Sunday, September 9, 2012

Kehidupan Pelajar Muslim di UK [Soalan Tipikal]

Orang sering bertanya akan perihal berada di luar negara. Walaupun sudah ramai rakyat Malaysia khususnya orang Islam, tetapi tidak ramai yang mengetahui suasana dan suasana hidup selaku seorang Muslim di luar negara terutamanya bila berada di sebuah negara yang mana pimpinannya bukan Muslim. Ada beberapa perkara yang seringkali ditanyakan kepada saya; maka saya mengambil langkah untuk menulis perkara ini untuk pengetahuan umum kerana saya percaya tidak semua boleh merasainya tetapi cukuplah dengan perkongsian pengalaman ringkas saya ini.

1. Bagaimana mahu Solat?
Oh, solatlah seperti mana Rasulullah solat. (tak menjawab kehendak soalan ataupun soalan salah). Sebenarnya di negara yang saya tinggal iaitu di UK, banyak masjid-masjid telah pun dibina. Namun kebanyakan masjid berada di bandar-bandar utama. Jadi jika berada di Bandar/city, di mana mahu bersolat tidaklah menjadi masalah. Cumanya, sekiranya kita travel keluar dari bandar-bandar maka ianya menimbulkan sedikit halangan untuk mencari tempat Solat. Dalam hal ini, kami para pelajar luar negara biasanya bersolat di mana-mana ruang sahaja yang dibolehkan untuk solat. Contohnya ialah di ruangan parking kereta, di padang rumput, di kawasan orang tidak lalu lalang, jika di hypermarket biasanya lokasi strategik ialah di kawasan tangga kerana orang jarang menggunakannya. Mungkin juga sekiranya berseorangan, tempat terbaik ialah Changing Room (bilik tukar baju) kerana lebih privacy. Namun, jika anda berani dan ingin menyampaikan syiar Islam, solatlah di tepi-tepi penjuru jalan yang tidak mengganggu orang. Mereka (non-muslim) pasti kagum melihat. Tapi awas, kadang-kadang jika tersalah tempat, anda pasti ditunggu oleh guards tatkala usai memberi salam. Apa-apa pun berilah penjelasan yang mudah difahami mereka. Mereka pasti akan menghormatinya.

Bersolat di atas salji, satu pengalaman yang cukup memberi jiwa hamba!
 (latar belakang, Puncak Arthur Seat, Edinburgh)



2. Waktu Solat?
Oh ya. Waku solat di negara yang terletak atas dari garisan khatulistiwa sentiasa berubah-ubah sama ada di hemisfera selatan ataupun di hemisfera utara. Malaysia amat beruntung kerana terletak di atas garisan khatulistiwa, jadi di negara sendiri kita tidak merasainya sangat akan peri pentingnya dalam menentukan waktu solat bahkan kita hanya bergantung kepada Azan masjid, televisyen serta radio. Namun di luar negara, masa solat berubah-ubah dengan begitu cepat sekali dan bagi setiap musim (empat musim), waktu solat adalah berbeza. Jadi adalah sangat penting untuk sentiasa mengambil tahu masuknya waktu solat mengikut kawasan masing-masing. Dan ianya bukanlah masalah besar sekarang ini kerana peranan teknologi juga membantu. Di internet terdapat jadual perkiraan masuknya waktu solat. Dan kebiasannya, di masjid-masjid terdekat ada menyediakan jadual percuma yang boleh diambil dan ditampal di rumah. Maka, waktu solat anda lebih terjaga. Dalam perjalanan (travel), anda perlu bersedia terlebih dahulu. Tidak sama di Malaysia di mana anda boleh bertolak tanpa memikirkan perancangan waktu solat kerana terdapat RnR di sepanjang lebuh raya. Di UK, anda perlu berkira-kira dan merancangan terlebih dahulu, bila dan bagaimana mahu bersolat? Semua ini perlu anda fikirkan. Oh ya, bagi yang wanita, tidak perlulah membawa kain telekung ke mana-mana tempat semasa perjalanan. Cukup dan memadailah memakai pakaian yang mampu menutup aurat selain telapak tangan dan muka. (anda bayangkanlah apa akan terjadi jika seorang wanita muslim solat bertelekung di tepi jalan yang ramai mat saleh mundar mandir!) Peace (^^)\/


Satu contoh jadual solat dari Masjid berdekatan Edinburgh.

