Solat terakhir
Usai solat sunat musafir, saya berehat seketika di surau An-Nur, kelihatan ibu bapa memenuhi ruang KMB. Mungkin ini solat yang terakhir saya di KMB selepas beberapa tahun ini. Tapi saya berazam untuk datang melihat lagi kolej ini jika diberi peluang suatu hari nanti. Banyak kenangan manis di sini. Entah mengapa hari terakhir begitu sebak bagi saya, orang lain mungkin berasa gembira, tapi di hati saya, syahdu. Sudah lama saya tidak bermain dengan perasaan ini, menangis tatkala sujud terakhir saya sebentar tadi. Saya rasa itulah tangisan terakhir di KMB jua. Perasaan in satu perasaan yang sukar untuk saya jelaskan. Yang pasti amat signifikan dalam hidup saya.
Kenapa ya? Apa yang mampu saya simpulkan ialah KMB merupakan tempat yang memberi banyak impak kepada diri saya terutamanya dari aspek pembinaan jati diri, tarbiyah dan rohaniah. Saya mula melihat dunia dari kaca mata yang berbeza, melihat luas ke hadapan, bukan hanya sekadar berfikir di pinggiran meneguk air yang belum cukup. Tapi, belum cukup rasanya untuk diri ini, banyak lagi yang perlu dilalui.
Bye-bye A129!
Sebentar tadi saya siap sedia dengan bilik sudah terkemas menunggu warden datang, semua lengkap, tapi saya kena bayar sebanyak RM 11. Ok lah tu, sebab kawan-kawan saya yang lain itu ada yang kena bayar berpuluh-puluh, dan ada yang langsung tidak tahu bahawa mereka sebenarnya digrounded. Alhamdulillah, saya sempat settlekan grounded yang terkumpul sebelum ini.
Denda-denda yang saya kena:
Common room tak bersih : RM 2 (semua blok A kena)
Kebersihan keseluruhan blok : RM5 (semua aras bawah kena)
Slot Grounded : RM 4 (sahaja)
Total kesuluruhan : RM 11. ^_^
KMB Kenangan Terindah
Teringat saya baru-baru masuk KMB, terkinja-kinja saya mengangkat beg, dengan bilik yang kecil, tapi memadai untuk tidur nyenyak. Pertama kali berjumpa roomate, muka otai, rasa macam tak boleh nak sesuai, tapi ternyata kami mampu menyesuaikan diri. (sori nas, ko memang rockers!, Aku rox, hehe). Pada awal hendak duduk sekali dengan Skod sebilik tapi terpisah gara-gara saya biotek, maka kena duduk dengan biotek juga.
Perkembangan Plot IB
Sem 1
Wah, time ini heaven saya kata. "HOOO-HAAAA" sakan. Saya pun pelik kenapa time sem 1 saya happy semacam. Mungkin tak nampak apa lagi kot IB tu. Masuk je la. Result pun ok ja. So, mantap!
Sem 2
Ni pun bertambah Hooo Haaa, mungkin kerna terlalu asyik dengan CAS dan beraktiviti, tapi result still maintain. Cuma sem 2 agak sibuk dengan aktiviti luar, mengelolakan aktiviti amal islami dan lain-lain.
Sem 3
Sem ini saya simpulkan sebagai core of IB. Jika ingin merasai IB, inilah sem yang anda cari. Mencabar, tapi sangat seronok. Saya pun jadi sangat sibuk, banyak meeting, discussion. lompat-lompat dan lain-lain.
Sem 4
Gementar. Adrenalin terembes habis. Sebab IB exam dah dekat. Time ini memer;lukan motivasi dan keazaman yang sangat tinggi. Alhamdulillah, saya mampu mengatasinya, Semangat saya mencapai peak tatkala sem ini. Jika mengikut Maslow hierarcy pun, saya rasa, saya dah capai tahap MOKHSYA (Self-actualisation). Waktu ini saya banyak menyendiri (Man in cave). Berfikir dan merancang dengan baik. Alhamdulillah segala-gala berjalan dengan baik. Bagi saya, inilah klimaksnya dan inilah peleraiannya. :)
Apa perancangan selepas cuti??
Eeeuu.. banyak. Nanti saya lampirkan pada satu post. Planner pun dan dilembarkan, cuma perlu penelitian secara teliti lagi. Banyak gap-gap yang perlu disisi dengan baik. Bak kata seorang teman saya ini, lepas IB inilah pertarungan sebenar. Pertarungan melawan nafsu tidur, makan, dan lain-lain nafsu yang jahat-jahat sokmo. Di KMB banyak tarbiyah, di rumah kita la kena jaga mutabaah. Kalau di KMB mungkin sehari kita boleh cover 3-4 helai naskhah Al-quran sehari. Tapi jika di rumah, mampukah kita? Sebab itu perancangan yang teliti amat perlu.
Niat
Dalam himpunan hadis 40, amalan pertama disentuh ialah tentang niat. Jika baik niat maka baiklah keseluruhannya dan setiap ibadah dikira atas niat. Jadi apa perlunya berniat lepas IB ni? Perlukan? Sangat perlu!! Jika awal-awal lagi dah niat nak tengok movie berpanjangan, memang lingkup lah nanti, jika niat nak main game sahaja, hancurlah iman nanti. (saya pun macam tu kadang-kadang) Tapi tak bererti perlu terus hapuskan niat untuk keseronokan itu. Begini, niatlah untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin, tapi selitkan lah juga untuk berhibur, bukan salah tapi jangan lagha sahaja. Maklumlah, dah 'berpuasa' lama ketika di KMB. kalau puasa pun ada bukanya, mengapa tidak berhibur, berala kadar.
*Bila la flight nak sampai ni? Flight pukul 8, tapi saya pukul 12 dah tercegat kat KLIA. Adoi, lepak dulu la jawabnya, online selak-selak blog.
Salam!
-AminROX-
KLIA 3.48 PM
8 comments:
aku duk kt berjaya!! bas pkl 11.00
salam tamat IB...
huhuh...kami kena kena bayar rm2.50 je...(^_^)
nway..it's true that IB in KMB taught us the real meaning of life..
aku x sempat peluk hg amin..
xpa, banyak kali jumpa lagi nnt.. :D
Salam ziarah...
sayu meninggalkan KMB tp masih byk yg perlu dilakukan utk melihat Islam di puncak kembali.. InshaAllah, KMB starting point nye...
sama2 kita berusaha!
>> Insan pecinta: Semoga selamat!
>> Zulaikha: Uit, cikitnya kena. xaci2. Tapi yg banyak tu sebab satu blok kena. huhu. tak kesahlah, at least menyumbang kpd kmb. ^_<
>>Akmal: agak ar, aku tingin nak peluk hang weyh. Satu lagi, sori ar, tadi seyes aku tak dapat bntu ang, aku punya duet ckup2 untuk teksi ja. huhu. rasa bersalah weyh.
>>Aisya Humaira: Ya, betul, kmb landasan tarbiyah!
ala, touching a plak...
jangan camni, Min, koyak aku kang~
nanti walimah jangan lupa jemput aku...
n_n
terbaik weh abih ib... :)
been there, done that!
now is your turn :D
>>syahmi: haha, ang bukan dah koyak kan. :P
>>Perantau: seyes terbaik! rindu gila kot kat ib.
Post a Comment