Apabila saya compare protest di UK dengan di Malaysia. Ada banyak perbezaan yang sangat ketara.
Di UK, anda perlu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu dan juga makluman kepada pihak polis seminggu sebelum protests. Pihak polis akan melindungi anda daripada sebarang kekejaman dan cuba mengawal keadaan. Di UK, pihak protest membuat demonstrasi secara aman (ie tidak bising-bising dan lawan pihak polis), jarang untuk dapat lihat huru-hara begitu. Di sini mereka hanya berdiri tegak, angkat sepanduk dan sebarkan pamplet yang sangat informative! (description kenapa mereka buat protest dan hujah mereka). Mereka diam dan ucap terima kasih jika anda sudi baca message mereka. huu..
Di Malaysia, saya tidak pasti sama ada pihak protest ada meminta kebenaran terlebih dahulu ataupun tidak kepada pihak berkuasa terutamanya polis, dan tidak pasti juga sama ada pihak berkuasa seperti polis akan memberi perlindungan keselamatan kepada pihak protes. Di malaysia saya lihat keadaan yg saya describekan tadi di UK tidak berlaku. Akan ada bising-bising, jarang pula yang aman. Tetapi saya tidak mampu untuk describe dengan lebih lanjut kerana secara jujurnya hanya mampu melihat dengan sedih dari kaca wartawan. huu..
Something goes wrong in the system. =__=
Sometimes, democracy is not fully working as it is. Sejarah juga membuktikan Empayar yang hebat tidak mengamalkan demokrasi untuk tetap maju dan gemilang tetapi hal ini pula tidak bererti demokrasi itu tidak baik.
'Corellation' Sistem Dan Pengendali
Sesuautu sistem itu akan baik jika pengendalinya baik. Sesuatu sistem itu tidak baik jika orang yg dalam sistem tidak baik. Ibarat seorang manusia, seorang manusia itu akan buruk jika hatinya buruk. Mungkin dirinya nampak baik, tapi jika hatinya pula buruk, maka buruk jugalah ia. Bak kereta yang berkualiti tinggi, mewah; tapi pemandu pula memandu macam samseng jalanan, maka jawabnya punah kereta itu, langgar sana sini. Benda sama, apply balik ja. huu..
Manual Kita
Dan manusia itu ada manualnya, jika mereka tidak membuka lembaran manual mereka sendiri maka jangan haraplah manusia akan mencari jalan yang paling terbaik. Laksana sebuah kereta hebat, anda tidak tahu bagaimana menhidupkan enjinnya kerana kereta tersebut hanya perlu dipetik pada suisnya sahaja bukan menggunakan kunci. Maka manual lembaran manusia ialah Al-Quran dan Hadis.
Siapa Mereka?
Persoalan lebih keras ialah, siapakah mereka yang membuat demonstrasi itu? Saya sering ingatkan diri saya, untuk melihat demonstrasi dengan lebih menarik, lihatlah mereka yang membuatnya. Apakah agenda terbesar mereka, ke manakah mereka mahu membawa kita? Kerana akhirnya jika mereka ada agenda besar bukan hanya sekadar laungan kecil-kecilan, anda pasti yakin bahawa demonstarsi itu demonstarsi yang baik. Kadang-kadang orang yang berdemo hanyaah orang-orang yang ikut kawan. Kawan kata jom berdemo, maka berdemolah ia. Dan dalam kumpulan pendemo itu akan ada ketuanya. Ketua inilah segala-galanya. Dia memegang rakan-rakan lain. Kadang-kadang pula ketuanya duduk diam tetapi ada orang kuat yang melaungkannya. Dan mereka itu dari orang-orang yang berani melaungkan.
Menjawab persoalan saya, kenapa kita perlu melihat orangnya? Hal ini kerana jika mereka benar-benar orang yang ikhlas dan taat kepada Allah dan Rasul, maka mereka perlu kita lihat secara teliti, tetapi jika mereka hanya insan-insan biasa yang kita tahu bahawa mereka pula terlibat dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka adalah rugi diri kita untuk melihat mereka.
Pendek kata, anda dan saya, kita kena buka balik lembaran manual kita. Agar jiwa kita lebih faham kehendak-Nya.
2 comments:
Satu pengajaran apabila Nabi mengatakan bahawa kota Konstantine hanya akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.
Keadaan tersebut hanya dapat dicapai apabila masyarakat didalamnya adalah baik. Maka akan wujud pemerintah dan penguasa yang baik. Tugas nak 'baikkan' manusia ini yang kita kena juarai.
p/s: lama tak menyinggah di bumi cinta ini. heh
demo lo ni ni tok srupo mulo~
tok berani kawe nok tego~~
Post a Comment