" Nak exam kita kena jaga emosi"
Inilah pesanan saya kepada kawan-kawan saya. Tapi kali ini emosi saya pula terganggung malam itu. Susah benar melayan si dia, sangat sakit. Sakit hati pun ada. Saya pun bukan faham sangat fi'il si dia, sekali merajuk saya yang teruk.
"Arghh... Sakit!! " Macam hendak menjerit sahaja biar satu blok A dengar. Saya sudah berikhtiar bermacam-macam. Guna mild painkiller, Paracetamol. Nah, dua biji panadol saya telan. Maklumlah, malam itu buku option Medicine and Drugs telah saya cover. Mechanismnya, mild analgesic ini prevent the production of prostaglandin, so, sensation of pain can be relieved. (soklan ini kluaq weyh, best gila.
Tapi.... selepas beberapa jam kemudian, saya rasa teori tu macam salah sahaja, si dia merajuk dengan lebih dahsyat! Saya hampir menyerah kalah. Tidak, saya mesti terus berjuang! Kali jam tangan dah tunjuk pukul 1.30 malam! sepatutnya saya sudah terlelap lena pada kebiasaannya. "ini tak leh jadi ni". Dengan kesakitan yang teramat, saya keluar bilik, tanpa fikir orang lain memerhatikan saya bertawaf mengelilingi blok asrama dengan harapan si dia berhenti merajuk. namun saya hampa, Si dia masih merajuk. Saya pun mula nak emo-emo. Masuk bilik, saya pumping 50 kali (seyes), Sit up 50 kali, push up 20 kali. Hilang.. Si dia mula reda. Saya pun selesa.
Tup-tup, seminit kemudian, si dia buat hal lagi. Arghh..! Saya tahan sekuat-kuatnya, f0okus,,fokus.. Orang kata guna mind power boleh hilangkan kesakitan. Tapi, si dia meraung-raung lagi! Saya hampir tewas. kali ini saya aplikasi ilmu kimia lagi. Nah, dua penutup ubat batuk saya telan. Ubat batuk = Codein. Sejenis strong painkiller. Apakah?? Si dia masih buat hal lagi? Aduh, matilah saya malam itu, tak dapat tidur, besok dah la ada paper, tapi nasib baik paper lepas Zohor, boleh juga saya sambung tidur sekejap lepas subuh.
Ah! Aku mesti lawan. Saya cuba mendengar lagu-lagu yang menenangkan. Tapi berdenyut-denyut si dia bagi saya. Sampai ke otak hingga ke tulang belakang. Hoho, penangan yang cukup hebat. nak studi memang saya dah saturated, dengar je la lagu. lama-lama, tanpa saya sedari, jam saya menunjukkan pukul 2.30 pagi, kerana keletihan teramat, saya terlelap begitu. Masih terasa kesan sakit walaupun tertidur. (sangat mengerikan)
Sememangnya malam itu saya merana seteruk-teruknya. Si dia iaitu gigi geraham (tiga dari belakang) merajuk. Tetiba sahaja sakit yang teramat. Rasanya macam nak cabut-cabut sahaja gigi itu, dah tak tahan sangat. Besoknya, saya memperaktikkan petua kawan saya, iaitu petua emak saya juga, bila sakit gigi kumur dengan air garam. Pada mulanya saya tidak yakin, tapi kerana terdesak saya mencuba, ternyaya berkesan! Patutla orang dulu-dulu tak perlu pergi klinik gigi.
Pengajarannya, saya seharusnya menjaga si dia dengan elok, saya perlu memberi layan yang baik kepadanya supaya si dia tak merajuk lagi. SAya sayang si dia! Muah!
8 comments:
haha. geraham bongsu baru tumbuh ek? :P
haha..cm musim orang sakit gigi jer..ad jugak budak datang bilik ak mnx garam...=D
>>> Akmal: ini bukan baru tumbuh akmal, ini macam baru nak luruh ja. haha.
>>>Heidy: err.. macam tahu ja budak yang mintak garam tu sapa. ngeh2, mcm my penasihat yg suruh kumur2 air garam ja.. lalala.
gigi bongsu aku naik sat, pastu nyorok~
takut dia naik balik~
...
takutnyer~
hehehhe..buatlah senamrobik waktu sakit gigi...ade byk faedah:
-kurgkan sakit
-da letey,bole tido
--boley jadik kurosssss,beb!!!hahahha(gelak evil)
xpe amin,kecik je ujian dariNya..sabaq nawh..
teringat mase kecik2,nak jadi dentist sgt,penah try nak cabotkan gigi goyang pakai benang sangkut kat tombol pintu,pastuh suh org tutup pintu kuat..hasilnye..bejaye dipatahkan dengan darah mencurah2..hahaha..mmg kejam..
cube hang buat camtue,ni petua dr gigi tau..hahaha
--atik comey--
>>>Atik Comey (kononny):ye2, thanks kerna memahami.
cez, saranan dr gigi yg takley pkai ni. ni bukan menambah baik, menambah buruk ada la. :P
bajet r~
Post a Comment