Siapa akan sangka bahawa satu sel yang begitu halus mempunyai berbagai-bagai fungsi. Allah menciptakan kehidupan ini dengan begitu indah. Sel-sel dikatakan seakan-akan batu-bata yang tersusun rapi dan setiap satu sel tersebut mempunyai peranan yang sangat penting dalam satu-satu organisma.
Diagram yang memaparkan rajah model sel ringkas
Dalam atikel ringkas ini, saya akan cuba membahaskan satu isu menarik iaitu "sejauhmanakah kita dapat megambil ibrah daripada sel yang penuh dinamik?" Penulisan ini khas untuk semua lapisan masyarakat umum yang inginkan kefahaman akan biologi dan kehidupan.
1. Sel Yang Dinamik
Sel tidak statik tetapi ianya dinamik. Dalam satu-satu sel akan berlaku beribu-ribu bahkan mungkin berjuta-juta aktiviti dan tindak balas kimia. Semuanya berlaku dalam sel kita tanpa kita sedari sedikit pun. Kita hanya akan mula sedari tatkala sel tersebut tidak berfungsi lagi dan abnormal seperti kanser dan jangkitan kuman. Tetapi dalam pada masa anda membaca ini, sel-sel di dalam otak anda sedang membuat kerja yang sungguh menakjubkan. menghantar elektron, merembes hormone, merembeskan neurotransmitter dan lain-lain lagi. Dalam pada masa yang sama sel-sel di dalam usus anda mula menghasilkan berbagai-bagai jenis protein untuk dijadikan enzim mencerna makanan. Dan tidak semudah yang kita sangkakan, ianya berlaku dengan begitu kompleks sekali sehinggakan banyak perkara yang masih belum kita tahu bermula daripada DNA, amino acid, protein, Hormone, organ dan sebagainya. Syukur pada abad maju ini, kita mempunyai ilmu yang cukup untuk memahamkan bagaimana semua itu berlaku. Sel yang dinamik kita mula rungkaikan satu persatu, kita mula memahami dengan adanya teknologi dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini, lantas menjadikan kita begitu takjub dan kagum dengan penciptaan ini. Subhannallahilazim. Mesti ada banyak ibrah dan pengajaran dalam manifestasi dinamik ini. Pasti ada keseimbangan yang tersusun rapi. Dan kita akan lihat juga bagaimana kesannya jika keseimbangan ini terganggu.
2. Sel Sangat Tersusun
Satu sel sama ada sel haiwan ataupun sel tumbuhan kedua-duanya sangat unik dan tersusun bagi setiap tugasannya. Setiap satu sel terdiri daripada berbagai-bagai organelle dan yang utamanya ialah seperti nucleus, Golgi apparatus, rough endoplasmic reticulum, smooth endoplasmic reticulum, endomembrane, outermembrane dan vesicles. Setiap organelle ini mempunyai peranannya masing-masing, dan mempunyai skop tugas yang sangat spesifik. Susun atur organelle ini juga amat mengagumkan kerana mereka diletakkan dengan penuh sistematik sekali tepat dengan fungsinya. Sebagai contoh, Golgi apparatus yang juga saya sifatkan sebagai 'kilang protein' terletak betul-betul di luas kawasan nuclues dan hampir di tengah-tengah kawasan sel tersebut. Kilang protein ini mempunyai peranan yang penting iaitu lain tidak bukan untuk menghasilkan protein untuk dirembeskan ataupun untuk digunakan oleh sel itu sendiri. Jadi lokasinya yang terletak betul-betul di tengah antara nucleus dan outermembrane jelas menampakkan satu penciptaan yang penuh bijaksana. Di situlah di mana protein akan dihasilkan dan kemudiannya akan dibawa keluar daripada sel. Vesicles yang begitu banyak sekali terkandung di dalam sel mempunyai peranan sebagai 'kenderaan' kepada protein yang baru sahaja dihasilkan. Kenderaan inilah yang membawa protein dengan selamat untuk diubah suai kepada protein yang lebih baik dan hebat. Secara kesuluruhannya, tiada cacat cela langsung dalam arktektur sel. Semua tersusun penuh rapi dengan tugasannya tersendiri. Mengagumkan!
