Saturday, February 6, 2010

Mari Menulis Diari

Saya suka menulis diari sejak saya berumur 13 tahun lagi.Entah bagaimana sikap saya itu bermula. Tapi seingat saya, ia bermula tatkala saya diberikan sebuah diari catatan Islam yang di dalamnya tercatat info-info Islam. Maka sikap tersebut terpupuk sehingga sekarang.

"Amin, best sangat ke tulis diari? siapa nak bace? tak boring ka?" Pertanyaan yang seringkali terbit dari kawan-kawan saya. Pada mula saya ingin menulis, saya sendiri rasa kaget untuk menulis diari. Tapi lama-lama kelamaan ia menjadi satu tabiat.

Baik sangatkah menulis diari ini? Bagi saya, ia sangat menarik. Mengapa? Sebab saya rasa diari memberi saya sense of direction. Saya lebih mudah berfikir dengan lebih berkesedaran. Lebih melihat masa depan, lebih mengamati segala ujian yang Allah berikan, selalu membuat refleksi bahkan memberi saya inspirasi dalam mencapai kejayaan.

Apabila saya membaca kembali diari-diari yang ditulis pada usia lalu, saya ketawa bersendirian. Berdekah-dekah jua saya ketawa. Kelakar. Saya rasa pelik. Ia membuatkan saya sedar akan diri saya yang sudah pun di usia dewasa. Kelakar tatkala mengingat kembali masa saya 'gemuk', berusaha bersungguh-sungguh untuk kurus, berusaha untuk memasuki rentas desa dan lain-lain. ^_^

Tapi, Ada juga keburukan diari ini. Sekali dibaca orang, NOOO... Itulah keburukannya, kerna dalam diari itu juga anda menulis benda-benda yang sensitif bagi anda; segala-galanya. Maka jagalah sebaiknya diari tersebut.

Sehebat diari, ada lagi penting yang lebih hebat dari diari ini, iaitu diari yang sangat jelas. Diari yang dicatat oleh Mungkar dan Nakir, Sangat teliti. Bahkan kelak kita akan melihat diari kita itu. Oleh itu, maka, sehebat-hebat diairi ialah diari ciptaan Allah, yang mencatatkan amal baik buruk manusia.

Kesimpulan dari post ini, diari ialah satu medium yang berkesan dalam menjana sense of direction dalam diri kita, mendidik diri berfikiran ke hadapan, berwawasan dan mampu menganalisa kelemahan diri dan seterusnya menjana kecemerlangan dalam diri.

3 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

rajin gile kot tulis diari,atik pnh tulih kejap je.mase umo budak hingusan .tu pon pasal nak mengutuk/x puas ati ngn org..hahahha...

Amin Rukaini Mustafa said...

hoho, xelok kutuk orang. hehe.
diari ni best sebab ia memotivasikan diri, we plan, like the saying goes, if fail to plan, we plan to fail. ^_^

Adreena Garden said...

diari mmg best... membantu muhasabah diri.. sama ada hari yang dilalui penuh pengisian atau berlalu sia2 sebelum kitab amal sebenar dibaca... takutnye~~~..