Sunday, July 12, 2009

Baling Piring Terbang


Berkenalan Dengan Si Ultimate
Aku berkenalan dengan Si Ultimate seusia 18 tahun. Pada mulanya, aku fikir game ini macam dalam cerita hollywood dan lain-lain. Tergambar pada bayanganku ialah seekor anjing yang mengejar disk-disk yang dibaling oleh tuannya atau hanya melibatkan dua orang manusia mebaling-baling piring terbang di tepi pantai. Saat itu aku mula sangsi dengan permainan ini, serius seram dan boring.

Namun, setelah aku berkenalan dengannya, kata orang, tak kenal tak cinta. Sememangya aku mula jatuh cinta. Sungguh seronok. Cara permainannya sangat simple, bahkan sesiapa sahaja mampu bermain. Di kolej, setiap petang merupakan masa untuk aku dan rakan-rakan berlatih bermain Ultimate Frisbee.

Walaupun game ini hanya beberapa tahun diperkenalkan di Malaysia, ia mula berkembang dengan begitu hebat disebabkan teknik dan cara permainannya yang mesra pemain. So, Di sini diletakkan dua buah video berkenaan Ultimate Frisbee, Layan..

Yang pertama ini, rakaman perlawanan Ultimate Frisbee yang berlangsung di UiTM Merbok tahun lepas. Aku turut serta dalam perlawanan. Namun demikian, kekentalan pihak lawan menyebabkan Kumpulan Koleh Mara Banting hanya mampu memberi sorakan pada perlawanan akhir.



Yang ini, real world of Ultimate!!


Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, sila klik di sini.

2 comments:

PeRaNTau said...

salam...

korg ke yg baju putih? (vid first)

mat saleh siyes gempak (vid 2)

Amin Rukaini Mustafa said...

salam.. bukanlah chem..
Kitaowang tgk jer taim tuh, jadi penonton..

Uitm ngn pasukan mna ntah..


aah, serius mat salleh men best.. hehe..