Friday, February 12, 2010

Saya dan Bioteknologi = Cinta Pandang Pertama

Cuti raya cina hanya membenarkan saya bercuti selama empat hari sahaja. Namun sudah cukup untuk melepaskan rindu yang terpendam terhadap kampung halaman. (bukanlah kampung sangat pun)
Perasaan ini sebenarnya rindu akan si kecil yang berumur baru enam bulan begitu. Pada kali terakhir melihatnya ialah pada bulan 12 yang lalu. Kecomelannya menarik hati kecil in yang sangat suka kepada baby untuk terus pulang.

Niat lain ialah untuk melepaskan tekanan IB dan juga sebagai persediaan dalam memasuki stage 'Booster dose'. IRP stage bakal tiba. InsyaAllah, akan ada lonjakan. Berdoa agar ditetapkan iman dan juga semangat juang yang tinggi.

Walaupun keputusan sem 3 yang baru dapat tidaklah sehebat mana. Seperti yang dijangka. Tapi rasa bersyukur juga setakat ini telah menerima tiga conditional offer untuk ke universiti UK. Antaranya ialah conditional offer ke Edinburgh University, New Castle University dan juga University of Birmigham. Ketiga-tiga university memnyediakan Course J700, iaitu Bachelor (Hons) of Biotechnology (3 tahun).  Dua universiti yang belum memberi maklum balas ialah Universirty of Surrey dan juga Cardif University. Kedua-dua university ini pula menyediakan course C 300 Degree in Bachelor Biochem/Genetics/ dan Microbiology. Namun saya lebih meminati J700 berbanding C300.


Untuk pengetahuan pembaca, minat terhadap bidang ini saya mula pupuk pada ketika saya berada di tingkatan empat. Walaupun pada asalnya niat dan hasratnya sangatlah menggunung untuk menjadi seorang doktor perubatan. Tapi entah bagaimana satu paradigma muncul. " Kejayaan itu tidak bererti aku mesti menjadi doktor". Ucapan ini keluar dari minda bawah sedar pada ketika itu. Maka bermulalah gerak langkah, segala pelan dirancangkan dengan teliti dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Saya bercita-cita luas bahkan lagi luas dari bidang kedoktoran mahupun bioteknologi. Bioteknologi dipilih bukan sebagai pilihan utama, tapi sebagai tapak permulaan bagi vbidang professionalisme. Saya ada perancangan yang lagi luas.


Rasa terkedu tatkala gambar di atas di'tag' oleh sahabat . Nostalgia lama. Manis. ^_^

Tapi, ramai mempersoalkan bidang bioteknologi sebagai bidang yang boring~~. Hehe, saya faham. Sebab tidak ramai yang memahami, Tapi saya cukup faham. Cinta pertama dan selama-lamanya. Mungkin jua saya merupakan hasil keluaran Pak Lah. (Pelik bila fikir mcm tu) Tapi tidak, saya bertindak atas inisiatif sendiri. Bergerak mengikut plan bukan paksaan keluarga. Kerna perinsip hidup saya, setiap manusia ibarat nakhoda, dia berhak menentukan arah tujunya. Nakhoda yang baik ialah mereka yang merancang dan berfikir dengan baik.

P/S, saya suka akan Microbes! hehe, bila time biologi, saya mampu menghafaz dan mencatat nama-nama penting dan balik sahaja di bilik, masuk wikipedia, search dan baca. Wo..! Cool! Hebat ciptaan Allah.
(saya mula pelik sejak bila saya suka akan microbes padahal sejak dahulu saya pelik kenapa orang suka benda kecik2 ni)

Sebenarnya sekadar coretan setakat ini shaja. Sebentar lagi saya sudah mahu bergerak pulang. Bas saya pukul 9 malam. (flight tiket habies, huhu) Doakan perjalanan saya!! Salam.

6 comments:

...zUlaIkHA... said...

salam...

cinta pandang pertama???
huhu...

moga terus professional di dunia dan di akhirat...(^_^)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Zulaikha, oh, lupa pulak saya nak explain pasal cinta pandang pertama tuh. Sebenarnya dulu sy ditugaskan untuk membuat kaji selidik bidang kerjaya, dan sy terpilih untuk mncari psl biotek. Then, tibe2 sy 'jatuh hati' ngn biotek. hehe. itu jer. tiada kena mengena yg idup atau mati. ^_^

Yup, ayuh berjuang. Jadikan professional sebagai landasan kita berjihad, biar bertapak, dan pasakkan wawasan hidup ke arah kejyaan dunia dan khirat, isyaAllah.

Heidy said...

"Saya ada perancangan yang lagi luas. "

ap perancangan tue eh...=)

Amin Rukaini Mustafa said...

hehe, mesti ramai2 gak tertanya2.

alamak, rasa segan lak nak tulis, tapi xpe, one day, i'll write my vision and mission here. so far, pendam dulu.

Atikah Nur Dzulkhefli said...

moga cita-citamu dimakbulkan..dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..perancangan yang besar bermula dari langkah yg kecil dan penuh berkah..

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Atik: thanks, like a saying goes, a long journey start with a small step. :)