Berikut merupakan definisi ringkas dan antara yang terangkum. Pie chart seterusnya memaparkan beberapa bidang yang selalunya melibatkan ahli Bioteknologi.
Bioteknologi merupakan satu bidang yang sangat meluas. Selagi mana wujudnya aspek biologi di situ akan ada skop bioteknologi. Contoh-contoh skop bidang yang jarang kita dengar ialah regenerative medicine, stratified medicine, genetics, sequencing technology, vaccines development, drug development dan lain-lain. Untuk menjadi ahli bioteknologi yang baik, kita memerlukan beberapa sikap asas dan penting. Antaranya ialah:
1. Ilmu Biologi yang mendalam dan meluas
Untuk menjadi seorang ahli bioteknologi sebenarnya merupakan proses yang agak rumit tetapi amat menarik. Sikap ataupun karakter seorang ahli bioteknologi sebenarnya bolehlah dikatakan seorang yang optimis dan memandang ke hadapan digabung dengan sikap 'enterprenuerial' yang tinggi. Seorang ahli bioteknologi terlebih dahulu perlu memahami segala latar belakang ilmu biologi secara mendalam mahupun secara meluas. Contoh, untuk menghasilkan biological drugs, seorang ahli bioteknologi bukan sahaja perlu memahami bagaimana untuk menghasilkan protein tetapi perlu juga memahami mikrobiologi (untuk expression system), genetics (genetic modification), sequencing technology (mencari genes untuk protein), bioprocessing (nak hasilkan protein besar-besaran), human physiology (kena fahami kesan protein terhadap manusia), drug development (fahami fasa-fasa, regulatories) serta lain-lain. Pendek kata, seorang ahli bioteknologi perlu mempunyai latar blakang ilmu biologi yang meluas dan pakar menguasainya secara intelektual mahupun praktikaliti.
2. Menguasai ilmu sampingan dan kemahiran
Seorang ahli bioteknologi juga tidak terlepas daripada berinteraksi dengan manusia lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Jadi sudah pasti dirinya harus mempunyai ilmu dah kemahiran yang memungkinkan beliau mampu berkomunikasi dengan baik. Seorang ahli bioteknologi contohnya perlu memiliki ilmu sampingan seperti regulation, intellectual property, business & management, political economics, computer and information technology, kemahiran berucap, kemahiran mempengaruhi orang ramai, kemahiran berurusan, mampu pitching dan lain-lain. Dalam keadaan sebenar, dunia seorang ahli bioteknologi tidak akan berlegar di ruang makmal sahaja kerana kemungkinan pada sesuatu masa beliau perlu berinteraksi dengan potential investor mahupun ingin mendapat grant untuk mendapat dana projek. Di sini skills sampingan amatlah penting. Jelasnya seorang ahli bioteknologi itu bukan sahaja seorang yang pakar dalam bidang sains yang diceburi tetapi mampu berinterkasi dengan baik dengan orang lain.
3. Mampu melihat masalah dan permintaan (demand)
Masalah boleh jadi masalah biasa mahupun masalah global. Biasanya dalam sebarang masalah kita memerlukan penyelesaian. Masalah yang dimaksudkan di sini ialah sebarang masalah yang biasanya jika diselesaikan akan mendapat permintaan tinggi. Untuk mempunyai cara fikir ini amat susah tetapi boleh dilatih dari hari ke hari. Sebagai contoh, antara masalah yang timbul ialah berlaku pencemaran arsenic di beberapa buah Negara membangun seperti di India. Arsenik adalah toksik dan berbahaya. jadi pengkaji bioteknologi melihat ini sebagai satu peluang, dan jika beliau mampu menghasilkan satu penyelesaian, ianya sudah pasti akan mendapat permintaan. Maka wujudlah berbagai pihak menghasilkan pelbagai produk bioteknologi seperti biosensor. Biosensor merupakan sensor yang dihasilkan menggunakan aplikasi mikrobiologi. Menggunakan synthetic biology, bakteria seperti Escherichia coli mampu diubah genetiknya untuk menjadi satu 'device' yang mampu mengesan kehadiran input arsenic. Maka kesannya ialah E. coli ini mampu mengeluarkan output tersendiri seperti perubahan cahaya dan warna dan secara langsung dapat memberitahu pengguna bahawa wujud pencemaran arsenic di sekitar kawasan yang dikesan menggunakan biosensor ini.
