Saturday, November 5, 2011

Semalam yang Hilang

Seorang perantau bumi UK, merintih nasib kepada seorang teman yang kini di Mesir. "Sheikh, enta mesir beruntung, suasana Islam mantap. Kami di sini apa ada. Tiap-tiap hari penuh cabaran mata dan godaan. Dosa mungkin bertimbun-timbun. Astaghfirullah.."


"Sabar ya, dalam setiap perjalanan pasti ada ujian yang mendatang. Tidakkah Allah mensia-siakan segala kesabaran kita? Dan dalam kenikmatan, pasti pula ada Ujian. Tidakkan pula Allah sengaja memberi kenikmatan itu melainkan mahu melihat kita bersyukur?" Balas teman yang sejati. 

______________________________________________________________________________

Saya hanya mencipta teks di atas. Tapi ianya memberi satu inspirasi dan juga teladan yang menarik untuk dilihat. Walaupun sesetengah melihat ianya hanyalah perkara remeh temeh, tetapi ianya pasti ada sebuah hakikat yang perlu kita teliti.

Saya akui, hidup di perantauan di bumi di mana akhlak Islam tidak wujud pasti meragut iman sesiapa sahaja yang tidak tetap berpendirian. Acapkali ianya memberi impak kepada semua golongan lelaki mahupun wanita. Gejala sosial dari aspek pergaulan bebas sememangnya sudah menjadi akar umbi kebiasaan di sini. Pemakaian skirt pendek oleh golongan wanita mungkin luar biasa di sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam. Tetapi di sini lain ceritanya. Di sini sudah menjadi tabiat biasa. Minuman beralkohol pula sudah menjadi ibarat minuman kopi di tepi jalanan. Bersentuhan mesra pula menjadi satu aktiviti sentuhan sosial utama di kalangan lelaki dan perempuan. Golongan hubungan sejenis pula tiada yang beza dan abnormal. Jadi, pendek kata, di sini cabarannya tinggi.

Jadi, adakah semua ini hanyalah perkara biasa kepada insan seperti kita? Ianya sebuah ujian kesabaran. Sabar dalam membendung diri, sabar dalam menghadapi dugaan harian yang bertimbun-timbun. Mungkin di sebuah negara lain, imannya terjaga rapi, kesentosaan, masanya penuh ruang lapang. Tapi hakikatnya ianya juga mungkin sebuah ujian kenikmatan. Sabar dan Syukur itu silih berganti. Seorang mukmin yang peka pasti menyedarnya kerna hidup yang pendek ini tidak lain tidak bukan sebuah ujian dalam menyelusuri sebuah titian ke akhirat kelak.
______________________________________________________________________________

"Terima kasih sahabatku. Ujian itu berbentuk nikmat dan kesengsaraan. Dan hakikat ujian itu dilalui dengan sabar dan syukur. "







1 comments:

Hidayatullah said...

sabarlah amin.. hati seorang daie kne mcm lautan.. dicampak najis pon dia terima.. apatah lagi dgn masalah umat nih..

slamat ari rye amin