Pujian ataupun Ujian.
Tirai semester 2012 bagi tahun pelajar ketiga saya di Edinburgh sudah tutup. Kini cuti summer mula menerpa dengan pelbagai janji-janji yang perlu saya penuhi. Banyak perkara telah dilalui selama sudah hampir dua tahun berada di bumi orang, Bumi Edinburgh yang penuh dengan suka dan duka, pujian dan ujian serta kesakitan dan juga kegembiraan. Kita insan biasa. Wujud kita memenuhi ruang alam dengan rasa tadabbur dan rendah diri kepada Sang Pencipta. Tiadalah yang menempatkan saya di sini melainkan atas sebab Qada' dan Qadar. Usaha kita memang usaha, namun yang menentikan rezeki kita tiada lain tiada bukan Penjaga kita Sepenuh Masa, Ar-Rabb; Al-illah. Pujian-pujian kepadanya. Ambillah masa untuk sama-sama kita fikir kembali sejauhmanakah kita meletakkan nilai syukur dan sabar dalam kehidupan kita. Ambillah masa, sebagai hamba kita mudah alpha, neon kemalapan kadang-kadang menjadikan kita insan pelupa sedangkan Adam insan syurga juga termakan tipu daya, inikan kita. Boleh jadi sesuatu yang indah diberi kepada kita itu dua perkara yang hampir-hampir sehaluan tetapi berbeza pentaakulan. Bertanyalah sama ada ia: 'Pujian ataupun Ujian'. Boleh jadi kedua-dua. Muhasabahlah.
Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya (Al-Ahzab, 33 : 41)
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mukminun, 23:115)
Apakah Erti Kehidupan tanpa Bidalan?
Apakah erti hidup kita tanpa bidalan ataupun perumpamaan? Hidup seperti yang diungkap dalam cerita Macbeth dalam poem William Shakespear. Mungkin anda semua sudah biasa dengar akan poem ini. Seingat saya, ianya diajar kepada pelajar tingkatan satu ataupun tingkatan dua sekolah menengah rendah.
Life's Brief Candle
"To-morrow, and to-morrow, and to-morrow,
Creeps in this petty pace from day to day
To the last syllable of recorded time,
And all our yesterdays have lighted fools
The way to dusty death. Out, out, brief candle!
Life's but a walking shadow, a poor player
That struts and frets his hour upon the stage
And then is heard no more: it is a tale
Told by an idiot, full of sound and fury,
Signifying nothing."
'Signifying nothing'. Tidak membawa maksud apa-apa. Perumpamaan dan bidalan memberi berbagai makna tafsiran kepada nilai sebuah kehidupan. Masing-masing manusia meletakkan berbagai-bagai sudut neraca berlandaskan apa yang telah berlaku kepada diri-Nya. Sebagai contoh dalam cerita Macbeth, yang juga seorang Scottish cuba mendapatkan kuasa, kemegahan dan takhta tetapi berakhir dengan kematian yang tidak membawa makna. Satu perumpaan yang diungkapkan ke dalam sebuah poem menarik memberi pengajaran buat semua. Karya seorang manusia.
Perumpamaan Allah terhadap Dunia
Dalam Al-Quran, Allah SWT berkali-kali mengingatkan manusia dengan berbagai-bagai perumpaan akan erti sebuah kehidupan. Seorang muslim dan mukmin seharusnya mempunyai misi dan visi yang jelas akan gambaran yang Allah SWT cuba berikan. Ianya merupakan satu pemberitahuan, satu arahan, dan juga mungkin satu gesaan kepada umat manusia. Gambaran Al-quran akan seni kehidupan amat tajam bahkan jitu. Menerosok halus ke dalam jiwa-jiwa yang ikhlas mencari kebenaran. Perumpamaan yang diberikan cukup hebat bahkan kukuh. Jelas lagi terang-terangan. Menanti insan yang setia dan bersedia dengan minda pasca hidayah untuk mengambil nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Antara contoh perumpaan Allah SWT terhadap kehidupan ini ialah:
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-kahfi, 18: 45)
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah, ‘Inginkan aku kabarkan kepada kalian apa yang lebih baik dari yang demikian itu?’ ” (Ali Imran : 14-15).
“Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran : 185).
“Ketahuilah bahwa sesunggguhnya kehidupan duniawi itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan.” (Al-Hadid : 20).
“Dan semua itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf : 35).
“Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi. Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka.” (An-Najm : 29-30).
Tidak kurang juga, banyak hadis-hadis meriwayatkan akan perumpaan dunia, antaranya ialah:
Dari riwayat Al-Miswar bin Syaddad, dia berkata“Rasulullah SAW bersabda,
“Dunia itu dibanding akhirat tidak lain hanyalah seperti jika seseorang di antara kalian mencelupkan jarinya ke lautan, maka hendaklah dia melihat air yang menempel di jarinya setelah dia menarik kembali.” (Diriwayatkan Muslim, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah).
Dalam hadits lain disebutkan,
Rujukan: Ibnu Qudamah, Minhajul Qashidin (Orang-orang yang Mendapat Petunjuk)“Dunia ini adalah penjaranya orang mukmin dan surganya orang kafir.” (Diriwayatkan Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad).“Andaikan dunia ini di sisi Allah hanya serupa dengan sebelah sayap seekor nyamuk, tentulah Dia tidak akan memberikan dari sebagian dari dunia itu kepada orang kafir barang seteguk air.” (Diriwayatkan At-Tirmidzi dan Abu Nu’aim).“Dunia ini terkutuk, terkutuk pula apa yang ada di dalamnya kecuali apa yang dikarenakan Allah darinya.” (Diriwayatkan At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Baghawi).
Moga-moga, sama-samalah kita bermuhasabah seketika, sedikit santapan pemula, ya pemula. Cerita asal berkaitan tajuk Entri ini bermula selepas 'boarder ini'. ^_^
********************************************************************************
Berkongsi itu Kasih
Pepatah English ada mengatakan, 'Sharing is Caring' ataupun jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu mungkin beginilah bunyia: 'Berkongsi itu Kasih' ataupun mana-mana versi translasi yang ada. :) Berada di bumi orang, jua di bumi Edinburgh, tidak lengkap tanpa gambar-gambar untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di luar sana. Saya lebih suka menggunakan pendekatan penceritaan melalui gambar kerana ia lebih mudah disampaikan. Ia lebih hidup dibandingkan dengan cerita-cerita penulisan biasa. Mungkin inilah entri saya yang pertama untuk beberepa bulan ini dengan cerita-cerita peribadi. Sudah lama meninggalkan alam blogger ini, hidup menjadi passive kerana kesibukan yang melanda. Banyak perkara akademik terpaksa diutamakan berbanding blog ini. Diharapkan entri kali ini mampu memberi semangat kembali untuk terus berkarya. InsyaAllah. (gambar-gambar adalah random)
Edinburgh Central Mosque, di sinilah tempat kami semua berjemaah solat fardhu. Mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki dari rumah. Sungguh cantik, besar lagi indah! Alhamdulillah. Diinfakkan oleh King Fahd, Arab Saudi.
Puncak tersebut ialah Puncak Arthur Seat. Sebuah bukit yang tersergam indah, boleh didaki dengan mengambil masa kira-kira 45 minit (standard). Dari atas dapat melihat kecantikan Edinburgh 360 darjah. Hanya 15 minit daripada rumah.
Salah satu tasik buatan di bawah kaki bukit Arthur seats yang dikenali sebagai St Margaret. Selalunya dipenuhi Swan-swan putih yang kelaparan roti-roti wholemeal. 'Pelahap' paling kuat tetapi mampu terbang dengan jayanya. Cantik.
Salah satu shot cantik sewaktu pendakian ke puncak Arthur Seat. Ketika ini pelangi tiba-tiba muncul. Gambar ini diambil dengan penuh takjub dan terkesima. Rasa kecewa kerana camera tidak mampu mengambil gambar 180 darjah bulatan pelangi tersebut, hanya mampu mengambil 90 darjah bulatan sahaja. huhu.
