Wednesday, February 27, 2013

7 Cabaran Mentaliti Kita

Saya cuba membahaskan satu perkara yang mungkin sudah banyak didengari oleh rata-rata orang umumnya : akan perbezaan cara fikir orang Barat khususnya saya fokus kepada UK dengan orang Asia khususnya orang Malaysia. Ada beberapa perkara utama yang saya amati wujud perbezaan ketara antara budaya UK dan budaya Malaysia dan saya fokus skop kepada mentaliti masyarakat sekeliling.

Dibesarkan dalam masyarakat Malaysia, saya tidak merasai sebarang berbezaan kerana pada masa itu kaca mata saya hanyalah dari sudut itu sahaja. Namun, tatkala mula menjejakkan kaki ke bumi orang, barulah saya nampak bagaimana wujudnya perbezaan yang ketara barangkali bagi anda yang pernah merasainya pasti mampu bersetuju dengan saya. Apa-apa pun ini adalah sekadar komentar ringan daripada diri saya sendiri dan ianya amat terbatas untuk isu yang lebih umum seperti aspek politik, sosial, akhlak dan sebagainya dan cukuplah sekadar ingin saya fokuskan kepada aspek mentaliti.

1. Serious VS Sambil lewa
Satu perkara jelas yang saya lihat rata-rata masyarakat di UK dalam aspek pentadbiran, soal kerja, soal tindakan susulan, mereka sangat serious dalam melaksanakannya. Serious dalam konteks merealisasikan sesuatu agenda yang dirancang. Dan dalam banyak perkara, setiap individu dianggap sangat penting dan mempunyai nilai modal insan. Tetapi jarang-jarang saya lihat kewujudan aspek serious ini dalam strata masyarakat Malaysia. Bahkan sampai ada statement mengatakan bahawa penjawat awam dikira sebagai pekerja sambil lewa. Dan inilah realitinya, dalam banyak hal dan perkara orang kita suka ketawa, suka menghabiskan masa dan waktu. Bak statement paling mahsyur menjelaskan orang kita ialah Fiesta dan siesta. Iaitu mengungkapkan masyarakat kita menyukai situasi 'fiesta' ataupun keramaian dan siesta dalam suasana yang ada makan-makan.


Mungkin mentaliti kita: "Why so serious?"


2. Teguran yang berhikmah
Sedangkan Islam itu mengajar umat Islam agar menegur dengan penuh berhikmah. Jarang sekali apa yang pernah lalui dalam masyarakat kita, teguran yg diberi adalah penuh berhikmah. Ada yang mencuba sarkastik kononnya reverse psikologi, dikatakan berhikmah sedangkan lagi membakar perasaan orang lain. Tapi berbeza di UK, saya pernah melalui banyak pengalaman yang mana teguran yg diberikan sangat outspoken ataupun direct to the point, tidak berlapik tetapi tidak membuat kita tersentuh hati bahkan menyedarkan diri. Sebagai contoh, pernah saya menaiki basikal di laluan pejalan kaki (ala-ala di malaysia). Tanpa disangka-sangka muncul seorang makcik berumur dalam lingkungan 50-an menegur saya lantas berkata:

"You should ride on the road". 
Tegas berbunyi lantang.

Tetapi sedar tak sedar teguran itu sangat clear dan sangat mudah terima. Dalam hati saya: "Betul juga..". Tanpa berfikir panjang terus menukar laluan di jalan utama. Saya rasa kagum dengan teguran itu bukan kerana oleh seorang makcik tua, tapi disebabkan penyampaian mesej yang jitu bahkan tidak menimbulkan kemarahan. Mungkin perkataan 'SHOULD' itu membuatkan diri saya berfikir: "haah kan, betul juga..". Ini mentaliti cara orang local UK berfikir.


Adakah ini yang kita mahu?