3. Bagaimana mahu wudhu?
Jika sedang dalam perjalanan musafir mahupun pada musim sejuk, biasanya kami akan memakai Khuf, iaitu sejenis stokin kulit yang kalis air. Terdapat beberapa syarat mudah untuk memakai Khuf dan ianya memudahkan kita. Sekiranya kita memakai khuf, maka kita tidak perlu membasuh keseluruhan kaki, memadai dengan melalukan air belakang  telapak kaki sahaja. Selain itu, boleh juga memakai stokin yang tebal dengan syarat air tidak terkena bahagian kulit kaki dan ianya boleh digunakan seperti Khuf. Untuk mengambil wudhu di negara UK, biasanya susah untuk menjumpai pair air di tepi-tepi jalan, jadi cara terbaik ialah mengambilnya di tandas awam, tetapi berhati-hati jangan terlalu gelojoh mengambil wudhu sehinggakan basah lantai. Hal ini kerana orang-orang UK (eropah umumnya) kurang menggemari tandas yg basah. Tambahan lagi, sebotol air mineral yg suci juga memadai untuk mengambil wudhu. Paling terdesak, jika tiada langsung air, ambillah wudhu dengan cara tayammum. 

Bagi siapa yang belum pernah tengok, inilah Khuf. Boleh didapati di kedai-kedai dengan harga semurah 4-5 pound sahaja.


4. Menentukan Arah Kiblat
Ini satu perkara yang seringkali ditanya. Bagi saya masalah menentukan arah kiblat tidak lagi timbul dalam era yang serba canggih ini. Bagi para pelajar luar negara, mereka kini dilengkapi dengan teknologi Smart Phone yang mempunyai gadget menentukan arah kompas dan ianya boleh dipercayai. Sesetangah aplikasi smart phone juga mengeluarkan aplikasi yang memboleh kita menentukan arah kiblat dengan hanya sekali klik sahaja. Maka tiada masalah dalam menentukan arah kiblat. JIka anda ada kompas dan suka gunakannya, maka gunalah kompas. Dalam hal tiada kompas, ada beberapa tips lain seperti cuba mencari arah penanda yang sesuai. Contohnya di UK jika anda berada di kawasan Utara UK, arah kiblat ialah menghala ke arah London kerana ianya selari dengan duduknya Makkah. Maka ada tips mengatakan bahawa tengoklah antenna televisyen rumah-rumah kerana semuanya menghala ke London. So far saya belum pernah praktikan tips tersebut kerana tidak pernah menghadapi masalah dalam menentukan arah kiblat.

Satu contoh Aplikasi Qiblat Finder. Mudah dan senang.


5. Kalau lapar makan apa?
Ini pun soalan terkenal juga. Bab makan jika di UK bukanlah satu masalah yang besar. Bahkan begitu ramai orang Islam terutamanya dari pakistan dan india yang membuka restoran halal. Anda juga boleh memasaknya sendiri jika di rumah. Halangannya mungkinlah wujud jika berada dalam perjalanan mengembara. Bagi kawasan yang terpencil sukar untuk kita temui restoran halal, saya punyai pengalaman menjelajah ke daerah atas Scotland, jadi memang untuk menjumpai makanan halal sangat susah. Tapi usahakan terlebih dahulu untuk mencari yang halal menggunakan apa yang anda ada. Satu aplikasi smart phone dan website yang terkenal ialah www.zabihah.com.. Zabihah bererti daging yang disembebelih tapi dalam kes ini ianya sejenis website/organisasi menyediakan khidmat mengenal pasti lokasi makanan Halal mengikut lokasi terdekat anda pada peta dunia. jadi sangatlah mudah untuk mencari makanan yang halal. Namun demikian, jika tidak menjumpainya juga, anda mungkin terpaksa menukar menu yang lebih ringan dan kebaratan contohnya seperti Fish n Chips, sandwich tuna, sandwich telur dan menu-menu yg tidak melibatkan daging dan ayam. Mungkin cuba jadi vegetarian, menarik juga kadang-kadang tukar appetite! 

Satu menu halal di Mosque Kitchen, Edinburgh. Dush, meleleh ayaq liuq habaq hang.

