment perlu disiapkan, bak kata sahabat saya, semester tiga ini, andaikata saya mampu berjuang dengan baik maka saya bolehlah dikatakan bersedia untuk berkahwin kerana demand kerja semester ini bak seorang lelaki yang telah berumahtangga! Betulkah demikian rupa?? Tapi rasa biasa sahaja, apa yang susahnya. lala~

Sedar tidak sedar beberapa peristiwa penting telah pun berlalu, jadi saya singkaktkan pada nota di bawah ini, antara aktiviti-aktiviti yang lalu ialah:

-Jamuan hari raya peringkat kolej (saya terlepas lagi, huhu)
-Frisbee friendly match dengan INTI university
-Pilihan Raya MPP 10/11 (saya sebagai SPR)
-Kelas IELTS bermula
-TOK Presentation bakal tiba (seminggu lagi)
-EE hampir siap (last touch up)
-IA business final sudah dihantar
-Fish4Life mula bergerak

Jadi beberapa event penting pula yang bakal tiba ialah:

Paintball Clinic anjuran FIsh4life team for fundrising
Kem BoU GnCC
REgsitration IELTS
Sport Carnival (Violet Frisbeean!)
TEst IA (besok!, hehe)
TOK discussion for presenttion

Itulah sedikit sebanyak tatapan yang dapat saya berikan tentang kesibukan IB di KMB. Banyak lagi, cumanya kalau dimasukkan semuanya, anda tidak sanggup melihatnya.


Jam Biologi Berubah
Ya, benar, Jam bilogi saya telah berubah. Saya terlelap selepas maghrib seketika tadi. Memang saya terkantoi tidak menghadiri ceramah agama malam jumaat! (OoppS!) .Apa pun tidak disengajakan tapi atas desakan keletihan teramat selepas berhempas pulas petang tadi. Saya berlatih Ultimate Frisbee dengan penuh semangat. Keletihan berpuasa tidak menghalang saya berjuang berhabis-habisan di padang. Perlawanan pertama akan muncul pada hari Isnin ini. Sport karnival bakal bermula.

Apabila saya bangun dari tidur, saya merasakan seolah-olah pukul 6 pagi, padahal jam handset saya baru menunjukkan 1 pagi. Selesai solat dan tahajud, kerja sampingan disiapkan dan saya menyambung mengulangkaji beberapa pelajaran. tenang sungguh malam begini. Badan masih kesengalan otot. Letih bangat agaknya. Besok bakal tiba. hari baru yang gemilang perlu dilalu! Ayuh!