Friday, July 31, 2009

Pelarian H1N1

Hari itu suasana mula tegang. Di bibir mulut orang ramai berbicara tentang H1N1. Semua muka tampak gelisah. Semua hati rasa gundah. Tapi tidak kurang jua yang happy semacam jer. "Besok kita akan cuti!" kedengaran suara-suara kecil muncul dari celah-celah kebisingan.

Aku ingin bercerita serba sedikit pengalaman aku menghadapi hari-hari yang susah dan 'mencemaskan' tatkala H1N1 'menyerang' KMB. Sekali lagi aku minta maaf kerana aku tidak mampu meletakkan sebarang gambar pada post kali ini memandangkan handset lama aku telah hilang, jadi tiadalah gambar-gambar menarik yang aku dapat ambil. Namun, dengan menggunakan kelancaran bahasa yang sedia ada, diharapkan kalian dapat faham.

Kebingungan + Kegusaran

Aku bingung tatkala H1N1 benar-benar dijumpai di KMB. Oh! Tidak, aku mungkin jua dijangkiti! Cuak dan was-was. Was-was aku untuk berjumpa dengan sesiapa. Maafkan aku kekawan andai aku asyik mengelak untuk bergaul, menjauhkan diri dari kalian semua. Aku mengikut apa yang telah aku pelajari, iaitu pentingya 'social distancing' dalam situasi sebegini rupa. Harap kalian faham. Aku gusar untuk bergaul. Harap-harap kita dijauhkan.

Sudah Jatuh di Timpa Tangga

Pepatah ini paling sesuai dengan diriku. Tatkala H1N1 mula 'menyerang' aku masih terkapai mencari handset yang hilang. Aku tiada hubungan dengan orang luar. Amat sukar bagiku berhubung dengan keluargaku. Tentang urusan perjalanan pulang masih terpinga-pinga. Kadang-kadang hati ini merasa sangat geram dan marah akan orang yang mencuri handset aku. Tapi, iman mengatakan itu semua adalah ujian bagiku. Kemarahan itu reda sepi, tiada langsung perasaan hiba dan duka. Aku kemudian lebih tenang dari gangguan. Memang ujian dari Allah berterusan, namun aku tetap yakin semuanya mempunyai maksud tersembunyi. Mungkin Dia mahu aku ' ditimpa tangga' agar aku sedar kembali melihat dunia dengan dua mata terbuka, hati dan jiwa yang merdeka.

Misi Mustahil

Aku sedih jua apabila ditinggalkan oleh kawan-kawanku yang berasal dari Kedah begitu sahaja. Rasa pilu pun ada. Semuanya balik membawa haluan masing-masing. Ah, hasutan syaitan memang menimbulkan syak wasangka. Mereka tidak bersalah, tapi diri ini yang leka. Tatkala berbondong-bondong manusia balik - KMB telah pun ditutup, aku masih bermain-main dengan piring terbang yang entah apa seronoknya. (Ultimate Frisbee) Malam, itu, bermulalah misi mustahil kami: Aku dan Zahid. Zahid, maafkan aku jua jika aku asyik menjauhkan diri darimu. Sebenarnya memang ada perasaan risau jika Virus itu menjangkitiku pula. Zahid demam teruk sebelum ini. Namun, rasa risau itu lenyap begitu sahaja melihat Zahid yang sudah tidak bermaya, keletihan agaknya, aku perlu tolongnya jua. Misi kami bermula.

Pelarian H1N1
Benar, aku terasa seolah-olah berada dalam satu pelarian. Pelarian dari serbuan virus H1N1. Ancamannya sangat terasa, otakku ligat berfikir akan bahayanya H1N1. Telah banyak yang aku kaji akan virus ini, banyak info yang aku tahu pasal virus ini. Virus ini bukan virus biasa, ia terlalu mudah tersebar. Barangkali sesiapa sahaja yang terkena akan terus merasa simtom-simtomnya. Sakit tekak, demam panas, hidung berair, sakit kepala dan sebagainya sudah cukup menakutkan sesiapa sahaja. Babi, yang dikatakan merupakan reservoir virus ini, memainkan peranan penting dalam menyebarkan kepada manusia. Virus ini mungkin sudah banyak kali bermutasi, telah melakukan banyak kali 'genetic swapping' atau 'genetics exchanges' . Maka amat susah untuk menghasilkan vaksinnya. Aku terpaksa tidur di LCCT di atas bangku yang cukup menyakitkan otot-ototku. Terkenang aku kepada pelarian palestin, pelarian negara-negara yang dijajah, alangkah teruknya mereka. Sedangkan aku hanyalah 'pelarian' yang disediakan segala tiket kapal terbangnya.

