Thursday, January 27, 2011

Oh Dillema Sang Pemuda

Pillow Talk dan saya
"Amin, macamana ya kalau kita nak tahu dan nak pilih calon kita?" Soal seorang teman yang dirahsiakan namanya tatkala sesi berpillow talk. "Hurm, begini..bla3.." Saya menghuraikan secara terperinci yang mampu saya beritahu. "Macamana kalau kita ada satu pilihan ni, tiba-tiba hadir pula satu pilihan yang lain? Dillema..." Saya terkedu dan tersenyap. Terdiam berfikir seketika.



Satu realiti bukan gurauan
Buat yang membaca, ini bukan satu perbualan mainan, tapi ianya satu luahan rasa bukan dari seorang insan bahkan dari semua pemilik jiwa yang berada di zaman 'bahaya' dalam era pencarian kedewasaan. Pemikiran yang sedang membentuk ke alam yang lebih hebat dan ketara dari zaman muda. Satu niat yang jitu ingin mencari pasangan yang diidami. Inilah satu persoalan yang remeh untuk kita singkapkan tapi penuh satu maksud bermakna bagi insan bergelar pemuda. Bukan sekadar pillow talk biasa, tapi ianya jua satu perkongsian hidup yang bukan mudah untuk dikongsikan oleh orang-orang biasa. Yang pasti, ianya bukan satu persoalan yang mempunyai jawapan pilihan A,B, C, atau D seperti soalan objektif! (Kan senang jika begitu). Ianya memberikan impak yang besar kepada seorang insan bernama lelaki. Ini ialah realiti.

Dr Love vs Saya
"Amin, kau memang Dr Love lah!" Sekali saya ingin menekankan frasa ini yang seringkali menyalahgunakan terminologi Dr Love kepada diri ini. Tidak, saya bukan Dr Love. Mungkin cenderung saya ialah mampu bermain dengan pemikiran ini, tapi saya bukan yang mampu memberi bahkan menasihati. Sekadar mampu berkongsi, dan juga sekadar ingin mengarahkan ke arah yang lebih selamat bagi seorang pemuda yang hidup dah lahirnya dalam Islam. Pemikiran saya yang cuba bawakan ialah, membawa jiwa pemuda agar lebih berani dan mampu mengurus seni perasaan cinta atau mahabah ke arah yang lebih baik mengikut landasan yang ditetapkan!

Dilema Sang Pemuda
Dillema. Oh, engkau hadir di kala diri mereka mula berkecamuk. Kenapa perlu engkau hadir? Pilihan! Ya, ia memberi satu didikan untuk setiap diri membuat pilihan. Pemuda hari ni perlu mampu berfikir di luar kotak pemikiran bahkan mampu melihat 10,20-50 tahun ke hadapan. Corak bagaimanakan otak kita berfikir? Corak hiburan? Corak santai? Corak selama? Anda mampu menjawabnya kerana anda lebih memahami diri anda. Adakah anda sekarang ini masih lagi berfikir laksana seorang kanak-kanak hingusan yang masih berfikir pendek dan suka hiburan? Tepuk lah minda!
Sedarlah, apa yang kita fikir semuanya dipengaruhi oleh bagaimana kita dibesarkan, suasana kita, dan juga pendirian kita. Apa yang kita fikirkan akan diri kita ialah kita yang sebenar. Dari situ membentuk corak tabiat dan tindakan.

Fikir dan berfikirlah
Menjawab persoalan dillema, bukanlah satu perkara yang mudah, Tapi secara peribadi saya berpendapat membuat pilihan merupakan satu usaha yang perlu berterusan, bergerak aktif dan rasional. Pilihlah yang sederhana, terbaik, dan juga mampu diuruskan. Bererti mampu dibawa, dijaga, dibimbing, terbimbing, membimbing, dan juga mampu berdikari. Pandanglah segala pelosok aspek yang anda mahu lihat, tapi membuat pilihan itu bererti anda cuba memilih satu tanggungjawab anda pegang. Itu yang anda perlu faham. Kerna dalam Islam sendiri pun. membuat pilihan itu merupakan suatu perkara yang sangat utama. Satu sistem yang lengkap menekakan aspek pemilihan.

Berani itu KITA
Beranilah wahai pemuda. Tapi tunduklah dikala malam menyepi. Giatkanlah beramal soleh. Umur semakin dewasa! Jiwa semakin kental! Serangan bertubi-tubi makin rancak! Mampukah kita? Tiada yang senang selain pengorbanan. Kita adalah generasi yang melihat, berfikir, bertindak dan memahami. Ayuh kita bangun dari pelusuk yang mencengkam, membina teras diri memacu ke daerah cinta suci! Wallahualam.



" Kita sudah punyai Dilema Melayu, Jangan pula kita timbulkan Dilema Pemuda!" -Amin Rox-

3 comments:

Anonymous said...

Abang Amin ruk... Siapa yg pillow talk tue eh?

~surat layang dari cork~ =p

Amin Rukaini Mustafa said...

Oh, identiti responden dirahsiakan. Pillow talk within this few weeks, takde kaitan yg lepas. :P

~surat layang dikembalikan~

Anonymous said...

I'm a girl, and this was quite an interesting read :)