3. Sel Juga Berkomunikasi
Siapa sangka sel yang begitu halus ini sebenarnya berkomunikasi. Namun komunikasi dalam sel tidaklah sama seperti komunikasi seperti manusia dengan mengeluarkan bunyi-bunyi dan pergerakan (gesture). Tapi apa yang berlaku ialah setiap sel mempunyai kemampuan untuk menerima isyarat ataupun maklumat dari bendasing dan juga sel-sel yang lain. Sel berinteraksi secara aktif dengan dunia luarnya. Ianya tidak statik. Ianya sentiasa menerima maklumat dan sentiasa mengemaskini maklumat. Sel menerima maklumat dengan pelbagai cara dan salah satunya ialah melalui receptor yang terletak di permukaan sel tersebut. Receptor ini menerima sebarang isyarat sama ada daripada hormone, proteins, ataupun sentuhan daripada sel-sel lain. Sebagai analogi, semasa anda sedang melihat makanan yang begitu lazat sekali, pasti anda pernah terasa bagaimana tiba-tiba sahaja perut anda berbunyi-bunyi. Ini adalah kesan daripada terembesnya hormon daripada otak anda memberi isyarat kepada sel-sel di perut untuk sintesis gastric juice. Gastric juice penting untuk pencernaan makanan. Dan interaksi ini juga memberi kebaikan kepada diri kita terutamanya dalam hal melawan jangkitan kuman. Sel yang diserang jangkitan mikrob dapat mengenal pasti mikrob yang terlibat lantas menghasilkan tindak balas untuk mengawal jangkitan tersebut. Mekanisme tersebut jelas mempamerkan kepada kita bahawa sel mampu berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.
Beberapa contoh method komunikasi oleh sel
4. Sel Yang mengikut Blueprint
Tanpa DNA, tiadalah kehidupan. DNA adalah satu benda yang paling universal dalam kehidupan. Bahkan tiada kehidupan tanpa DNA. Setiap benda hidup terbina dengan DNA. DNA ialah 'blueprint'. Ianya merupakan kertas kerja dalam sesuatu binaan. Seperti seorang arkitek yang ingin membina sebuah bangunan, sebuah lukisan plan kerja diperlukan dan sama jualah dengan organisma hidup. Pengetahuan kita terhadap DNA mula berkembang sejak penemuan model yang ditemui oleh James Chadwick dan rakannya. Siapa pun mereka, kita patut berasa bersyukur bahawa penciptaan DNA merupakan satu perkara yang menakjubkan kerana ianya sangat kompleks dan penting kepada benda hidup. Satu-satu DNA sel memuatkan berbilion-bilion maklumat dan ianya tersimpan dalam empat bentuk bases yang dikenali ringkas sebagai Adenine, Guanine, Tymine, Cytosine. (AGCT). Dengan hanya empat bases ini, satu maklumat yang sangat banyak dihasilkan dan cukup untuk metenteramkan satu sel yang hidup. Maklumat-maklumat ini boleh digunapakai jika perlu dan ianya digunakan untuk menghasilkan proteins. Secara amnya, sel tidak bebas dengan sendirinya melakukan apa sahaja, ianya mengikut blueprint yang ada. Akan tetapi jika blueprint ini rosak, maka rosaklah ia seperti terjadinya kanser.
Hubungkait DNA, Kromosom, Sel dan kita.
5. Sel Bila Tidak Taat
Apabila sel sudah hilang pertimbangan dan DNAnya sudah dirosakkan ataupun dihasut oleh virus, maka ianya dikira tidak taat. Keadaan ini seringkali berlaku dalam sel-sel kerana beberapa faktor tertentu. Satu sel bolehlah dianggap tidak taat ataupun abnormal sekiranya sel tersebut mula menunjukkan response yang berbeza daripada sel asli. Sebagai contoh, sesetengah sel boleh jadi abnornal apabila dijangkiti oleh virus. Virus seperti Human Papilloma Virus (HPV) selalunya menyebabkan ketumbuhan pada kulit yang dikenali sebagai ketuat (warts) dalam masyarakat umum. Mengapa ia menjadi sedemikian rupa? Saya singkap sebagai sel tersebut telah dihasut untuk bertindak sedemikan rupa. DNA yang terkandung dalam sel tersebut telah diubahsuai oleh HPV lantas menjadikan sel tersebut 'gila' kerana mula membuat mitosis secara berlebih-lebihan. Dan inilah yang kita panggil sebagai kanser. Namun, ketuat bukanlah kanser yang teruk kerana ianya boleh dirawat dengan cara yang mudah dan tidak tersebar secara meluas berbanding kanser yang mampu menyebarkan kepada sel-sel lain.