Keheningan Malam
Pada malam itu, di LCCT, aku sememangnya tidak dapat tidur dengan nyenyak. Tahu-tahulah kerusi di situ tidak seempuk tilam bilikku, A 129, (Aduh rindu pulak rasanya). Sekali letak jer kepala terus terlelap, tapi ini tidak, sekali letak sekali terjaga, sakit badan, otot, tulang rawan dan segala-galanya. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku berjalan seorang diri di tengah kesunyian itu. Dengan alunan nasyid memecah kerinduan yang datang dari Al-quran digitalku, banyak reflective aku buat pada diriku, pada keluarga, pada kawan-kawan, pada umat manusia. Bergenang jua air mata namun dipeliharanya dari tercurah. Perjuangan aku masih jauh. Aku melihat ke hadapan, bahkan aku jua melihat bab berumah tangga (jauh betul pandanganku), berkenaan dengan zaujah, anak-anak, dan segala-galanya. Namun ia lenyap begitu sahaja, apa tidaknya, masih awal untuk memikirkan sangat hal demikian. Namun aku harap hadir seorang insan yang membuka jiwa dan mindaku terhadap itu. Aku belum bersedia. Maafkan aku jua. Bukan masanya. Andai aku bersedia, usahkan Zaujah, kekayaan dan wang ringgit aku bersedia demi bangunkan agama dan negara.

* Zaujah - Isteri

Tiket yang Cemas

Sebenarnya bukan tiket yang cemas (personifikasi), tapi aku yang cemas. Pada malam itu, aku tersentak tatkala kaunter tiket telah ditutup. Tiada pilihan lain melainkan terpaksa menunggu kebesokan harinya. Pukul 4.45 pagi, aku dah Zahid tercegat di hadapan Kaunter tiket. Aku fikir kami yang terawal, malangnya sudah berduyun-duyun manusia berbaris. Namun ,kami mampu jua mendapat kedudukan yang tidaklah terlalu lama untuk menunggu. Aku amat cemas. Sangat risau jika tiket Flight sudah habis. Akhirnya, aku bersyukur teramat. Tiket masih ada.


Hot seat + Tetamu Kehormat
Semuanya berjalan lancar. Setiba di atas kapal terbang, aku berasa amat letih sekali. Sesekali cuba melelapkan mata. Kebingitan enjin pesawat membuatkan aku terus terjaga. Cantik betul pemandangan di luar pesawat pada pagi itu. Sejuk mata memandang di tambah dengan mentari subuh yang mula mengilai tinggi. 50 minit perjalanan akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Aku mula berasa pelik apabila kelihatan di bawah sana beberapa pegawai memakai Baju seragam, seoalah-olah menanti Tetamu Kehormat. Ah, Biarkan! Memang benar, ada tetamu kehormat. Tidak kusangka perjalanan pulang aku sebenarnya bersama orang penting *********, entah, aku pun tak kenal, tapi yang aku yakin, mereka semua memang orang penting. Aku turun. Rasa seperti ja aku bersalaman dengan orang-orang yang menyambut. Tapi adat Politik, mementingkan pangkat. Ah, Biarkan. Tetamu kehormat diberi laluan khas walhal penumpang-penumpang lain mengikut laluan biasa.


Kisah Orang Asli KMB

Sebenarnya, peristiwa tadi, iaitu keadaan tetamu kehirmat yang dilayan baik itu aku cuba simbolikkan dengan sebuah kisahyang diceritakan oleh guru Malay A1 aku. Diceritakan bahawa seorang menteri telah mengadakan lawatan ke perkampungan orang asli. Apabila tiba pada waktu makan. Menteri itu diasingkan daripada orang-orang asli yang lain. Meja makannya dihiaasi dengan bunga yang amat cantik dan indah dek mata melihat. Orang asli yang innocent bengang dan bertanya kepada menteri itu, "Kenapa awak dapat bunga ini sedangkan kami tidak?" Bunga ini tradisi kami".... Menteri: (fikir-fikirlah sendiri apa yang perlua dijawab)


Ketibaan
Aku selamat tiba di rumah. Letih. Buka Laptop, Online, dan biarkan. Tidur. Banyak bendayang aku perlu rancang untuk cuti ini. Yang paling penting ialah untuk menyiapkan EE. Yes, Aku yakin aku mampu!




9 comments:

aida nor illyana said...

salam... Allah menduga hamba2 yang disayangiNya...

Akmal Hayat said...

bli handset baru..

baru x kna tggl..

ngehee

Amin Rox said...

thanks aida..

Akmal: Dah beli pun..lalal~~~

Akmal Hayat said...

sony gak??

Amin Rox said...

C501A
hehe..

Lutfi said...

kata xnak beli yang canggih... tapi lagi canggih...
BOOOOO amin BOOOO!!!!

Amin Rox said...

whee..lupi whee..!!

kalo dah bantal disorongkan, terima je la..

farah shazana said...

agk r amin,kte je nk bli phone murah2 x canggih..
asal bole call lah..haha..
tup2...dpt pengganti yg lebe menawan kot..

Amin Rox said...

hehe, Rezeki datang bergolek farah..
di hati nak yg biasa jer, x sgka lak dpt yg lagi bagus..

[Hikmah hanhset hilang]

P/s: Jgn tiru aksi ini..