Hari ini aku berasa begitu janggal. Bangun sahaja dari tidur, aku terus melihat sajian hari ini. Aku melihat sambal tumis petai-sotong telah tersedia di bawah tudung saji. Emak aku masak dan tinggalkan kepada aku dan abang aku..
Then, jiran aku, yang juga aku panggil sebagai Mak Njang, mak cik aku telah menghantar sejenis masakan yang aku panggil sebagai gulai petai. Kemudian, jiran aku seterusnya menghantar juga sambal tumis petai!
Aku merasa pelik. Menu aku hari ini hnyalah petai. Maka makin berbau 'harum'lah mulutku ini.
Aku fikir mungkin sekarang ialah musim petai kot. Sebab itu, petai menjadi pilihan setiap suri rumah sebagai bahan menu masakan. Di atas meja makan aku, turut terdapat beberapa papan petai, pendek kata cuti aku kali ini banyak melihat dan makan petai.
Sejak dari kecil, aku memang seorang yang suka makan petai. Entah mengapa, mungkin aku dibesarkan dalam keluarga yang suka makan ulam-ulaman. Walaupun boleh menyebabkan mulut berbau busuk, namun perlu jug diketahui, petai mempunya banyak khasiat yang tersembunyi.
Khasiat petai..
-Buah petai atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong dalam famili Liguminasae.
-Buah petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.
-Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal.
-Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain.
-Petai terdiri daripada tiga jenis gula, iaitu sukrosa, glukosa, dan fruktosa. Hal ini dikatakan bahawa petai mampu memberi tenaga yang mencukupi untuk aktiviti lasak selama 90 minit!
-Mengikut kajian yang dilakukan, petai mampu menjadi ubat penenang. Hal ini kerana petai mengadungi tryptophan, sejenis protien yang diubah oleh tubuh menjadi serotonin. Serotonin menyebabkan indivisu itu menjadi tenang dan rileks.
-Petai juga mampu mengatasi masalah PMS atau Premenstrual Syndrome yang seringkali terjadi pada kalangan wanita. Vitamin B6 yang terkandung dalam petai mampu mengatur perjalanan darah dan seterusnya mengawal mood seseorang.
-Disebabkan kandungan zat besi yang tinggi, petai membantu mengatasi masalah anemia.
-Buah petai sangat tinggi kalsium tetapi rendah kandungan garam. Oleh itu, petai amat berpotensi untuk mengatasi masalah darah tinggi.
-Kandungan kalium yang tinggi turut membantu otak berfikir dendan lebih aktif terutamanya sewaktu pembelajaran.
-Dengan kandungan serat yang tinggi, petai mampu mengelakkan sembelit.
-Terdapat sejenis antacid dalam buah petai dan hal ini menyebabkan petai mampu meneutralkan asid dalam perut terutamanya individu yang menghadapi gastrik.
-Petai membantu seseroang dalam usaha untuk berhenti daripada menghisap rokok! Vitamin B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam membantu tubuh sembuh daripada kesan nikotin.
-Mengikut kajian yang dijalankan oleh "The New England Journal of Medicine", dengan memakan petai pada setiap hari mampu menurunkun risiko diserang strok sebanyak 40%.
Pendek kata, petai mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi..
"makanlah peta banyak2, Di samping baik untuk kesihatan, anda juga membantu para petani.."
2 comments:
petai?petai?petai?
tak makan petai!rasa saspen jek kalu nak try n actually eat one!uhuhu~
anda telah ditag!!huhu~sila rujuk blog aku..kui3~
Post a Comment