Monday, September 14, 2009

Noktah Kekejaman

Wajarkah manusia melihat alam ini sebagai tempat mengejar kekayaan? Sejauh manakah mereka mampu mengaut segala keuntungan yang berlipa ganda itu? Beberapa darsawarsa yang lalu, pembangunan dibangunkan berterusan. Tapi adakah ianya bersepadu dengan iman dan takwa? Banyak persoalan demi persoalan yang menghujani bertubi laksana peluru mortar yang dilepaskan dari tentera rejim kesedaran!

Duni sudah semakin mengecil bukan? Mungkin ya mungkin tidak! Kekejaman sudah semakin kebiasaan dan tatkala mengenali mereka (kekejaman) sebagai satu wadah neutral. Tiada apa-apa. Pemodenan mereka tiada perhentian. Tiada noktah bersepadu. Mereka mengharung durjana penindasan, memangkas wahana ketenangan. Tiada noktah, tiada henti.

Tangisan si kecil meronta-ronta, air mata darah sekalipun, kepala mereka ditempbak berlubang dalam, darah mengalir membuak-buak, menyembur-nyembur pada tanah tumpah darah mereka. Semua menajdi saksi kaku. Semua melihat dengan perasaan senang. Hati perit tapi muka girang!! Apakah ini angkara dajal yang bakal tiba?!! Entah. MAsih tiada jawapan. Peluru menembui jantung, otak, hati dan macam-maca lagi. Merobek segala yang ada, meratah segala yang berharga! Kelak kiamat bakal tiba.

Durjana kemanusiaan bermaharajalela kembali. Dari tiada kepada sentiasa ada. Pada negara yang tenang pula, durjana kemaksiatan berleluasa. Hampeh! Hancur! DItelan oleh rejim kemungkaran! Apa ke jadah semua ini?! Di mana kekuatan kita? Di mana integriti umat kita? Inilah persolan maha besar. Dari ketua keluarga yang jelas sangat dayus, melempiaskan nafsu tanpa dibendung lagi, membiarkan isteri, anak-anak tercompang camping, dengan pakaian seurat benang, hampeh! Manusia peleka. Kita peleka!

Bahan bakar api neraka- manusia, batu-bata! Manusia memang tidak pernah mengambil iktibar. Sekali kena sekali ingat, kemudian lupa kembali. Sampai bila hendak begini?! Kita umat pertengahan. Kita umat kegemilangan akhlak, akidah, jiwa dan pembaharuan pemikiran. Ayuh wahai pemuda, ayuh tangkas kita berjuang atas landasan paksi kebenaran. Jauhi diri dari kebelengguan jahiliah yang kian muncul-muncul. Kita maju! Kita berperang secara total secara minda dan fizikal. Jihad melawan segala ancaman pemikiran. mati kita mati mujahadah fi sabillillah. Generasi kita generasi yang paling banyak diserang bertubi-tubi tanpa kita ketahui! Rebut peluang ini untuk berjuang!!! Ayuh! Dentuman kemaraan!!!

4 comments:

apayangmampu said...

sekali kte isytihar diri dlm dakwah
maka kte kne bersedia mnmpuh pahit dakwah i2
bsbrlh dlm kepahitn dakwah
tenangkn hati dgn gnjarn yg dijnjikan
syurga yg mnis yg kekal
masyaAllah

keep on blogging

...zUlaIkHA... said...

ghazwul fikr:serangan pemikiran..

serangan yang paling halus yang dilakukan oleh musuh2 Islam untuk melemahkan kekuatan umat Islam...

kita tak nampak jarum halus mereka kerana pemikiran kita sudah ter'nila' sedikit dengan segala hiburan yang mereka sediakan...

tol tu..kita sekarang adalah seorang peleka!

Amin Rox said...

Apyangmampu,yup, sama2 berjuang di jalan dakwah.

Amin Rox said...

Zulaikha, perang kita perang berbeza. lebih dahsyat lebih hebat..