Gambaran malam di satu jalan terkenal untuk membeli belah, Princes Street. Gambar ini menunjukkan suasana lengang kerana diambil kira-kira pukul 1 pagi. Selalunya jalan ini hiruk pikuk dengan bas dan juga kenderaan. Menara tersebut ialah Menara Balmoral Hotel, antara salah satu hotel termahal di Edinburgh. Mungkin semalam paling murah dalam 2K pound. Murah.
Saya tidak mampu tahan untuk mengambil gambar ini, warnanya terlalu merah untuk mana-mana mata yang melihat. Saya bukan 'mat bunga' tetapi warnanya meruntun jiwa. Tidak pasti pokok ini jenis species apa. Kalau datang dengan makcik-makcik ataupun emak sendiri, saya pasti sudah dipetik bunga-bunga ini lalu dicium. "oh tiada bau". (kantoi dah terbuat)
Gambaran semasa Hari raya Aidil Adha 2011 baru-baru ini. Seluruh rakyat Malaysia berbagai bangsa dan agama turun untuk meraikan. (tiba-tiba perasan ada bayang hitam di bawah kaki>> apakah itu? adakah ia lembaga hitam? jawapan: bayang-bayang hoody camera)
Jangan terpedaya dengan gambar. saya yang berbaju melayu lebih muda. Bersebelahan saya ialah Housemate disayangi Abdul Karim (memakai baju Nike Air). Terasa diri ini macam tembam >> Memang tembam pun, sudah lama tidak exercise, ditambah pula dengan makan-makan pada hari raya aidil adha tersebut. Menambah lemak dan otot-otot.
Perhentian bas di Sheffield. Menunggu kedatangan bas awam. Beginilah kami di UK. Sistem bas di UK sangat sistematik, mempunyai sistem masa yang teratur dan kehadiran bas mampu dikesan menggunakan GPS. Lokasi dan masa dianggarkan macam kehadiran LRT di malaysia. Malangnya kami pada hari itu, bas tidak datang. Cuti kot. Kena berjalan kaki> exercise.
Muka puas selepas main Laser Tag di salah satu tempat di Edinburgh. Masing-masing memegang sijil perlawanan. (ala-ala sijil SPM). Kalau muka yang ketat tu, faham-faham la kenapa. Kalau lebar semacam menang la tuh. Tak pun senyum paksa. hehe
Gambar bilik sendiri. Kecil sahaja. Tapi mampi memuatkan hampir 15 orang sesuautu masa. Tarikan utama>> Tayangan movie percuma (ada LCD projector dipaparkan ke dinding. Tarikan sampingan>> makanan dan masakan percuma. Untuk eratkan ukhuwwah. :)
Sempena hari raya Aidil Adha, tidak melepaskan peluang merainkan bersama-sama walaupun berbeza baju, budaya mahupun bangsa. Muslim itu umat yang satu. Indah lagi ceria.
Suasana ketika tamatnya khutbah Hari Raya Aidil Adha dalam Edinburgh Central Mosque. Havoc. Semua nak bersalam-salaman. Seronok dan terasa suasananya. Berduyun-duyun orang Islam datang. Khutbah dan solat dibuat dua kali kerana terlalu ramai. (Bukti bahawa orang islam ramai dan di mana-mana)
Pembantu jualan langsung nasi lemak, saya berkesempatan membuat jualan nasi lemak yang diberi nama Coconut Rice King. Mendapat sambutan paling laris dan laku. Malangnya di minit-minit terakhir, sambal sudah habis. Tapi alhamdulillah, laba pulangan banyak juga. Saja praktis skill entrepreneurship.
Sudah lama mencari papan tanda ini di Edinburgh. (susah untuk jumpa trademark universitiy Edinburgh kerana University Edinburgh bersepah-sepah) Jadi bila dah ada peluang macam ini, terus ambil. Yang 'mahal' ialah baju Melayu. Mungkin sebagai Melayu Pertama kot.
Di pesisiran pantai Portabello, Edinbugrh. Pantai di sini tak macam pantai Malaysia, tidak boleh bermandi manda, tetapi kalau mandi apa jadi? Beku. Sejuk. Yang sejuk, dan tambahan lagi airnya tidak sejenih pantai-pantai di Malaysia, maka aktivity paling sesuai ialah bermain Frisbee dan mengambil gambar macam ini. hehe
Sempat juga merasa punting (sejenis aktiviti kayuhan sampan) di Oxford. Mmampu dikayuh menggunakan pengayuh dan juga menggunakan galah panjang kerana dasar sungai di sini sangat cetek, maka galah panjang digunakan untuk memberikan force tujahan yang lebih kuat. Punting ini hanya wujud di dua University of Oxford dan juga Cambridge Unversity.