6. Mahu beli barang di Supermarket?
Soalan yang bernas. Saya pertama kali tiba di UK memang agak cuak dan was-was dalam memilih makanan bahkan pernah sekali terambil dan hampir tertelan makanan yang menngandungi alkohol. Pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih barangan dalam supermarket. Syarat pertama jika ingin membeli makanan ialah memastikan ianya halal atau pun tidak. (tanda Halal Jakim?) Maaf, susah nak jumpa barangan yg ada tanda halal jakim, namun di UK ada organisasi yang menentukan halal haram iaitu HFA (halal food authority). Sesetengah makanan ada yang disahkan halal oleh HFA, maka belilah. Namun, kebanyakan tidak ada yang disahkan. Maka anda perlu bijak memilihnya. Tatacara memilihnya ialah melihat apakah bahan yang ianya diperbuat. Jika jelas-jelas ianya ada mengandungi sumber daging dan ayam, maka abaikan ia. Selain itu, pilihlah makanan yang disahkan sebagai vegetarian. Tetapi perlu ingat, tidak semua vegetarian adalah halal, kadang-kadang ianya mengandungi alkohol, maka anda perlu lihat kandungan makanan tersebut sama ada mempunyai alkohol atau pun tidak. Langkah seterusnya ialah memastikan bahan-bahan sampingan seperti wey products yg halal, tiada mengandungi gelitin sumber haram, tidak mengandungi  (E-number) sumber bahan yang haram seperti E-471. Semua ini perlu anda ketahui dengan mempelajari dan mengambil tahu.Anda boleh lihat pada E-fatwa di UK. Mereka ada mengeluarkan berbagai-bagai fatwa dan pendapat dalam hal ini. Ianya panas dibincangkan.

Zabihah, mampu membantu anda dalam menentukan halal atau tidak halal sesuatu makanan/produk.


7. Dari segi bersuci najis/istinjak?
Ya, ini satu trauma bagi mereka yang belajar di luar negara. Orang-orang eropah jarang menggunakan air dalam menyucikan najis kecil.(yang keluar dari qubul dan dubur). Mereka hanya memakai tisu sahaja. (ya tisu!). Agak segan untuk membicarakan soal ini, tapi nak tak nak perlu dikongsikan juga. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan apa-apa alat yang kesat dalam beristinjak dan dalam hal ini ialah tisu. Cumanya di negara kita Malaysia, kita lebih suka menggunakan air untuk berisitinjak. Di sana, mereka mengutamakan tisu kerana ianya tidak membasahkan lantai. Jadi, anda juga boleh menggunakan tisu jika anda tidak keberatan tetapi ramai-ramai yang saya tahu, tidak menyukainya kerana tidak biasa. Jadi, langkah bijak semasa travel ialah pastikan anad membawa botol air kosong dan anda pun tahu apa gunanya. Untuk lebih praktikal, gabungan air dan tisu adalah paling terbaik kerana mampu menghilangkan warna, bau dan rasa najis tersebut. 
Ini tisu toilet kalau anda tak tahu rupa bentuknya. Hehe. Biasakanlah.


8. Khutbah Jummaat?
Satu perkara yang saya alaminya pada tahun kedua di Edinburgh ialah kesuntukan masa untuk berkhutbah jumaat setiap kali hari Jumaat datang. Untuk serta sekali dalam khutbah jumaat yang dihadiri ramai orang adalah sama sekali sukar, kerana kemungkinan sekali saya akan terlewat ataupun terlepas lecture. Kebetulan pada masa itu lecture saya clash/overlap dengan masa khutbah jumaat. Maka di sini anda perlu betul-betul bijak. Apa yang boleh dibuat ialah cuba mencari kawan anda yang sama kes dengan anda. Dalam hal saya, saya punyai rakan sekelas dan kami berdua tidak dapat bersama jamaah khubat jumaat untuk satu semester yang panjang. Jadi tidak logik dan tidak bagus untuk meninggalkan mana-mana satu keperluan di situ. Jadi kami merancang mengadakan 'mini' khutbah kami sendiri. Seorang makmum dan seorang khatib -selesai masalah. Eh kejap-kejap. Tapi tak cukup 40 orang? Jawapannya dibolehkan, ada pendapat dari imam-iman mazhab memadai dengan ada 3 atau lebih orang, 40 orang ialah syarat bagi pendapat imam Shafiee. Khutbah yang disampaikan pendek dan ringkas, dan ianya memadai dengan memenuhi rukun/syarat-syarat sah khutbah jumaat. Dalam masa 15-20 minit pun sudah boleh siap. Tetapi jika punyai ruang dan peluang, hadirilah khutbah jumaat yang dianjurkan oleh jemaah (orang ramai) kerana suasananya sangat berharga. Anda akan lebih menghargainya jika selama ini hanya berkhutbah dua orang macam kami berdua. Ya, ilmu sangat penting; maka jangan terkejut jika anda terpaksa jadi khatib, jangan ingat apa yang anda pelajari tu sekadar ilmu tanpa amal. Di sinilah segalanya bermula. 