4. Mampu menjana idea unik dan novel
Idea novel bererti idea yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Idea tersebut biasanya unik dan berhak mendapat pujian ataupun intellectuall property. Karakter ini merupakan asas paling utama untuk menjadi seorang ahli bioteknologi berjaya. Ianya memerlukan kefahaman aspek biologi yang kuat ditambah dengan sikap berfikir yang berterusan. Dalam dunia sebenar, penyelesaian mampu hadir dalam berbeza bentuk dan bukan bersifat objektif A, B, C atau D. Tetapi mana-mana cara yang mampu menyelesaikan masalah ataupun membawa nilai tambah dikira sebagai novel. Sebagai contoh, artemisinin merupakan drug yang digunakan secara meluas dalam merawat malaria yang disebabkan oleh parasite Plasmodium falciparum. Artemisinin biasanya diperolehi daripada sejenis pokok yang dipanggil artermisia sp. Memandangkan jumlah penghasilan dan pengextrakkan dari pokok ini tidak terlalu efisien dan lambat, maka hadirlah satu idea bernas dan novel untuk menghasilkan drug artemisini ini menggunakan yeast. Genes yang 'encode' artemisinin ini di'sequnce' dan dikaji.Kemudiannya genes tersebut di'masuk'kan ke dalam yeast genome. Dengan ini penghasilan artemisinin dapat dihasilkan secara besar-besaran melalui proses fermentasi yeast menggunakan bioreactor.
5. 'Entrepreneurial' and 'business-minded'
Seorang ahli bioteknologi sudah pasti perlu memiliki 'otak business' dan juga memiliki karakter seorang usahawan. Hal ini termasuklan mampu melihat peluang, berani mengambil risiko, berdaya saing, proaktif dan kreatif. Realitinya, bidang bioteknologi ialah satu bidang 'membuat duit'. Hal ini kerana segala jenis hasil produk bioteknologi; target paling tingginya ialah untuk masuk ke dalam pasaran dunia, iaitu bergantung kepada wujudnya permintaan umum. Aspek business juga perlu ditekankan memandangkan tidak semua produk mampu masuk dengan jayanya. Contoh mudah ialah dari kisah yang berlaku kepada Quorn. Quorn merupakan salah satu produk bioteknologi yang berjaya memasuki ke dalam pasaran global. Quorn ialah sejenis makanan 'meat-free' yang dihasilkan daripada fungus ataupun mycoprotein. Pada awalnya, konsep ini diperkenalkan hanyalah untuk menghasilkan jumlah protein secara besar-besaran untuk dipasarkan di Negara membangun yang kebuluran protein dan mengalami kwashiorkor. Namun, setelah melalui proses pembangunan yang panjang, didapati produk ini menelan kos yang tinggi dan tidak membawa pulang langsung jika dipasarkan ke Negara yang sedang membangun. Akhirnya, melihat dari sudut business dan demand, produk ini akhirnya laris di UK dan beberapa Negara membangun disebabkan ianya mampu membuat keuntungan sekiranya mensasarkat marketnya kepada golongan yang berada dan suka menjaga pemakanan. Quorn diletakkan sebagai premium price untuk mereka yang inginkan meat-free protein tanpa lemak.
6. Mampu bekerja keras dan menerima kegagalan
Dua sikap ini adalah sikap penting untuk menjadi ahli bioteknologi. Hal ini kerana tidak semua yang dilakukan semasa dalam kajian akan menjadi dengan baik. Kebanyakannya akan gagal. tetapi biasanya dari kegagalan itulah akan lahir satu penyelesaian baru. Kajian memerlukan individu yang mampu berusaha keras dan mampu menyahut cabaran. Seorang ahli bioteknologi juga harus jelas akan apa yang ingin dicapai. Hal ini penting kerana tanpa sasaran yang jelas segala kerja akan menjadi sia-sia dan tidak membuahkan sebarang keputusan yang baik.
7. Sentiasa ambil tahu perkembangan penemuan semasa
Aspek ini antara yang penting kerana seorang ahli bioteknologi tidak mencukupi dengan ilmu yang dimiliki daripada degree, master atapun PhDnya. Sifat ilmu dalam dunia biologi sentiasa berkembang, bahkan kita hanya mengetahui sedikit daripada apa yang belum kita ketahui. Saban hari, berbagai-bagai penemuan baru ditemui dan semua ini pasti akan mempengaruhi cara dan teknik kita menyelesaikan masalah yang ada. Contohnya, beberapa tahun dahulu, saintis tidak pernah tahu bagaimana cara untuk membuat bacterial cloning. Tetapi disebabkan penemuan restriction enzymes, ligase, dan lain-lain telah membolehkan saintis hari ini melakukan proses tersebut dengan mudah di makmal-makmal biasa. Bahkan proses cloning ini merupakan salah satu proses yang paling berleluasa berlaku hari ini dan ianya bukan satu benda yang baru. Seorang ahli bioteknologi perlu sentiasa membuat bahan bacaan ilmiah sama ada di website sains, menghadiri conference, berdiskusi mahupun berdialog dengan para saintis lain.
Rumusannya, karakter seorang ahli bioteknologi itu sangat dinamis dan memerlukan integrasi segala macam ilmu. Ianya sudah tentu memerlukan pengorbanan yang berterusan. Ianya juga unik kerana mampu berdialog dengan semua jenis individu yang berlatarbelakang berbeza seperti doctor, jurutera, farmasi, businessman dan lain-lain. Seorang ahli bioteknologi paling tidak pasti mempunyai isu persamaan dengan mana-mana individu lain.
0 comments:
Post a Comment