Salam Kepulangan dari Kota Makkah dan Kota Madinah. Pagi tadi saya usai menunaikan tawaf wadaa' tawaf selamat tinggal. Syahdu menggerumuni jiwa. Mengalir air mata. InsyaAllah akan kujejaki semula. Alhamdulillah, saya telah berjaya menunaikan fardu umrah dengan jayanya dan sekarang telah tiba di Lapangan Terbang Qatar. Sebenarnya cukup banyak pengalaman yang ingin saya singkapkan. Terlalu manis dan terlalu indah. Secara seriusnya, saya bertegas mengatakan bahawa trip ke Madinah dan Kota Makkah merupakan satu pengalaman paling hebat dan menarik dalam hidup saya. Terlalu manis. Nanti saya aku cuba singkapkan sebanyak baik mungkin. InsyaAllah. Tidak cukup untuk dikarangkan tapi berbekalkan gambar yang saya ambil, saya akau cuba jua. Trip ini seolah-olah menyingkap semua rahsia diri saya, mengenal erti perjuagan rasulullah dengan dekat, terasa baginda terlalu hampir dengan saya. Trip ini juga memberi impak yang sangant menyuluruh terhadap rihani saya. Bukan satu tipuan, bahkan memberi satu kesan yang amat mendalam. Moga-maoga kalian semua sihat dilindungiNya. Saya bakal tiba di Malaysia, kampung halaman besoknya (2 Julai 2010, 9 malam). Doakan keselamatan saya.

Ini bukan gurauan, saya terkedu. Syukur ke hadrat Illahi kerana dijemput-Nya.
(saya mencuri ambil gambar>>>Kepakaran saya)
Salam lambaian Kaabah!
Saya berazam untuk menunaikan Hajj dalam masa terdekat ini! InsyaAllah! Amin. Doakan saya. Mungkin kurang dari lima tahun akan datang. Kalau boleh selepas kahwin! Ooops! ^_^
10 comments:
alhamdulillah...selesai jgak ea aminn..comel la amin dlm gmbar tu..haha
alhamdulillah.. =)
alhamdulillah.. smoga slamat dlm perjalanan 2..
btw.. ikatan serban tu menunjukkan beginner..sbb ak ikat pown mcm 2..wakaka.. seriously kne blaja dgn akmal hayat.. dia ikat kemas dowh
hu2
wa..ikat serban pun ader level ey..haha
Perhatian.. Blog anda kini dalam pemerhatian budak2 KMB..hampir semua blog kmb-ians batch 08-10 ada dalam nh. so rajin2 la update blog anda untuk brada di tangga tratas..hua3
http://ib-08-10.blogspot.com/
p/s:kalau xske blog anda dipamerkan.. boleh bgtau saya dlm chatbox belah kiri blog.atau nk edit url pon bgtau kat dalam 2..atau nk tambah url blog kwn/anda..kat dalam 2 pown bleh bubuh..hu2
nice!
maksudnya.............
aminrox akan kahwin dalam masa mungkin kurang dari lima tahun akan datang..
sekian~
alhamdulillah..
selamat pulang amin.. sronoknya muda2 lg dah menjejak kaki ke sana.. alhamdulillah (^^)
alhamdulillah...selamat pergi dan selamat kembali...=D
Post a Comment