Banyaknya ilmu; lagi banyak tak tahu
Jangan disangkakan bidang ilmu itu terbatas.
Bahkan ianya luas.
Saya kini menuntut dan menyambung pelajaran saya
dalam bidang Master of Biotechnology. Sudah hampir tiga bulan dalam program ini
dan berbaki lagi 9 bulan.
Jangan anggap ilmu itu remeh-temeh kelak kita
akan diremeh temehkan.
Berada dalam lapangan ilmu sains; lagi banyak
saya membaca, lagi banyak yang saya tidak tahu. Lagi banyak kebesaran
Allah yang belum pernah saya tahu.Kita dahlah hamba, kadang-kadang Pencipta
sendiri pun tak pernah kita nak kenal.
Bidang sains ini bagi saya ruang untuk mengenali
Allah, akan keesaaNya dan kebesaranNya. Banyak sangat. Allah itu maha besar
maha bijaksana. Setiap apa yang Dia ciptakan penuh dengan ketakjuban
bilamana manusia mula mengkajinya.
Stem Cells & Regenerative Medicine
Semester ini saya ambil satu course pilihan
iaitu Stem Cells & Renegarative Medicine. Saya ambil course ini
kerana saya yakin course ini banyak yang saya tak tahu dan ingin sangat
saya ambil tahu. Dan course ini memang ada kaitan dengan Biotechnology.
Hebat ciptaan Allah, manusia hanya mampu
meneliti dan membuat pemerhatian dan hipotesis. Tapi Lagi Maha Hebat Allah
kerana semua ciptaanNya dikaji, diteliti dan diambil kefahaman itu lalu
diterjemahkan dalam bentuk teknologi.
Dan inilah lahirnya Bioteknologi. Saya belajar
hukum alam, biologi. Memahami dan diterjemahkan, maka saya gelar sebagai
Bioteknologi. Bioteknologi ini teknologi Allah, teknologi yang Allah ciptakan
di dalam segala makhluknya yang hidup, ada DNA. Dan manusia guna. Hebat.
Maha Suci Allah yang Maha luas ilmuNya mengajar manusia pelbagai ilmu.
Ada sekali dalam diskusi saya bersama pensyarah
dan rakan-rakan lain. Pensyarah saya bertanyakan berbagai-bagai soalan untuk
menarik minat kami supaya berfikir, biasanya kami dan dia ada jawapan. Tapi ada
satu soalan dia sendiri jadi keliru dan tiada jawapan.
Dia tanya kami (diadaptasi ke dalam bahasa
melayu): "Awak semua rasa apakah yang menyebabkan setiap sel itu mampu
menentukan takdir mereka masing-masing bermula daripada segumpal sel asal iaitu
blastocyst? Saya tiada jawapan sebab setakat ini tidak ada langsung
penjelasan mekanisma bagaimana daripada blastocyst itu mampu melahirkan sel-sel
lain secara terkawal dan sangat terperinci. Ini bukan disebabkan epigenetic dan
DNA semata-mata, semua itu tidak akan berhasil. Ditambah pula, apakah pula
yang menyebabkan setiap sel ini mampu membentuk tisu-tisu yang mempunyai
'scaffold' (kerangka). Mekanisme apakah yang membentuk (mould/fashion)
scaffolds ini? Sains tiada penjelasan. Mungkin disebabkan evolusi. Tiada
jawapan yang absolute."
Evolusi ataupun Evolution dalam bahasa
Inggerisnya. Inilah jawapan mana-mana individu yang tidak pernah mengenali
Allah. Bagi mereka orang bukan Islam, mereka tidak pernah mengenali Tuhan
dan pencipta. Maka Evolution bagi mereka, dan sepatutnya perkataan ini
disebut sebagai Creation bagi kita. Maha Suci Allah yang Menciptakan
segala-galanya. Semoga hidayah sampai kepada mereka.
Salah siapa?
Saya tergamam apabila pensyarah saya sendiri
cakap sebegitu. Ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Mana mungkin tanpa
mengkaji sampai tahap master, PhD, post-doctorate dan lain-lain kita mampu
ketahui semua ini. Namun, masih ramai walaupun mengkaji mereka tidak
terbuka hati untuk menerima hakikat penciptaan Tuhan ini.
Adakah sebab mereka hati tertutup?
Ataupun adakah sebab mereka tidak diberitahu?