Berdaurah di Bumi Oxford. Walaupun jauh drive dari bumi Edinburgh, sampai juga di sini. Perjalanalan driving kereta mengambil masa kira-kira 7-8 jam. Letih tapi terasa berbaloi dapat berjumpa dengan ikhwah-ikhwah terutanya yang dibawakan khas daripada Malaysia.
Ini gambar semasa pulang dari Oxford, singgah sebentar di Lake District, Cumbria berdekatan dengan Sheffield dan Manchester. Sangat cantik tempat ini. Tujuan kehadiran pada masa ini adalah untuk membuat survey tinjuan aktiviti yang bakal dilakukan.
Anda kenal siapa James Watt? Ya, dialah salah seorang yang menciptak engine steam untuk lokomotif keretapi. Statue ini wujud di hadapan University of Herriot Watt, salah satu university di Edinburgh. Mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan daripada rumah saya. (p/s: saya belajar di University of Edinburgh bukan Herit Watt.)
Apa sudah jadi bro? hehe. ini adalah gambar yang diambil semasa proses membaiki iphone (iphone tuh!) saya yang terjatuh dan mengakibatkan cermin hadapannya pecah. Hantar kedai mahal>> 75 pound, jadi buat sendiri kosnya hanya kurang daripada 20 pound. Tapi.. tapi... tengoklah kerumitan dia. Kena buat equation (marking) sebab skru dia berjela-jela (banyak). Serik, tapi alhamdulillah dapat diselamatkan dengan jayanya. (boleh bukak kedai)
Sesi bacaan yasin beramai-ramai dan solat hajat perdana anjuran EMSA-famili. Bersama-sama postgrads dan juga bapa-bapa. Tempat ini ialah Chaplaincy Universitu of Edinburgh, tempat di mana kami menunaikan solat tatkala selepas waktu kelas mahupun khutbah jumaat. Kemudahan lengkap disediakan kepada orang Islam untuk beribadat.
Bergambar di hadapan Entrance Herrot-Watt University. University ini terkenal dengan bidang Actuarial Science dan juga engineering. Ramai pelajar Malaysia dihantar ke sini untuk membuat bidang Acturial Science.
Suasana meriah pada Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk iaitu salah satu program rasmi yang dibuat setiap tahun pada musim sejuk oleh Persatuan Non-Partisan ISMA Eropah. Alhamdulillah, sambutan makin menggalakkan. Banyak aspek-aspek kerohanian dan akhlak ditekankan pada kali ini.
Satu ilusi optik. Jangan tertipu, ini semua adalah ilusi optik. hehe. Sekadar suka-suka.
Bergambar berbelakangkan pemandangan dari atas Edinburgh Castle. Di belakangnya ialah pemandangan City of Edinburgh yang sangat cantik dan tersusun. Suka untuk digambarkan dengan kata-kata. tapi cantik.
Ini adalah bas yang selalu saya naiki ke kampus saya yang terletak kira-kita 3-4 kilometre daripada rumah saya. Tiada kos atau tambang dikenakan. Ini adalah shuttle bus percuma yang disediakan oleh pihak university kepada para pelajar untuk berulang alik dari rumah (city) ke kampus. Frekuensi bas adalah 20 minit satu trip (bergantung kepada waktu)
Saya sempat juga bermain Ultimate frisbee di Sheffield game, sudah lama aktiviti ini ditinggalkan. Walaupun kalah teruk dibelasah. namun tetap berpuas hati kerana dapat berjumpa dengan ramai rakan-rakan baru.
Ini pula gambar semasa perlawanan Paintball yang dianjurkan bersama dengan postgraduate julung-julung kalinya di Edinburgh. Nampak hebat bukan? tapi kami (undegraduate) telah kalah teruk dibelasah abang-abang postgraduates. XD
Sekian dahulu.
0 comments:
Post a Comment