3. Masa
MASA. Seringkali 'Janji Melayu' dan 'Waktu Malaysia' dimain-mainkan di pinggiran telinga bila ada sahaja yang tiba lambat dan sambil mampu boleh ketawa. Terasa pedih di hati bila masih ada yang bermentaliti sedemikian rupa. Banyak alasan yang diberikan oleh orang kita. Alasannya: ada keluarga, sibuk nak pakaikan baju anak, biasalah orang dah berfamili, trafiik jammed dan sebagainya. Saya pelik seribu pelik, mentaliti apakah ini? Kenapa sampai sampai berkenaan masa masih mampu bergurau-gurau? Sedangkan orang UK mentaliti jauh ke hadapan. Mereka pentingkan soal masa. Jika dijanjinya pukul 1pm, maka seharus 10 minit sebelum sudah tiba. Walaupun ada dalam kalangan yang terlewat dek disebabkan reason yang valid, tapi mereka tidak memperlekehkan masa bahkan meminta maaf atas kelewatan. Penghargaan terhadap masa merupakan satu aspek yang sangat diutamakan, tidak kiralah sama ada sudah berkeluarga mahupun sudah beranak pinak, jika sudah berjanji maka perlulah ditunaikan. Sungguh kita jauh terkebelakang soal mentaliti penghargaan masa.

Again.


4. Persepsi
Walaupun ini agak subjektif tapi jelas pada saya ialah masyarakat kita mudah meletakkan sesuai persepsi itu pada tahap yang mudah. Kita mudah label melabel keburukan orang lain. Jika group A tidak baik, maka semua yang ada dalam group A dianggap tidak baik tanpa tidak langsung menampakkan kebaikan group orang, mungkin macam pepatah ada berbunyi: "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak". Tetapi berlainan mentaliti pemikiran orang Barat, mereka melihat dari aspek yang luas, dari sudut kebaikan dan keburukan. Sebagai contoh, Group A mungkin lemah dari aspek ini, tetapi group ini hebat dari sudut ini, jadi dalam makna kata ia meletakkan judgement yang sangat adil dan saksama. Mungkin yang menjadikan orang kita sedemikian rupa iala disebabkan faktor suasana dan pembawaan. bagi kita semuanya mungkin hitam dan putih dan tiada zon kelabu. 

5. Diskusi VS Hujahan
Dalam arena berdiskusi, orang Barat sangat hebat tatkala mampu mengemukakan pros and cons secara adil sedangkan rata-rata orang kita acapkali melihatnya dari satu sudut sahaja. Dan ini merugikan. Kita mungkin terlupa bahawa kita ada falsafah ambil yang baik buang yang keruh tetapi berapa kerat yang seringkali mengaplikasikannya dalam kehidupan? Diskusi mentaliti barat lebih terbuka, walaupun saya faham perakra ini kadang-kadang menejumuskan kita ke dalam skop liberalisme, tetapi apa yang ditekankan ialah sejauhmanakah diskusi kita selama ini berlandaskan prinsip yang adil, iaitu meletakkan sesuautu hujah itu pada sumber yang sahih dan melihat dari seluruh aspek tanpa menidakkan hak orang lain untuk berhujah. Kecenderungan masyarakat kita lebih kepada mentaliti yang berbentuk kepartian ataupun partisan. Walaupun tidak semua, namun bagi saya jelas bahawa wujud golongan ini di mana-mana yang hanya nampak keburukan orang lain dan kebaikan diri sendiri. Tuntas kata, mentaliti kita ini perlu diubah dari satu tahap ke satu tahap jika ingin menjadi suatu ummat yang berwibawa. 

Adakah anda merasakan bahawa diskusi anda dengan orang lain bersifat adil?