9. Waktu Kelas dan Solat?
Walaupun soalan ini nampak tidak nampak penting. Tetapi jika kena pada diri anda, anda akan terasa keperluannya juga untuk mengetahui. Namun demikian ianya bukanlah satu masalah yang besar. Kadang-kadang ada kelas yang terlalu panjang sehingga mengambil masa selama 3-5 jam berturut-turut dan itu adalah biasa. Kebetulan pada masa itu ialah musim sejuk di mana waktu siang adalah pendek sangat. Jarak waktu antara Zohor dan Asar sangat dekat. Dalam kes seperti ini, sekali lagi perancangan sangat penting. Jika dalam perancangan tersebut anda rasa anda boleh keluar atau skip dari kelas untuk menunaikan mana-mana solat tanpa memudaratkan mana-mana pelajaran anda. Maka lakukanlah. Tetapi dalam keadaan darurat di mana ianya sangat penting seperti examination. Maka dianjurkan untuk membuat Jamak (dihimpunkan) zohor dan asar sekaligus. Tetapi awas, kes ini tidak sama dengan kes Musafir, jadi anda tiada hak untuk menjamak dan qasar (saya perlu highlight yang ini>> tiada qasar bagi bukan musafir), sekadar menjamakkan empat rakaat zuhur bersama empat rakaat Asar sahaja (maka jumlahnya 8 rakaat). Hal ini berdasarkan dalil yang sahih di mana Rasulullah SAW ada menjamakkan tanpa sebab bukan kerana hujan, ribut dan sebagainya. Tetapi ulama meletakkan beberapa syarat antaranya ialah berada dalam darurat teramat. Anda boleh rujuk mana-mana pendapat fiqh dalam hal ini untuk keterangan lebih lanjut. 

10. Suhu dan Ramalan Cuaca?
Soalan ini adalah topik tambahan saya sendiri. Di luar negara terutama di UK, persoalan suhu dan cuaca amat penting untuk diketahui. Mungkin bagi anda yang sudah terbiasa tinggal di Malaysia rasa ianya pelik dan menjelikkan. "Kenapa perlu tahu bab cuaca ini?" Bahkan di televisyen Malaysia ada meletakkan ramalan cuaca dan saya sendiri  akui ianya kurang membantu jika di Malaysia. Tetapi di UK, ianya satu keperluan! Sebab itulah jika anda perasan, bagi penggemar smart phone seperti Iphone, HTC dan Samsung, pasti akan ada maklumat tentang ramalan cuaca pada smart phone tersebut. Persoalannya kenapa? Ya, jawapannya ialah kerana anda memerlukannya ketika berada di kawasan yang mana suhu dan cuacanya sangat dinamik. Suhu dan cuaca sana tidak statik dan tipikal macam Malaysia. Di malaysia kita hanya ada Hujan dan kemudiannya panas terik. Tetapi di UK, akan ada hujan, angin kuat, sejuk teramat, panas terik, mendung tak berlagu dan kadang-kadang salji. Jadi aspek ini penting kerana ia menentukan cara pemakaian anda. Baju-baju yang perlu dipakai tertaluk kepada suhu dan cuaca. Jika hari ini anda keluar dengan harapan ingin bergaya (baju nipis), tiba-tiba pula pada hari itu angin kuat dan sejuk mencucuk badan anda. Anda tiada pilihan untuk pulang ke rumah dan tukar kepada baju kalis angin (windproof). Jika waktu panas, maka anda tidak perlu memakai baju tebal ala eskimo tetapi memadailah memakai baju t-shirt, mungkin memerlukan kaca mata hitam (matahari di sana terik dan banyak UV rays berbahaya). Jika waktu winter, ianya bertambah buruk kerana melibatkan soal kasut. Jika tersalah pakai kasut dan baju, padahlah anda. Mungkin anda akan jatuh tergelincir kerana licin ataupun kaki anda boleh terkena frostbite kerana terdedah kepada ais berpanjangan. Tambahan lagi, segala aktiviti di sana bergantung kepada cuaca, jika salji maka bagi yang berkenderaan; perlulah membawa penyodok ais (kalau-kalau kenderaan tersekat). Kalau mahu panjat gunung, jangan pula diredah ketika angin kuat dan lain-lain. 


