Monday, September 28, 2009

Khas Buat Sponsor - MARA -

Pernah dahulu seingat aku, aku pernah tengking kekawan semasa aku gah menjadi LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) semasa belajar di MRSM BITARA Langkawi yang gah itu. Memandangkan aku baru dilantik menjadi Naib Presiden II, merangkap Ketua Biro Akademik LDP 06/07, dengan gahnya aku dan teman sejawat (Skod) memberi 'ceramah' di hadapan kaum lelaki batch aku.

"Kita jangan duk leka, Kita ada amanah! Amanah RAkyat! Nanti kita akan ditanya pada akhirat kelak! Kita mai sini bukan untuk main-main, lepak2!! (dengan nada yang cukup tegas dan garang).
Kerna aku benar-bernar sedar pada ketikat itu, tapi selepas 'ceramah' itu, aku rasa diri aku sudah bukan aku, aku rasa bersalah teramat, mungkin nada yang terlalu menengking. Maafkan aku kekawan, tiada niat untuk ego pada masa itu,

Di bawah ini, khas buar sponsor yang aku anggap buka s kadar sponsor tetapi satu AMANAH!! Kepada kawan-kawan di KMB khususnya dan di luar sana, di tanah air mahu pun di perantauan, kita diikat pada sponsor yang sama, under tajaan MARA, jangan leka, jangan rugikan masa, kerna setiap nasi yang kita makan dari duit MARA itu adalah hak rakyat, satu amanah, yang masuk ke dalam perut kita menjadi tenaga, andai kata kita tidak salurkan tenaga itu mengikut saluran yang betul, maka bolehlah dikatakan 'haram' makanan tersebut. Nauzubillah. Moga-moga kita sedar dari masa ke masa kita peringat-ingatkan. Dan ayuh kita teruskan perjuangan kita menegakkan agama, bangsa dan negara!

Terimalah..




MARA

Sebuah nama keramat
Lahir dari percikan amarah
suatu bangsa yang mundur sosio-ekonominya
masih menadah tangan
menjadi peminta di tanah airnya
yang hampir sepuluh tahun merdeka.

Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA-Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan
Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan
Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.

RIDA yang berdetik pada tahun 1953
Ketika bara nasionalisma marak menyala
Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka
Suara Bumiputera yang semakin keras bergema
Kemunduran dan kemiskinan yang ketara.

Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima
Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama
Merumuskan segala duka nestapa bangsa
Bahawa kita memiliki telaga
Mengapa masih memegang talinya
Sedang orang mencapai timba
Maka segala gaung amarah dileburkan
Menjadi sumpah amanah suatu wawasan  
Pada detik 1966 yang menentukan
RIDA pun dikerandakan dalam sejarah
Untuk sebuah nama baru yang keramat
Majlis Amanah Rakyat
Kini lebih 25 tahun telah berdetik
MARA mencapai kedewasaan usia
Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera  Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan
Menilai kembali keberkesanan
AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan


-Usman Awang, Julai 23, 2007-

7 comments:

Yard said...

ha3
ak xleh bygkan
ko cakap dgn tegas!
btol3
amanah

asyriq said...

garangny ko amin..tp,aq lg pelik skod pun bagi ceramah pasal mara..haha

hanis fozi said...

amin!!
jgn mara!!!
hehe

tp papepn..wat rite is right
kte hidup ats amanh org lain
dosa pd Allah bleh mnta taubat
dosa pd mnsia???
haih

Amin Rox said...

Yard, haha once in my life, never do it again!

Amin Rox said...

haha, skod ceramah pasal benda lain, psal pe ntah tapi psal disiplin gitu la..

fatima said...

insaf la pulak. budak mara kaye jugak la tempat aku ni. kadang2 lupe tu bukan duit sendiri, tapi duit rakyat. insyaAllah ktorg stdy hard at the same time!

Amin Rox said...

Bagus2, teruskan perjungan fatimah!!