Post ini benar- benar ditulis pada pukul 4.15 pagi, tatkala manusia melelapkan mata mereka. Sunyi sungguh di ceruk-ceruk KMB ini. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas bilikku yang berputar laju. Kesejukan sekitar 26 darjah Celcius agaknya.
Minggu Penghayatan ISlam baru sahaja menutupkan tirainya dengan jayanya. Syabas diucapkan kepada AJK-AJK yang terlibat, dan bersyukur kepada Allah kerana meudahkan segala perjalanan Program. Dengan tenaga empat kerat yang masih ada, kami, sebagai satu organisasi penegak Kerohanian tetap berjuang di jalan Allah. Biar seribu onak, biar sejuta halangan kami tidak akan mengalah; apalah ertinya hidup tanpa perjuangan. TM-BERKAT, satu organisasi berwajah baru, bercirikan anjakan paradigma dunia Islam baru.
Saya masih tidak mengantuk, sebentar tadi, pukul 11 malam, saya telah terlepas di surau An-Nur, letih pula setelah mengemas rak-rak buku dan naskah Al-Quran. Besok, junior baru akan datang. Jadi, seperti biasa, tanggungjawab perlu dilaksanakan. Biro Musolla bergerak. Nah, sampai tertidur di surau. Bangunya, disapa pula oleh pengawal Kolej, tapi baik juga orangnya, disuruh pula saya untuk terus tidur. Tahjud ditunaikan, saya pulang ke bilik, mencari teman sebilik.
Bising bingit kedengaran apabila kaki saya menghampiri Blok A. Dota, Futsal Malam, sorakan PES, semua kedengaran. Suasana biasa di KMB, dan saya kira di mana-mana pun begitu. Bilalah manusia mahu berubah, tinggal budaya kuning; lantas agungkan budaya Islam. Selang beberapa jam, semua sunyi. Semua dionak mimpi. Menanti besok, sinar baru bakal menjelma.
Besok, saya sudah pasti bertugas kembali. Bertuga dengan gagah agaknya, pasti meletihkan. Tugasku mengangkat bagasi. Urusan BEST Club perlu jua diperhati, moga-moga semuanya berjalan lancar. Amin..
Semesti ini tiada gurauan lagi. Semester ini titik noktah kejahilan. Semester ini tiada gelak ketawa, tiada perkara lagha. Semester ini perubahan perlu dilakukan. Taktik dan strategi perlu direncanakan. Tiada alasan untuk berhenti, walaupun perjalanan pada hematnya masih jauh. Cita-cita perlu dikejar..
Sekiab dahulu..
7 comments:
ayuh, kita bersama2 meniti jalan juang ini!
=)
ya Allah, satukanlah hati-hati kami..
salam.
budaya kuning.
hmmmmmmmmmmmm
camne nak ubah tu ye?
ada jawapan x?
for me,
no best answer except be close to Him
salam. lm nyer tak jgk blog amin. huhuhu inspirational post. thanks ya! yup, focus focus @_@
to Al-Ikhsan,
Ayuh, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Jalan ini jalan kebenaran!!
to Muslim,
tiada cara melainkan kita mengagungkan kembali sunnah nabi Muhamad, mengenali baginda, mendekati kewarakan baginda, melihat baginda dari hati naluri, semuanya perlu disandarkan pada baginda..
Tiada cara, meleinkan kepada Dia..
Tiada cara, perlu ada pengorbanan..kesedaran dan kefahaman.. ayuh, sama2 berubah, biar sedikit..tapi berputik.
to nabilah, yup2.. hehe
betul, betul, betul
(gaya NAZRUL-soya)
Post a Comment