Sekadar selingan, saya kini sudah berada di akhir tahun ketiga dalam jurusan Bioteknologi, dan insyaAllah akan memasuki tahun terakhir pada bulan September nanti. Pasti kehidupan mula berubah dengan berbeza sekali. Dari aspek pemikiran tidak banyak berbeza namun faktor luaran seringkali mempengaruhi.
Berikut merupakan imbauan secara video berkenaan jaulah yang telah saya lalui pada winter lepas yang telah pun saya post kan dalam entri ini.
Pasti dalam mentadabburi alam, ada berbagai-bagai hikmah yang hadir ke dalam jiwa seorang hamba. Jiwa hamba yang sayu dan sedar akan kekuasaan Allah SWT; jiwa yang sedar akan erti surah Al-Mulk dan mana-mana surah makkiyah di mana luasnya perbendaharaan Allah pasti akan terkial-kial melihatnya dengan penuh takjuk dan ajaib. Indahnya jiwa insan yang bergabung mesra dengan basahan ayat-ayat suci Al-Quran lantas diterjemahkan melalui perasaan. Mereka pasti tertidur dan terbaur oleh mainan perasaan manis yang teramat dan hati mereka kusyuk dan tawaduk memahami Penciptaan Alam ini dengan penuh kehebatan.
Maha suci Allah yang menciptakan sesuautu. "Lillahi Ma fissama watiwama fil ardhi", insan yg memahaminya pasti faham bahawa semua dan segala-galanya ada milik Allah. Frasa 'Lillahi' yang hadir pada awal ayat menceritakan segala-galanya. Bahasa arab sangat indah dan mampu menterjemahka maksudnya degan penuh enak dan lazat sekali. Ya, enak dan lazat sekali, iaitu mampu dihayati oleh seluruh pelusuk pancaindera mahupun hati. Ianya hidup bermain dalam jiwa-jiwa hamba yang memahami.
Moga-moga kita merupakan golongan yang disebut dalam Al-Quran.
(سورة آل عمران)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ (١٩٠) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١) رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ (١٩٢) رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ (١٩٣) رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ (١٩٤)
(Ali ‘Imraan 3:190-194)
Terjemahan:
(190) Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albaab).
(191) (Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daris siksa neraka.
(192) Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun.
(193) Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.
(194) Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”.
0 comments:
Post a Comment