Contoh: hari cuaca cerah, maka saya boleh pakai singlet (pagoda) sunbathing. *contoh.

Cukuplah sekadar 10 perkara ini dahulu. Semua ini hanyalah pengalaman biasa bagi para pelajar luar negara dan ianya bukanlah satu perkara pelik bahkan normal kehidupan. Di luar negara, hidup anda lebih rumit kerana anda perlu banyak berfikir berbanding di Malaysia semuanya amat dan tenang. Tidak perlu banyak berfikir. Pengalaman memberikan kita keyakinan, dan ianya sangat berharga untuk kita kongsikan. Walaupun pengalaman ini hanyalah biasa pada pandangan mereka yang sudah terbiasa, tetapi saya yakin kepada adik-adik ataupun mereka yang bakal ke luar negara, ianya memberi gambaran sebenar pada sudut pandangan pengalaman peribadi insan seperti saya. Jika ada yang ingin menyumbang idea, pembetulan dan pendapat dialu-alukan! ^^



11 comments:

Hani Syahida ✿ said...

Amin, kat mana ada jual khuf tu di Edinburgh ni? yg tu laki/perempuan leh pakai kah?
Tq

Amin Rukaini Mustafa said...

oh ya, kat edinburgh ni yg fames kat Maqbool. Tapi tak byk pilihan, nak senang cari kat ebay la, Perempuan pun boleh, tapi rasanya ada special design kot. tak pasti sebab tak pernah tahu lak pasal perempuan ni design dia camne. :D tapi kalau ada stokin tebal n kalis air pun dah ok.

Leng Chai said...

hah bab istinjak.... kalau da biasa senang je... xde masalah pon

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

assalamualaikum saudara...saya nak bertanya tentang bidang yg saudara ambil iaitu bioteknologi...

adakah bioteknologi mengkaji tentang sel2 and plant or ada about food biotech skali...
saya minat bidang food biotech..
harap saudara boleh tlg jelaskan walau sedikit...
thanks..

alia said...

How about the people there? Diorang friendly tak or do they keep to themselves? Will a muslim womam feel like an outsider there, if coincidentally she's the only muslim in her course or uni?

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada Alia:
Ya orang di sini sangat baik berbanding orang malaysia/asia. Diorang sangat open minded dan melayani kita dengan cara terbaik. InshaAllah tidak menjadi sebarang masalah. Ubah tanggapan negative terhadap international people.

Emy ilhamie said...

TERIMA KASIH UTK INFO.. tp mcm wuduk tu ade pening sikit. tp xpe.. TQ sangat2 membantu

Anonymous said...

Nak tanya jarak antara waktu solat adakah berkadar terus dengan perubahan musim di luar negara. I mean will the normal relative distance between each solat becomes in any way obviously different when in such countries with 4 seasons..tq

Anonymous said...

Sebab itu manusia tidak boleh sentiasa berada dalam 'comfort zone'. Apabila berada di luar kebiasaan kita akan lebih kuat dan mandiri insyaAllah. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

Amin Rukaini Mustafa said...

>Anynomous: Perubahan waktu berkadaran terus dengan tempoh munculnya matahari. Di waktu musim sejuk: mahatahari muncul singkat, maka jarak antara zohor dan asar sangat rapat.

Manakala pada waktu summer, matahari keluar panjang (14-16 jam). jadi jarak zohor dan asar sgt jauh.

hal ini vice versa bagi jarak maghrib dan isya respectively.