Thursday, February 3, 2011

Sistem Perlu Dikomunikasikan

1. Marilah kia bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana hari ini kita dilahirkan di dunia yang mana masing-masing mula sedar akan kepentingan berdakwah dan tarbiyah.


2. Saya berfikir banyak kali untuk memahami apa itu konsep dakwah kerna saya jua bukanlah individu yang lahir dari selok belok dakwah, hanya terjumpa dakwah di pertengahan jalan hidup.


3. Saya sifatkan dakwah itu ialah satu komunikasi yang melibatkan pelbagai aspek dan memerlukan pengorbanan, usaha, keberanian dan pelbagai macam sikap yang positif dalam pembikinannya.


4. Manakala Islam itu pula ialah satu sistem yang sangat lengkap meliputi seluruh lapangan hidup sama ada berbentuk ilimiah mahupun tidak. Islam jua menyetujui segala macam aspek hidup yang dikeluarkan oleh akal fikiran. Islam memberi laluan dan membimbing akal ke arah yang benar dan tidak tersimpang.


5. Sistem yang wujud ini adalah satu sistem yang menyetujui segala kajian saintifik yang dibuat terhadap manusia itu sendiri sama ada dari aspek biologi, kimia, fizik dan sebagainya.


6. Sistem ini juga menggariskan cara-cara dan kaedah yang sewajarnya diikuti dan ianya tidaklah terlalu 'rigid' tetapi sangat fleksibel bergantung kepada keadaannya.


7. Untuk menyampaikan sistem ini, kita memerlukan agen yang kuat untuk berkomuniskasi dan dalam pembinaan agen itu, ia melibatkan satu proses didikan input yang menghasilkan output.


8. Menjadi tanggungjawab individu yang berada di bawah sistem ini untuk berkomunikasi kepada individu lain yang masih tidak memahami sistem ini dengan jelas.


9. Komunikasi itu bukan bererti hanya perlu berdakwah secara individu kepada individu tetapi perlu dari pelbagai aspek sama ada secara terus terang ataupu secara tersembunyi.


10. Komunikasi jua bukan melalui percakapan bahkan sama ada perbuatan, penulisan, karya, tindakan dan sebaganinya.


11. Setiap agen perlulah mempunyai rasa penghargaan yang tinggi terhadap sistem yang ada ini dan berbangga untuk menyempaikan kepada orang lain.


12. Sumber utama sistem Islam ini sudah tentu ialah Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana yang berntentangan secara total dari dua-dua aspek ini dikira sudah lari dari sistem yang lengkap ini dan boleh membawa keburukan.


13. Sistem ini menjanjikan kejayaan kepada mana-mana individu yang mengikutinya.


14. Kita masih kekurangan agen-agen dan kelemahan komunikasi yang kita ada, jua dengan kekurangan input-input menjadi penyebab utama mengapa sistem ini tidak mampu dikomunikasikan.


15. Kita sedar bahawa kita masih tidak mampu mencapai target kita iaitu untuk berjaya menyampaikan sistem kita secara meluas kepada individu lain secara total kerna kita masih kekurangan apa yang disebutkan di atas.


16. Maka menjadi kesedaran dan tanggungjawab individu untuk terus sedar dan menyampaikan sistem ini secara berterusan dengan segala cara apa sekalipun.


17. Kita akui kelemahan kita bahawa kita masih lagi tidak mampu mengiplementasikan segala apa yang dibawa oleh sistem ini dalam kehidupan kita secara total.


18. Ia tidak menjadi syarat kepada kita untuk tidak mengkomunikasikan sistem ini kepada orang lain kerana pada hakikatnya kita mengetahui bahawa sistem ini adalah yang terbaik jika benar-benar diikuti.


19. Apa yang disimpulkan dalam semua di atas adalah sama jua yang dimaksudkan oleh individu lain sama ada sistem yang diertikan itu ialah manhaj, komunikasi yang dimaksudkan itu ialah dakwah, input yang dimaksudkan itu adalah tarbiyah dan agen yang dimaksudkan itu ialah pendakwah.


20. Secara jelas, saya simpulkan, kita tiada cara lain, melainkan berkomunikasi jua akhirnya, itulah hakikat yang saya tersedar, tatkala saya cuba menganalisa dari sudut pandangan lain, lahir jua idea yang sama.



Belajarlah dari mikroorganisma comel ini (Yeast: Sachromyces cerevisae) >> Sistem perlu dikomunikasi.
-Amin Rox-


0 comments: