Thursday, August 20, 2009

Cuti Datang Lagi!!

Ye, cuti sudah tiba! Minda sudah tiba di rumah sebenarnya. Fuh, rasa tidak sabaq sekali rasanya. Banyak kerja perlu diselesaikan cuti ini. Jadual perancagan perlu dikeluarkan secepat mungkin, kalau tidak sudah pasti aku tak dapat nak cover semua. Sebenarnya aku agak rindu di rumah halaman. Rindu kepada anak buah yang baru sahaja dilahirkan. Ingin sahaja aku melihatnya membesar comel. Besok, kereta api ku bergerak pada pukul 8 malam. Satu penantian yang panjang jugak rasanya. Maka, sahur terpaksalah di atas kereta api.

Setiba di rumah, segala kelengkapan untuk ke kem motivasi G2S perlu disiapkan. Rasa seronok untuk kembali semula bersama Team yang amat mantap padaku. Team G2S! Rindu pada kalian semua. Bersama-sama kita berjuang di medan motivasi dan dakwah. Teringat kembali memori indah ketika di Bakai. Sangat seronok bekerrja dengan mereka. Diharapkan kem yang bakal dilaksanakan ini meninggalkan impak yang penuh signifikan. InsyaAllah. CAS bukanlah segala-galanya. Aku hidup bukan untuk CAS!

Lusa pula akan berpuasa. Madrasah semakin hampir sekali. Moga-moga madrasah ini memberi makna tersendiri. Ayuh, mencari keberkatan ramadan!!

4 comments:

Akmal Hayat said...

yep~

satu team yang kadangkala aku bangga berada di dalamnya..

kerjasama, humour, emo, serius, sentimental, instrumental..

gabungan semua ini menghasilkan sesuatu yang amat unik..

sangat indah..

insan pencinta ilmu said...

madrasah ramadhan bukan lagi madrasah menimba ilmu buat kita lagi, tetapi madrasah tempat kita menyampaikannya...
(dah lama x jenguk madrasah lama)

dr.corona0810 said...

bestnya balik..
doa2 la kami yg amek exam ielts esok... aaaa... x sbar nya nak blik!!!

syamil said...

haha.....post ini outdated....finally, we managed to hold such a great event skali lagi....smk SAbdullah dlm kenangan...hmhmh