Sayu dan Pilu lidah mengelu seribu
Hati jauh dirundum dungu
Minda tenang tidak berlagu
Perasaan melayang seribu batu
Telah lama aku bersama dengannya. Telah lama aku pendam rindu padanya. Namun aku tidak mampu meluahkan sebaiknya. Dia pergi meninggalkan aku. Kami terpaksa berpisah. Jika dulu, aku mampu bermesej kerananya, bersembang dengannya, bermain-main dengan penuh mesra, namun, kini wajahnya tiada lagi, aku kesunyian teramat. Maafkan aku, memang salah aku. Aku tidak dapat memeliharamu dengan baik. Aku malu. Aku malu aku begitu alpa hingga melupakan dirimu. Aku insan biasa, pelupa.
Saat aku jatuh hati pada pandangan pertama, engkau jua aku pilih walhal banyak lagi yang aku mampu cari. Engkau jua yang menarik hatiku. Manis betul tatkala kita mula bersama. Engkau begitu sempura pada pandanganku. Tiada kecacatan. Maruahmu aku pelihara. Aku tatang bak minyak yang penuh. Di kala aku duka, engkau ju penghiburku, engkau jua yang mendedangkan lagu kegembiraan. Tapi kini, semuanya punah. Aku keseorangan. Maafkan aku. Semuanya salah aku.
Tiada siapa yang mampu menggantimu wahai teman yang aku anggap tidak jauh seperti seorang kekasih. Engkau hilang begitu sahaja. Namun aku perlu terus hidup. Penggantimu perlu dicari.Engkau berkhidmat begitu baik dan sempurna untukku. Andai kata kita berjumpa lagi, akan kupeluk rangkum dirimu, akan kujaga rapi.
Kepada pembaca, 'Dia' yang aku maksudkan bukanlah insan biasa. ' Dia' ialah Handset kesayanganku. 'Dia' hilang semasa aku sujud sembah pada yang maha esa. Siapalah si kejam itu yang sanggup menculiknya semasa kealpaan diriku.
Sebenarnya kawan-kawan, Handset ku itu berjenama Sony Erricson K530, bernombor 017-4257680 telah hilang, mungkin dicuri semasa aku mengimamkan solat maghrib. 15 minit kemudian, segala-galanya hilang. Memang kejam sungguh pencuri itu, surau jua jadi tempat kemaksiatan. Dia kejam, bukan pada diri ini, tapi pada dirinya! Diri ini tidak merasa apa-apa melainkan sedikit perasaan kecewa dan pilu kerana segala nombor kawan-kawan lama hilang begitu sahaja.
Jadi, kepada kawan-kawan lama, maafkan aku jika panggilan kalian tidak dijawab, mesej kalian tidak dibalas, bukan kerana aku lupa pada kalian semua, tapi kekasih itu hilang dicuri. Setakat ini aku lost contact. Cuma Yahoo mesengger penghubung terbaik. Jadi kiranya ingin berhubung, aku harap, gunalah YM sahaja.
Ini Yahoo ID aku: aminruk
Email : aminruk@yahoo.com
p/s : kepada budak2 KMB yang nak guna Dulang/ Talam untuk berbuka puasa, maaf, usah mesej lagi, tapi inform personally k...
Mungkin akan ada pengganti nombor baru. Aku harapkan kekasih baru mampu mengganti si 'Dia'.. Aku rindu, aku pilu.
Untuk melihat rupa paras 'Dia' klik di sini.
10 comments:
amin
kesian giler kat ko..
aku tumpang sedey la..
malam nih buat la solat hajat..
mintak org yg amek hp ko pulang kan balik..
x patut betul la..
kejam kot..
amek time org smyang.. dah la ko yg jd imam.. sabar ek..
pergh...tak beragak aa curi kat surau...
ikut la nasihat dr.corona atas nie
hehe
aku pun tolong doakan insyaAllah
Chu I : yep, dah buat da solat hajat, minta pulangkan itu satu la, tapi yg pnting minta dia sedar akan kesalahannya itu. tu lebih baik rasanya.
Mencuri = dosa besar
Hukuman dunia = ptotng tangan jer
Akhirat = Nauzubillah
Harap2nya semua orang jauhi kezaliman ini.
Zhafree:
ye, memang tidak beragak zhafree, dah la tepi al-quran lak, kat surau. ana fikir pn awal2 mmg x beragak la kalo orang curi. tapi apakan daya kalo bnda mmg x dapat dicari. Ditambah dengan ditutupnya hnadset itu jika dicall.. huhu..
tapi ada hikmah jua buat diri ini apabila hndset riada. rasa lebih aman damai..
sabar amin..
alhamdulillah sentiasa bersabaar..buka puasa dalam talam jom!!
ooo
jadi ko la yg hilang henset tu...
aku ingat sape
to Muslim:
Yep, hehe.. sape lagi..
Ish2
sape la amek ek
sian amin. terpaksa cari pengganti
he2
yard, dah jumpe dah penggantinya.!! lagi cun kot.. hehe
Post a Comment