6. Sel yang Berkerjasama
Sudah pasti selain mampu berkomunikasi dengan baik dengan sel lain, satu-satu sel juga bekerjasama dengan sel lain. Sesetengah sel akan memberikan bantuan kepada sel yang lain. Sebagai contoh, sesetengah sel hanya berfungsi sebagai 'pelekat' yang melekatkan sel lain daripada terburai dan berpecah belah. Ada pula sel yang memberi sokongan hormon kepada sel lain agar sel lain terus berkembang dan membiak. Setiap sel menjaga kemaslahatan sel-sel lain kerana bagi sel tersebut sekiranya sel lain dijangkiti kuman, mereka juga akan terdedah kepada kuman, maka setiap sel bertanggungjawab untuk melindungi diri masing-masing dan diri sel lain. Sel darah merah contohnya hanyalah berperanan sebagai pembawab oksigen, tetapi sel darah putih pula berperanan dalam menangkap mikrob berbahaya. Bahkan lagi sesetengah sel yang sudah dijangkiti pathogen (mikrob membawa penyakit) sanggup mengorbankan dirinya agar sel-sel lain tidak dijangkiti dan dalam istilah sains biologi ianya dikenali sebagai apoptosis. Hebat.
Apotosis: kes pengorbanan yang meruntunkan jiwa.
7. Sel yang Berhemah
Sel direka untuk berhemah (tidak membazir) dalam segala keadaan. Sel tidak sanggup untuk menghabiskan tenaganya secara percuma tanpa sebarang sebab. Sel sentiasa memastikan ianya dapat berfungsi pada tahap optimum dan sederhana. Jika tidak, sel pasti menemui masalah yang kritikal. Segala tenaga dalam bentuk ATP yang ada digunakan dengan cara yang bermanfaat. Sekiranya berlebihan ianya akan menukarkan tenaga tersebut sebagai simpanan. Hal ini untuk memastikan sel tesebut dapat menjalankan tugas dengan sehabis baik tanpa sebarang masalah. Kesimbangan inilah yang mengagumkan, walaupun sel halus, tetapi kebijaksanaan dalam menggunakan secara berhemah ternyata amat hebat sekali untuk difikirkan. Sel seolah-olah faham bahawa ia perlu melakukan berbagai-bagai tugas yang penting, jadi ia menggunakan tenaga secara berhemah untuk keperluan yang lebih penting. Dalam erti kata lain sel meletakkan keperluan pada tempatnya iaitu sel sangat adil terhadap dirinya; tidak menzalimi dirinya. Sel juga makan ataupun mengambil tenaga tetapi ia tidak mengambilnya secara berlebih-lebihan. Sel sangat berhemah.
Akhir kata, sel sangat hebat untuk kita teliti dalam kaca mata ibrah yang sebenar. Kita mungkin tidak sedar tetapi dengan ilmu yang kita ada, kita membongkarnya untuk kefahaman bersama. Sesetengah orang mungkin melihat ini sebagai hanya Sains semata-mata sedangkan terkandung di dalamnya berbaga-bagai hikmah yang pasti boleh kita fahami pada lunah hati nurani. Begitu jualah manusia pada hakikat penciptaannya yang tersusun rapi, sempurna, mempunyai hala tuju yang dingini penciptaNya, bahkah diberi kita petunjuk. Dan yang pasti Sains tidak menipu dalam membongkarkan fakta kehidupan, masalahnya siapakah penipu dalam menafsirkan fakta kehidupan yang penuh ibrah itu? Dan siapakah pula yang tidak mahu dan keras hati untuk menerima fakta yang melunakkan jiwa-jiwa? Kadang-kadang hati kita seperti batu. Sekeras-keras batu sekali pun, batu itu pastu berlubang dek ditekan bertubi-tubi oleh air yang lembut tetapi berterusan.
Allah SWT berfiman:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya tuhan kami. tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka.
References:
Al-Quran Kareem.
B. Alberts, et al. The Molecular Biology of the Cell Garland Science.
T.D. Pollard and W.C. Earnshaw Cell Biology Saunders.
W.H. Elliott and D.C. Elliott Biochemistry and Molecular Biology Oxford.
Authors :
0 comments:
Post a Comment