Tuesday, September 22, 2009

Entri Terakhir Selamat Tinggal


Kadang-kadang untuk berubah perubahan perlu dilakukan. Seperti tajuk yang tertera di atas, sememangnya post kali ini merupakan entri yang terakhir. Aku akan melupakan dunia blogging mungkin buat selama-lamanya. Maaf kawan-kawan, aku terpaksa mengambil keputusan ini. Walaupun pahit tetapi apabila disebut tentang niat dan tujuan ia tetap perlu dilakukan.

Maaf kekawan, seandainya selama ini aku banyak menghasilkan idea yang kurang menarik dan tidak membantu sama sekali. Aku berundur atas tujuan murni. Aku berundur bukan sebab dipaksa tapi atas kerelaan. Aku berundur bukan jua kerana kekecewaan tapi lebih kepada kesedaran. Aku ada jalan juang aku. Aku perlu hidup cara aku. Selepas ini sekiranya blog ini gagal dimasuki, usah gelabah, usah takut, tiada apa-apa yang berlaku, hanya aku berundur, mungkin selama-lamanya.

Jika perubahan diinginkan, kita perlu berubah. Tapi aku akan tetap mengekalkan fundamental blog pertama aku iaitu Mahabahtullah, di situlah aku bermula dan mungkin di situ aku akan kekal. Jika tidak, selamat tinggal dunia blogging.

Mungkin kalian tertanya-tanya kenapa dan mengapa bukan?? Kalian usah gelisah, usah tertanya-tanya. tiada apa-apa berlaku kepada diri ini, sekadar mengikut angin perubahan. Sekadar mencari kelainan. Jadi dalam masa beberapa jam kiraan, blog ini secara rasminya akan ditutup. Selamat tinggal dunia Blogging. Selamat tinggal semua, para bloggers. Teruskan usaha anda. Anda mungkin selesa dengan keadaan anda. Usah cari perubahan.

Salam kenangan salam kejayaan!

4 comments:

Akmal Hayat said...

babai amin..
xde laa ak nk boley bc post2 yg koyak2 pasni..sob3~

dr.corona0810 said...

ala amin..
aku dah la ska bca blog ko..
sdey2.. isyk2...
x apa la...
it's up 2 u..
sbgai kwan, aku mnyokong kptsan ang..
k.. slamat berjya!!!

aiN_z said...

err
selamat tinggal kpd blog ini
tp jgn lupe kat blog saye
hehehe
;p
selamat berjuang!

Amin Rukaini Mustafa said...

Ye3, jgn sedih semua. Haish korang sediyh, aku lagi ar.

Tapi aku sedih pun la,ni post xde pape la.

P/s : semua post dalam blog ni berbentuk sastera, jadi sastera tu ada nilainyer, kadang2 x bererti pape.

Mengikut kate plato : sastera itu ibarat pentas kehidupan, kadang2 betul kadang x pun. :P