Sunday, September 29, 2013

Keperluan Inovasi

Berada dalam sebuah masyarakat yang hidup selesa sebenarnya lebih berbahaya daripada hidup dalam masyarakat yang berada dalam tekanan. Masyarakat yang hidup dalam keadaan tertekan biasanya bolehlah dikatakan mempunyai nilai inovasi yang sangat tinggi kerana mereka perlu mengatasi sesuatu permasalahan pada konteks kehidupan mereka. Seperti yang saya claim, kehidupan dalam masyrakat yang hidup selesa dikatakan bahaya dalam konteks saya ialah bahaya kerana menyebabkan kurangnya inovasi. Suasana yang kita katakan sebagai comfort zone. Maka melahirkan ramai individu yang lemah berfikir.

Kenapa kita perlu nilai inovasi?
Inovasi bererti membuat anjakan paradigma dan perubahan tanpa menghilangkan nilai-nilai murni dalam masyarakat kita. Ianya diperlukan terutamanya dalam sebuah syarikat teknologi. Tanpa nilai ini, manusia sama sekali tidak akan bergerak ke arah sebuah negara yang maju, berdaya saing dan pasti akan ketinggalan zaman.

Penting melahirkan nilai ini kerana ia memastikan kelangsungan idea dan tidak mudah menerima kesenangan yang ada. Lantas menjadikan sesebuah masyarakat hanya tahu hidup mundur terutamanya bagi umat Islam. Pendapat saya, menjadi satu keperluan kepada umat Islam dalam mempunyai nilai inovasi kerana tanpa nilai ini kita akan tertindas buat selama-lamanya. Keperluan teknologi merupakan satu cabaran besar bagi kita. Adakah kita hanya mahu menjadi sekadar pengguna aktif di pasaran? Ataupun kita mahu menjadi pengeluar yang hebat dengan mengetengahkan konsep kita sendiri?

Maka, begitulah peri pentingnya nilai invasi, sirah sendiri membuktikan bahawa para sahabar Rasulullah merupakan orang yang hebat dalam berinovasi terutamanya dalam hal peperangan. Tanpa inovasi teknologi mereka sukar untuk membina kekuatan kerana sumber-sumber dalam kekuatan ialah nilai ilmu dan pengkhususan.

Persoalan besar, bagaimanakah kita  mahu wujudkan konsep inovasi ini?






1 comments:

nfwoq7r8k1 said...

A roulette wheel options numbered black and red compartments that catch a small ball when it’s dropped onto the spinning wheel. Players bet on the place the ball 파라오카지노 will land and win by guessing appropriately. Our record of the highest on line casino websites for UK gamers includes regulated online on line casino websites offering extensive range|a variety} of cost choices. Whether you need to pay with a Visa, Mastercard, PayPal, and even crypto, yow will discover an choice on our record. With no stay on line casino, this web site may not be not|will not be} greatest choice|the solely option|your best option} for UK gamers preferring websites with stay on line casino video games.