Sunday, November 22, 2009

Satu??? Aku. Aku. Kau. Kau. Bukan Kau dan AKu

Penulis terpanggil jua untuk mengkritik satu isu yang sengaja ditimbulkan oleh diri penulis sendiri. Setelah beberapa ketika, penulis seringkali berfikir akan isu ini, sengaja dibincangkan.

SATU MALAYSIA
Tersergam indah simbol satu Malaysia di perkarangan Concourse KMB. Besar sungguh, dan bercahaya pada waktu malam. Cantik! Hebat! "Mungkin hampir RM 0.5 K atau lebih dibelanjakan untuk membina tugu 'SATU' itu", memang sangat patriotik!

Itu mungkin beberapa tanggapan yang didengar dan dilontarkan. Tapi sengaja penulis bersuara dengan satu soalan retorik: "Apakah bezanya sebuah berhala dengan sebuah simbol yang dipuji dan diingati?" Tidakkah hampir sama?

Cuma mungkin berhala manusia sembah, puja dan puji. itu penulis faham, kerana ia melibatkan akidah. Tapi apa bezanya jika suatu tugu itu dibina atas dasar untuk dipuji dan dihormati? Simbol yang siang malam dilihat. Mungkin bagi hati yang melihat sekadar perhiasa tidak mengapa. Tapi jika sampai ada yang tabik kagum macamana pula?

Entahlah, penulis tidak menyatakan tidak puas hati tapi sekadar isu yang sengaja dibincangkan. Agar sama-sama buka mata. Mengapa hendak dibangga-banggakan dengan satu Malaysia. Jika kalian faham, satu malaysia itu merupaka satu hasrat Barat dari dahulu lagi. Wujud kebangsaan tidak wujud keuniversalan.

Ini penulis panggil, aku aku. Kau, kau. Bukan aku dan kau. Faham ke tak ni? Maksudnya perasaan mementingkan diri. Melihat kepada situasi sekarang bila ada negara Islam diserang, negara lain buat 'derk' jer kan. Macam tiada apa-apa. Pemimpin pun dah takda perasaan nak tolong. Pelik dan sungguh memelikkan! Di manakah perasaan itu hilang. Mungkin ia hilang kerana ada SATU itu. Wallahulam.

5 comments:

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

satu itu sa...
satu itu individu...
individu itu satu orang...
kau satu
aku satu

Affan Ruslan said...

ada fatwa da rsenye psl bina tugu2 ni.
even ambk gmbr pn dlrng rsenye.
cbe cri.

Affan Ruslan said...

ada fatwa da rsenye psl bina tugu2 ni.
even ambk gmbr pn dlrng rsenye.
cbe cri.

Amin Rukaini Mustafa said...

Syahmi: haha, ye semua satu..

Amin Rukaini Mustafa said...

Affan: syukran, nnti aku cari2 kan.