Monday, April 9, 2012

Raja, Pemuda dan Biji Benih

Alkisah, seorang raja yang hebat lagi adil sudah pun uzur dan makin hari makin menunggu waktu mahu melepaskan jawatan. Malangnya raja tersebut tidak mempunyai sebarang anak untuk diwarisi. Mengikut adat, anaknyalah yang bakal mewarisi takhta beliau. Namun sekiranya raja tersebut tidak mempunyai anak, maka keputusan mutlak diberikan kepad Raja tersebut untuk melantik sesiapa sahaja yang dia kehendaki.

Jadi, pada suatu hari Sang Raja pun membuat pengumuman bahawa beliau ingin berjumpa dengan beberapa orang pemuda, bahkan masih muda dalam lingkungan belasan tahun. Apabila semuanya berkumpul, Raja tersebut lantas bertitah, "Hari ini beta mahu mengambil salah seorang daripada kalian untuk menggantikan beta sebagai Raja kelak."

Mendengar titah raja tersebut, kesemua pemuda tersebut berasa sangat kagum. Dan masing-masing mula terasa bersemangat untuk merebut peluang tersebut. Raja tersebut kemudiannya berkata lagi: "Tapi untuk menggantikan aku, ada satu syarat. Syaratnya ialah aku mahu setiap seorang daripada kamu semua mengambil sebiji benih 'special' daripada aku dan tanam sehingga tumbuh dan aku akan melihatnya kembali pada 6 bulan akan datang". Apabila masing-masing diberikan benih tersebut, maka larilah mereka semua bertaburan. Dalam kalangan pemuda tersebut ialah Hamka, seorang pemuda miskin. Ibunya hanya bekerja buruh kasar.

Setiba di rumah, Hamka bertanyakan kepada ibunya. "Ibu bagaimana mahu menumbuhkan biji benih kepada sepohon pokok?" Ibunya menolong beliau dengan menanam biji tersebut dan dijirus air. Hamka tersenyum dan memberikan harapan yang tinggi. Namun, setelah beberapa hari mencuba, biji benih tersebut tidak juga tumbuh-tumbuh. Kawan-kawanya pula semuanya memaklumkan bahawa biji benih mereka tumbuh segar menjadi sepohon pokok yang besar. Hamka kesedihan. Setelah cukup enam bulan, Sang raja tersebut mengarahkan agar semua pemuda tersebut berkumpul kembali dengan membawa pokok masing-masing.

Malangnya buat Hamka, pokoknya tidak tumbuh langsung. Beliau berasa malu untuk pergi mengadap Raja tersebut bahkan berjumpa dengan kawan-kawannya yang masing-masing mempunyai hasil. Namun dengan penuh kesabaran, Hamka pergi jua dengan tangan kosong. Pada sesi perjumpaan tersebut, seperti yang dijangkakan, hanya Hamka tidak mempunyai pokok, manakala yang lainnya dengan pokok masing-masing yang berbeza spesis. Raja tersebut membelek-belek setiap pokok masing-masing dengan tanda puas hati.

Kemudiannya Raja tersebut perasan bahawa terdapat seorang pemuda yang tidak mempunya sebarang pokok. Bila ditanya siapa pemuda tersebut, itulah Hamka. Muka Hamka penuh suram. Kemudian, Raja tersebut mengarahkan pengawalnya agar membawa Hamka berjumpanya. Dengan perasan takut kerana bimbangkan dimurkai oleh Raja  tersebut, Hamka tabah dan reda. Manakala kawan-kawanya pula sibuk mentertawakannya terbahak-bahak. Raja tersebut menyambut Hamka dengan baik lantas menengking kepada kawan-kawanya yang lain: "Usah ketawa kepada pemuda ini! Hormatilah beliau! Kerna dialah yang beta pilih sebagai pengganti beta!"

Semua diam terkesima. Lantas raja tersebut memberitahu kenapa Hamka dipilih: "Tahukah kalian bahawa beta telah pun memasukkan biji benih kalian semua ke dalam air panas yang menggelegak, pasti mustahil biji benih itu menghasilkan pokok kerana air yang panas pasti menamatkan tumbesaran biji benih, segala enzim-enzim telah tidak berfungsi lagi, maka tidak akan ada pokok bagi biji benih yang kalian tanam itu. Tapi beta bersyukur kerana daripada kalian semua, masih ada seorang pemuda yang masih jujur. Beta pasti kalian semua telah menukar biji tersebut dengan pokok-pokok yang sihat, sebab itulah kalian semua membawa pokok-pokok yang berlainan speciesnya. Kalian semua tamak kuasa. Rakyat beta tidak memerlukan 'Raja' seperti kalian untuk memimpin tapi orang macam Hamka lah beta kehendaki. Jujur dan lurus. Pasti rakyat tidak akan dizalimi."


Pemuda jujur, susah untuk dicari. Bila dijumpai, mereka berkualiti.




2 comments:

Qawiem Khairi said...

Penulis yang baik adalah penulis yang akan mengalir padanya pahala ketika tidur. Teruskan bertinta. :)

Amin Rukaini Mustafa said...

Jazakallahukhair ya akhi kerna sudi melawat blog yg tidak seberapa ini.

InsyaAllah, ilmu itu tidak hadir dari jiwa-jiwa yang sombong, tapi ia hadir dari jiwa-jiwa yang warak, tawaduk, dan zuhuh. Moga kita dalm kalangan mereka. :)