Dan siapakah yang sepatutnya memberitahu?
Tidakkah kita yang mengetahui?
Saya pertama sekali menempelak diri sendiri
kerana gagal secara total dalam melaksanakan tugasan dakwah kepada orang bukan
Islam. Adakah kita mahu kata orang bukan Islam ini sebagai kafir sedangkan
tidak sampai dakwah dan seruan terhadap Islam kepada mereka?
Berapa ramai di luar sana reverts yang mengadu
jika mereka tahu akan Islam lebih awal mereka pasti akan memeluk Islam.
Kita dan Kita (ya kita): Inferiority Complexes
Jadi, bagaimana? Adakah kita mahu assume mereka
tidak akan menerima seruan kita sedangkan kita masih berdiam malu berkata-kata
soal Islam?
What is Islam? Terkaku-kaku mahu memberi
penjelasan? Ataupun Islam is a religion of peace, we believe in one God which
we called as Allah. Kita Mampu?
Ataupun ayuh kita lancarkan peperangan memerangi
golongan bukan Islam! Sebab? Sebab kita rasa mereka tidak mahu menerima Islam.
Sekali lagi saya tanya, bagaimana mereka tidak mahu menerima andaikata dalam
pergaulan harian kita jauh dari mereka. Bukan nak tegur, pandang dan senyum pun
tidak.
Jadi, mahu tidak mahu kita kena berani. Kerana
kelak kita yang akan ditanya. Peringatan buat diri saya juga dan mereka yang
membaca. Moga terus bina diri dan berani mewakili Islam dan menjelaskan.
Bukanlah susah nak jelaskan dengan kata-kata.
Mungkin sebab kita ini ada penyakit inferiority complex. Rasa cuak. Padahal
sama sahaja macam kita ceritakan pasal sesuatu movie ataupun cerita menarik.
Tak begitu?
Tribulogi Ilmu: Lincirkan dengan Satu Kalimah
Persoalan ini saya lontarkan agar mengingatkan
diri saya agat berterusan berada di jalan dakwah ini. Islam dan Sains adalah
selari. Bahkan menguatkan jika digunapakai dengan baik.
Setiap bidang yang kita ceburi ada kemampuan dan
kekuatan yang boleh kita sumbangkan kepada Islam. Ambillah Stem Cells &
Regenerative Medicine ke, medic ke, engineering ke, biotechnology ke,
accountancy ke. Andai kata kita memahami apa yang Islam ingin bawa dan kita
kasihan melihat diri kita dan orang bukan Islam yang tidak pernah mengenali
Islam sebab kita tak pernah cerita.
Marilah semula reflek diri. Bukan sekadar kuat
usrah, kuat baca Al-Quran, kuat hafaz surah-surah tapi pelaksanaannya kita
senyap. Diam. Malu.
Ataupun, mungkin kita ini hebat, gaji tinggi,
jadi saintis terkenal, doktor pakar, akauntan bank Negara, barisan eksekutif,
punyai syarikat besar-besar tapi bila sampai bab soal Islam jadi diam. Terkedu.
Malu.
Tapi cuba kita lihat para sahabat. Orang biasa.
Baju pun tak cukup. Tak mewah. Tak ada PhD pun. Tapi bila disuruh cakap soal
Islam. Berapa ramai yang masih tinggal di Kota Madinah demi berdakwah kepada
dunia? Semua syahid di jalan Allah, mungkin di China, di India, di Malaysia
mungkin, di Turki, di merata pelusuk dunia mereka jelajah demi satu kalimah.
Lailaha illallah. Muhammad Ar-rasullullah.
Ilmu ibarat gear-gear yang berputar tanpa minyak
pelicir. Hukum Tribology. Lagi lama ia berputar, geseran dan geselan permukaan
hasil putaran gear-gear lama-lama akan panas dan haus. Satu cara muda. Licinkan
dengan minyak pelincir.
Begitu juga ilmu, lagi banyak ilmu yang kita
tahu jika tidak disebarkan dengan erti dakwah satu kalimah lama-lama ia akan
lesu dan diam menyepi.
Kosa kata:
Tribology -is the
science and engineering of interacting surfaces in relative motion. It includes the study and application of the
principles of friction, lubrication and wear. (wikipedia)
Ditulis oleh Amin Rukaini
Mustafa
Msc Biotech. University of Edinburgh.
0 comments:
Post a Comment