Saturday, July 3, 2010

Umrah dan Ziarah Part 1

"Jika mau rasai tarbiyah sebenar, pergilah ke sana (makkah), anda akan dapat lihat semua manusia di masjidil haram masjid nabawi, berpusu-pusu membuat kebaikan, menegur kesalahan, mendidik anak-anak menangism mengajar al-Quran, membersih yang kotor, senyum mulia, memberi sedeqah, membantu orang kehilangan wang dan macam-macam lagi. Syiar di sana hebat. Pergilah. Anda akan lihat apa itu Islam dan saya yakin ia menyelinap masuk ke jiwa sanubari. Anda akan lihat Islam itu terlalu indah bahkan tiada yang lebih indah..."

-Amin Rox-

 
Perkongsian cerita

Dalam post kali ini dan seterusnya, seperti dijanjikan, saya bakal mengungkap segala perjalanan yang ingin saya kongsikan dengan anda. Bagi yang belum tiba masa dijemput lagi, usah risau, semoga dengan perkongsian ringkas ini mampu memberi motivasi kepada rakan-rakan sekalian. Saya tidak menyusun secara kronologi perjalanan saya kerana saya cuba mewujudkan kesinambungan cerita berserta dengan sirah Rasullah agar dapat difahami semua. Jadi cerita dan gambar ini agak berselerak. Untuk pengetahuan saya berziarah ke Madinah terlebih dahulu selama 4 hari kemudia diikuti oleh kota Makkah selama seminggu. jadi saya letakkan gambarnya mengikut suka hati saya. =)

Pesawat Qatar Airways yang dinaiki.

Hikmah Panas
Pesawat yang saya naiki turun di Jeddah. Iaitu pada malam harinya. Terasa syahdu tatkala kaki menjejakkan kaki di bumi anbiya ini. Suhunya panas, sekitar 40-50 degree celcius, panas. Aduh, terus terasa kesusahan yang dihadapi Rasulullah dahulu. Baru kutahu kenapa Rasulullah membesar di bumi seperti ini. Panas. Saya pun boleh jadi cepat berang, cepat marah. Maka saya pertimbangkan hikmahnya untuk mendidik Rasulullah dan para sahabat erti kesabaran. Kesabaran melawan kepanasan, bererti mampu menangkis segala cabaran.
Subhanallah.

Kenderaan malam : Hijrah Rasullullah
Walaupun saya tidak dapat melihat suasana padang pasir di malam harinya, hanya kelihatan gumuk-gumuk pasir yg besar, perjalanan selama 8 jam menaiki bas ke kota madinah menginsafkan diri. Bagaimanakah Rasulullah ketika dahulu berhijrah hanya dengan unta dan berjalan kaki. Jaraknya lebih kurang 400 km. Jauh. Panas. Terik. Susah. macam-macam lagi. Abu bakar peneman setia.


Gua Thur: Tinggi

 Bayangkan betapa tingginya bukit ini. Orang muda = sejam, Orang tua = Dua jam pendakian.

Alhamdulillah, tatkala saya berada di Makkah pada hari kelapan. saya sempat dibawa ke bukit Thur yang menempatkan gua Thur. Tinggi. Sungguh saya kagum dan berasa teramat kesima. Bukit inilah yang didaki oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Asma yang masih kecil sekitar 9 tahun sering membawa makanan kepada mereka berdua.Abdullah bin Abu bakar pula menjadi agen perisik yang sangat mantap, memberi maklumat kepada Rasulullah dan Abu Bakar akan pergerakan orang-orang musyrik.

Di sinilah jua satu ayat yang sering kita dengar:

"Wahai Abu Bakar! Jangan kamu sangka kita berdua sahaja, tetapi Allah ada bersama kita. " Innallaha maana. ketika mereka dikejar oleh musyrikin makkah.

Asma dan Abdullah: Pemuda-pemudi Teladan
Bahkan bagi saya ziarah ini bukan sia-sia. Ada hikmah yang perlu diingati. Kisah gua Thur memberi teladan terbaik kepada diri kita terutamanya golongan muda-mudi. Kedua-dua insan Asma' dan Abdullah masih kecil, namun berjiwa pejuang dan berani. hebat. Didikan dan tarbiyah yang diberi cukup hebat sehingga mereka turut serta membantu perkembangan Islam. Di manakah tahap pencapaian diri kita? Tanya diri jawab sendiri.

Masjid Quba 
 Berbelakangkan masjid Quba'


Saya di bawa untuk menziarahi Masji Quba. Sebelum bertolak, disunatkan untuk berwudhu kerana Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya: barangsesiapa yang berwudhu dan bersolat di Masjid Quba, pahala bersamaan dengan orang menunaikan umrah di Baitullah. Ini ekoran pada satu ketika dahulu, penduduk madinah berasa cemburu akan kelebihan orang Makkah kerana hampir dengan Baitullah. Lantas Rasulullah bersabda sedemikan rupa agar adil jua bagi penduduk Madinah.

Masjid Nabawi
Saya berada di Madinah selama empat hari dan selama empat hari itu, solatnya ialah di Masjid Nabawi. Masjid yang merupakan masjid 'Nabi', kerana disinilah rumah nabi, di sini jualah makam baginda. Dan fadhilat bersolat di masjid ini ialah satu solat seolah-olah bersamaan 1000 kali solat. MasyaAllah, Subhanallah. Sejarahnya, tatkala Rasulullah tiba di Madinah, Rasulullah membiarkan untanya berhenti dan di situlah tertegaknya masjid nabawi yang tanahnya dipunya oleh dua orang anak yatim. Di sini terbukti bahawa semua perbelanjaan hijrah adalah atas tanggungan rasulullah sendiri. Rasulullah membeli tanah itu dengan wang dinarnya. Dan juga betapa harta anak yatim itu wajib dipelihara sehingga mereka dewasa kelak.

 Kubah hijau: di situlah terdapat bawahnya makam Rasulullah

Ziarah Rasulullah
"Assalamualaikaya Rasulullah, Assalamuakaya habiballah". Pilu. Gembira. Syahdu. Berbagai-bagai perasaan. mengalir ai mata. Sememangnya terasa baginda terlalu dekat. Disunnahkan untuk berziarah makam baginda. Ziarah makam ialah ziarah baginda seolah-olah baginda semasa hidup. Disebelah baginda pula ialah makam Abu Bakar Assidq, dan diikuti makam Umar Al-Khattab. Doa-doa dipanjatkan kepada Illahi.


****************************************************************************
Bersambung..





Blogger Templates

3 comments:

Heidy said...

Wahh bagusnya... dapat kembali merasai pengalaman Rasulullah...=D

Atikah Nur Dzulkhefli said...

terasa diri begitu dekat sekali dengan rasulullah...subhanallah..

khairun_my said...

cemburunya saya...^_^
bersyukurnya Amin dpt brd d sana..
insyaAllah...hrp satu hari nnti kmi pulak akn merasai perkara yg sama...Ameen.