Sunday, September 12, 2010

Warkah Ini

Warkah ini ditulis sempena sambutan hari raya Aidilfitri dan juga sambutan hari lahir saya ke-20 baru-baru ini pada 11 September. 

Salam AidilFitri dan Maaf Zahir Batin

"Aku lafazkan kesyukuran di pelosok hati kepada-Mu Ya Rabbi. Kasih sayang dan limpah nikmat-Mu sungguh besar sehinggakan jika aku diberi masa untuk membalasnya, aku secara terus terang tidak mampu dan tidak akan mampu selama-lamanya. Aku hamba-Mu yang sangat kerdil, ingin menjadi hamba-Mu yang setia berjuang di jalan-Mu selama-lamanya. Bimbinglah aku ke arah itu selama-lamanya.

Oh Ibunda dan Ayahanda tercinta. Terima kasih aku ucapkan atas segala pengorbanan kalaian yang tidak terhingga. Aku mengerti, kalian banyak memberi dan menghabiskan wang, masa dan tenanga demiku. Mungkin aku jua tidak mampu membalas jasa-jasa kalian. Tapi yakinlah aku punyai semangat juang yang tinggi dan sebagai anak kalian, aku pasti menjadi anak yang soleh mendoakan kalian kelak, menyambung perjuangan ini. Dan juga kepada abang cik, abang ngah, dan kaklong, terima kasih semuanya. Semoga perjuangan ini berterusan.

Juga kepada rakan-rakanku, aku terlebih dahulu pohon maaf atas segala salah silap sesama kalian. Aku tidak sempurna tapi aku berusaha ke arah itu. Mungkin bicara kata dan salah tindak tanduk yang berlebihan, maafkanlah aku. Semoga kita semua terus berjuang dan yakinlah Islam itu perlu ditegakkan. Tanamkanlah semangat Syabab yang tinggi di bawah panji kebenaran dan keadilan. Aku melihat ke hadapan bahawa dunia ini mampu dibangunkan semula pada paksi yang Islam digariskan dengan syarat kita bergerak ke arah itu mulai sekarang."

-Amin Rox-





Blogger Templates

1 comments:

Anonymous said...

SELAMAT HARI LAHIR.MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS.

-ATIK-