Selepas selesai withdraw duit di Banting, kami menempah sebuah teksi. Pemandunya kelihatan seperti seorang india. Baik dan peramahnya orangnya. Nas yang berada di hadapan berborak mesra dengannya. Pemandu tersebut membawa kami mencari pemborong kerepek. Lama juga mencari. Berhenti di satu tempat, tidak mengena, salah tempat. Jadi kami pun bergerak lagi. Akhirnya, cari punya cari, jumpa juga destinasi kami, Kerepek House. "wah banyak sungguh kerepek di sini ye..,ada kilang lagi!" Bisik isi hati tatkala melihat begitu maju perusahaan kerepek di situ.
Selesai memborong, kami beredar. Rasa kagum juga melihat pemandu teksi tadi, sungguh baik, sanggup menunggu kami. "Xpe, saya tunggu kamu semua, kang kalau saya beredar, susah kamu semua juga, nak kena call teksi lain lagi, charge mahal lagi.." katanya. Semakin lama, banyak cerita menarik terutamanya pengalamannya diceratakan kepada kami. "Sini, kalau hari raya, memang ramai orang, berduyun-duyun, traffic jam. Dah jadi trend, kalau raya kerepek jadi sasaran.." Kemudian kami terdiam seketika. Memikirikan sesuatu. Macam ada sesuatu di fikiran aku yang agak pelik.
"Eh...saya Islam tau.., tu tgk tu ha, saya ada gantung kalimat Allah Muhamad, takkan kamu x nampak, haha.." ketawa juga kami. "ye x ye jugak, aah la.." Nas berkata. Dalam hatiku, ada perasaan kagum, gembira, bersyukur dan ada juga perasaan sayu. Sayu bukan kerana apa, tapi kerana zaman hari ini, soal persamaan akidah wujud, tapi untuk mengenali saudara seakidah adalah cukup susah; yang menjadi simbol ialah perhiasan yang tertera kalimah2 Allah. Mungkin di sini aku mula sedar bagaimana pada zaman Rasullullah dulu, suruhan menyimpang Jambang dan memakai serban menjadi simbol yang begitu realistik.
Tapi hari ini, untuk peraktis semua itu, agak susah, tambah-tambah terikat dengan peraturan kekemasan. Alasannya, jambang nampak serabai, tidak kemas, kena cukur. Serban pun tidak boleh, nanti ada unsur keagamaan dalam pendidikan. Apakah?? Inilah zaman akhir zaman. Islam menjadi dagang semula, Islam menjadi perkara yang pelik. Agama perlus dipisahkan dari aktiviti kehidupan. Agama hanya wujud dalam surau mahupun masjid. Alangkah sedihnya.
Kesimpulannya, Islam agama yang syumul, (syamil) meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan. Dalam usaha memasukkan harakah Islamiyah dalam kehidupan memanglah susah terutamanya umat nabi Muhamad sekarang. Namun, apa yang mampu kita lakukan ialah cuba merapati sunnah-sunnah nabi yang lain yang kita masih terdaya. Berpuasa, memberi salam, berakhlak mahmudah. Itu semuakan lambang Islam, lambang kehebatan Islam. Biarlah Barat mengatakan kita lemah dari segi teknologi, tapi mengapa perlu kita risau, selagi kita mempunyai iman dan ISlam, semua itu kita mampu miliki. yakinlah. Haqqul yakin.
2 comments:
lawatlah..blog..ku..
Post a Comment