6. Extrovert VS Introvert
Orang kita selalunya menganggap bahawa extrovert itu satu perkara yang sombong dan lupakan diri. Sedangkan kita perlu 'bersopan santun' dalam berbahasa aka introvert, jangan terlalu menonjol. Contoh termudah bolehlah kita ambil dari sistem pendidikan kita sendiri. Berapa ramai yang akan mengangkat tangan bila ditanya oleh guru-guru mahupun pensyarah? Sedangkan di UK, sistem pendidikan melahirkan individu yang bermentalitikan extrovert dalam erti kata mampu melontarkan idea-idea secara rawak dan mudah. Kita? Dalam masyarakat kita seolah-olah mulut itu dijahit, diikat rapat walaupun mungkin dalam hati sangat ingin meluahkan pendapat. Barangkali sudah berapa banyak idea-idea bernas itu telah dibunuh dengan cara ini? Di UK, idea-idea yang dilontarkan tidaklah sebernas mana bahkan mungkin ada yangsangat mengarut tetapi cara pembawaan lontara idea itu sangat mudah diterima dan menggalakkan individu tersebut untuk melontarkan lagi. Tidakkah kita mengambil pengajaran akan cerita anak Omar yang malu memberi jawapan tatkala Rasulullah SAW bertanyakan teka teki kepada para sahabat? Ini satu budaya hikmah yang tidak kita rebut dan kini ianya hilang dipegang barat. Maka ayuh pungut kembali.

Kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing. Berada di tengah-tengah adalah yang terbaik.

7. Adil dalam Bersosialisasi
Saya seringkali berasa kagum dengan sikap orang UK yang sangat mengutamakan orang lain, Pendek kata mereka ini sangat courtesy. Sangat bersopan santun berbanding budaya di Malaysia. Walaupun difahami budaya itu ada dalam masyarakat Islam di Malaysia, tapi kini saya tidak nampak kewujudannya di bandar-bandar besar. Masyarakat kita boleh saya katakan masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Wujud 'diffusion of responsibility' yang teruk dalam masyarakat kita. Andai kata seorang itu meminta pertolongan berapa ramai yang berani menyahutnya? Pasti dalam minda orang yang mendengar tersebut berfikir banyak kai untuk menolong, barangkali orang lain akan menolongnya bukan aku. Jika semua berfikiran begini rupa, siapakah lagi akan membantu dan akhinya membiarkan mangsa tersebut terkapai-kapai. Sedangkan lain berbeza di UK, bukan setakat  laungan minta tolong, andaikata kita masuk ke sesuatu tempat dengan keadaan terpinga-pinga sekalipun, kita akan disapa: "can i help you?". Dush. apa lagi yang mahu kita ambil? Inilah hikmah. Inilah cara berinteraksi dengan manusia. Mereka bukan sahaja response terhadap suara kita tetapi bahkan mereka response terhadap gesture badan kita! Adakah di Malaysia kita peduli gesture orang sebelah kita dalam train? Adakah kita peduli gesture jiran kita? Anda mampu mengubahnya. Dan banyak lagi contoh mudah yang mampu saya jelaskan tapi cukuplah sekadar ini.

Konklusi
Pendek kata, banyak perkara yang perlu kita ambil hikmah dari mentaliti orang Barat. Walaupun kita faham bahawa orang Barat mereka berakhlak teruk dalam aspek tertentu seperti minum arak dan zina sebagainya. Tetapi di situ wujud beberapa hikmah yang perlu kita rebut. Mungkin kita sekarang sedang bergerak ke arah itu. Dan mungkin juga penelaahan saya ini hanyalah lebih kepada aspek pengalaman peribadi maka ianya sangat relatif pada sudut masa, situasi dan tempat. Namun begitu, melalui apa yang mampu saya bahaskan ini, jelas masih ada banyak perubahan yang boleh kita lakukan bermula dari dalam diri kita. Ambil peduli soal ummah kita, ambil tahu soal orang lain, jangan mudah melabel keburukan orang lain. Lihatlah apa yang baik yang mampu kita kongsikan demi kebaikan bersama. Sukar, tapi tidak mustahil. Ayuh!

Bukan kita ingin mengagung-agungkan Barat, tetapi cukuplah untuk kita rebut kembali hikmah yang telah lama hilang. Kita mungkin banyak ilmu sunnahnya, tetapi sejauhmanakah kita implementasikan dalam kehidupan harian kita? Seruan dilaungkan.

Amin, Edinburgh, 11.33pm. 




Anda mampu mengubahnya!



P/S: Inilah hanya pendapat, perbezaan pendapat adalah normal. Sebarang pandangan jitu dialu-alukan.

0 comments: