Hati seindah salju
Tatkala mehnah itu menerpa
Hati mula dipaut rindu
Tatkala cinta padaMu
Membuak-buak tidak terperi
Mehnah oh Mehnah
Seindah putik bunga asmaradana
Tertanam di dasar kalbuku
* Mehnah -Ujian
Tapi, tatkala mehnah itu menerpa, kesedaran mula terasa. Bak IB profile, Reflective. Ya, Mehnah itu membawa kepada muhasabah diri. Diri ini mula sedar, diri ini masih tidak sesempurna kekasihNya, masih mencari jalan yang sempurna. Mehnah itu merungkai kebuntuan tatkala hidayah hampir terhenti. Ia menyedarkan kita, ternyata cinta dariNya masih ada.
Mehnah itu tidaklah sebesar mana, tapi sudah mampu membuat hati gundah gulana. Apa yang diharapkan hanya kesabaran dan ketentuan-Nya. Tawakkal adalah segala-galanya. Usaha pemula bicara. Aku yakin semua mehnah berhikmah. Wahai kalian, apabila mehnah tiba, kalian patut sedar bahawa Allah masih sayang pada entum semua. Carilah kasih sayangnya di situ.
6 comments:
segala-galanya berbalek kepada yang maha esa, Allah.itu lumrah alam.itu lumrah kehidupan...dan ini,satu perjalanan hidup yang harus ditempuh bagi menghadap Ilahi..
Syukran ya ukhti Atik. menenangkan jiwa..
Ujian dari Allah mengingatkan hati kita yang selalu alpa
Thanx for the post :)
disebalik setiap kesusahan itu, ada hikmahnya..
Allah menguji kita kerana sayang kpd kita..
To Zhafree: Allah maha penyayang.. Dia sentiasa mengingatkan kita.
Chu i: Thanks chu i..
Post a Comment