Thursday, September 10, 2009

Persoalan jiwa & hati

Sahur berlalu
Aku terjaga tatkala dikejutkan Zahid pada jam 5.30 pagi untuk bersahur. "Aduh, terlewat pula hari ini.." Hatiku berdesis dalam keserabutan otak yang masih belum hilang. Mamai. Semalam, aku tidur agak lewat, berkemas dan tertidur. Sahurku pagi ini hanyalah snek Appolo yang sudah masuk angin. Rasa kekurangan. Aku mencari sumber glukosa untuk menghadapi sian harinya. Jamahan supper jua tidak sempat aku ambil. Harap-harap besok, tubuh badanku mampu bertindak secara semula jadinya dengan merembes glukagon yang ada.

Banyak betul peti emelku pada pagi ini. Rasa janggal tatkala pagi-pagi sebegini dibelek aku peti-peti emel itu. Dan seperti yang aku agak ucapan daripada mereke, kawan-kawanku buatku sempena ulang tahun tarikh kelahiranku kali ke-19. Terharu. Berbaur pilu. Sudah 19 tahun, Wah, rasa macam sudah sangat dewasa! Masa berlalu begitu pantas. Terima kasih semua yang mengingatinya dan memberi semboyan semangat perjuangan. Ayuh sama-samakita merempuh onak kehidupan dengan penuh tawaduk dan jayanya!

Kesyukuran dan kesedaran
Namun, pada ketenangan hati, masih wujud kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Bahkan banyak sekali. Bukan tidak mampu ditangisi, bahkan selalu. Jiwa ini dan Dia yang memahami. Diri ini masih tidak sempurna. Kadang-kadang, diri ini jua pelupa. Diri ini jua masih tercari-cari. Sesegar angin pagi yang bertiup syahdu, hati ini jua mengharap kesempurnaan. Terasa jua hidup yang lalu adalah kematian yang merugikan. Bertambahnya umur bukan satu keseronokan. Bahkan satu petanda dan amaran dari Dia. Mampukan aku menghadapi hari-hari esok? Dan sediakan aku untuk menjawab hari-hari yang lepas? Umur mudaku, apa yang aku telah buat? Ke mana dan di mana aku telah pergi? Makan minumku, halalkah ia? Perbicaraanku, baikkah?? Semuanya merundung jiwa yang masih lemah.

Sesekali melihat alam ini, rasa kagum dengan keindahannya. Sejuta kesyukuran menanti seribu keampunan. Waktu dan masa berdetik dan berlalu. Sudah banyak yang dilalui, semuanya mematangkan jiwa. Semuanya membakar semangat. Semuanya berguna. Ada hikmahnya. Semua dipegang oleh Allah Azzawajalla.

Soal Hati??
Mungkin ini jualah yang sering ditanya. Adakah hati sudah berpunya? Sekali imbas persoalan ini menujah terus ke lubuk hati yang masih dijaga. Seolah-olah soalan seperi ini cuba menggegarkan pintu-pintu kebaikan. Kekasih hati? Aku tidak mampu meletakkan pada kata-kata, kerna bak kata Al-Imam Al-Ghazali, kecintaan atau perhubungan itu bukan letaknya pada manisnya bicara, tapi ingatan seseorang pada temannya. Maka aku tidak dapat menjawab persoalan ini secara terbuka, hanya sekadar kiasan yang berlapik. Tiada makna jika lagha, tiada erti jika leka, tiada keuntungan jika melalaikan. Letaklah hati pada kekasih yang hebat. Dia mengingati kita berkali ganda andaikata kita mengingatiNya. Pernah aku terbaca, Dr Syed Abdull Aid Al-Qarni berkata: "Bercinta dengan manusia itu menghampakan, tapi bercinta dengan Dia itu menggembirakan".

Tidak aku nafikan, banyak kali aku diserang tohmahan, gosip dan sebagainya, dan aku jua hampir terleka, hampir mengotori hati itu, hampir sekali aku terjunam ke daerah berbahaya, tapi aku bersyukur, Dia masih ada, Dia masih memberi aku kekuatan menyelamatkan aku daripada karam menongkah ketulan kealpaan. Wahai kawan-kawan yang suka bergosip, maafkan aku, aku perlu jaga hati. Kadang-kadang gosip kalian menggoyahkan kesucian itu yang belum pernah lagi disentuh sesiapa, sekali imbas, aku hampir berubah dari 'aku' kepada 'bukan aku'. -Noktah-


Azan udah berkumandang. Ketukan pintu untuk mengejut ke subuh kedengaran kuat sekali. Nampaknya, aku perlu berhenti di sini. Tidak sabar juga untuk pulang .. Jumpa lagi!!

5 comments:

Syamil said...

banyak nyer tulisan..
buat la double spacing..
susah kowt nak baca..
har3..

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hurm..hepy bezday amin!!!!same2 jugak kiter memanfaatkan umor yg dikurniakan allah..jadikan umo 19 taon tp ibadah kite bagai sudah hidop 119 tahun..

Amin Rox said...

To syamil, oh ini corat-coret lpas sahur, rasanya masih mamai lagi kot waktu tulih tuh..

Amin Rox said...

Thanks Atik, mmg paling comel ar!! (puji diri sendiri)

nadzirah baharuddin said...

erm...ada kalanya perlu utk kita menilai diri sendiri...bermuhasabah utk menjadikan kita insan yg lebih baik pd esok hr...futuristik skit!hahha

aha birthday boy...opps belated dh nih!misi hidup mesti diteruskan...all d best in d coming years!