Sebenarnya, agak kekok pula untuk menulis di dalam bahasa melayu setelah beberapa ketika melupakan penulisan di dalam bahasa melayu, kerna terpaksa memberi komitmen hebat dalam menghasilkan Satu Research ringkas saya berkaitan "Pharmaceutical of Plants". Banyak idea-idea saintifik sebenarnya 'terlekat' di kepala ini. Essay ini ibarat Extended Essay bagi yang mengenali IB, tapi agak lebih senang kerana hanya memerlukan 1500 patah perkataan ditambah dengan Guided Question yang disediakan. Yang pasti, IB sangat membantu saya kerana sebelum ini saya telah berjaya membuat satu kajian terhadap "The effect of one spoiled apples to the whole bunch of apples". Cumanya, kajian ini berbetuk ilmiah dan bukannya berbentuk eksprimen atau praktikal, maka menjadi lebih senanglah kerja saya.
Pengajaran dari Plagerisme KMB
Walaupun saya bukanlah insan-insan yang terlibat dan bersalah dalam hal ini, tapi tempiasnya turut terkena kepada saya. Sehinggakan setiap kali saya bersembang dengan junior-junior di KMB, isu ini kerap kali dibincangkan. Maka du Univerisiti uni juga, secara tegasnya pihak university sangat menekankannya. Secara sedarnya, saya perlu lebih berhati-hati dalam hal ini. Ambil ibrah dari 'tragedi IB'. Bukan untuk diulangi oleh sesiapa tapi dipelajari oleh semua pihak termasuk saya. Kita berfikir secara positif, maka kita perlu ambil yang terbaik dan buang yang tidak baik. ^_^
Mengungkap Seribu Perjalanan
Sebenarnya, kenapa blog saya mempunyai tajuk "My Journey" mungkin senang untuk dijawab. Tapi inilah ia, salah satu tujuannya ialah untuk mengungkap seribu perjalanan yang dilalui. Walaupun mungkin ianya bukanlah sehebat Kitabullah mahupun mana-mana journal yang tebal-tebal (tidak sehebat Kitabullah). Tapi saya yakin, dengan adanya blog yang digelar My Journey ini, saya mampu melakarkan cerita perjalanan saya sebaik mungkin. Mungkin secara rawaknya, banyak sahaja bahan-bahan penulisan saya yang berunsur lagha, mengarut, kelakar, :"koyak" dan sebagainya sebelum ini, tapi ketahuilah semua itu satu permulaan bagi saya dalam mencetuskan idea dan seterusnya mengarahkan idea-idea pemuda-pemudi ke arah yang lebih positif. Sememangnya, saya yakin, insan biasa tidak akan lari berbicara kosong, dan kadang-kadang ianya memang perlu sekadar memenuhi waktu yang tidak terisi daripada melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti bobrok.
Penjelmaan yang lebih matang
InsyaAllah, Blog ini akan berubah kepada satu pemikiran yang lebih matang sematang pemikiran dan rupa paras penulisnya. Kita bergerak ke arah yang sama, mencecah kejayaan di dunia dan akhirat, Kita membesar pada era yang sama, cuma akdang-kadang pemikiran kita berbeza, tapi itu tidak menghalang daripada kita terus berjuang. Nantikan!
Sedikit Ole-ole dari Bumi Edinburgh
Satu bangunan yang dibina seolah-olah bangunan Greece, di atas Calton Hill, Edinburgh
Panorama Edinburgh yang mempersonakan mata memandang
Ukhuwah dan Ketenangan
Eksplorasi di New Castle, merasai "NightLife"
Insan-insan yang dirindui
Dari Kiri: Ammar (didukung), Kaklong, Saya, Ayah, Aiman, Emak, Abang Joe, Aina (didukung jua) -_-, Abang Cik, dan Abangah (photographer)
Adoiyai, menangis la pulak. -_-
2 comments:
semoga terus thabat amin.. :)
segalanya bermula dengan niat..dan mulakan harimu dengan niat yg suci.semoga terus tabah berjuang dlm perjalanan ke syurga dunia dan juga syurga hakiki..
-atik-
Post a Comment