Satu penyebab kita tidak mampu bangun ialah selalu bertengkar, selalu melihat orang lain salah. Saya juga kadang-kadang begitu, bukan hendak berprasangka buruk, tapi seolah-olah tidak yakin dengan orang lain, mungkin kelemahan ini perlu diatasi secepat mungkin. Apabila bersangkutan dengan hukum hakam, mualalah menunding jari ke sesiapa sahaja, seolah-olah diri tidak bersalah. Bahkan orang yang dirasakan 'berhak' juga dituduh tidak berguna. Padahal tanggungjawab terletak pada bahu setiap insan bukan pada golongan mahupun individu tertentu. Pada hemat penulis, keadaan ini berlaku disebabkan kurangnya tarbiyah yang kukuh, walaupun bibit-bibit fikrah mula ada dalam kalangan kita.
Kurangnya Husnudhon, prasangka baik juga berbahaya. Masing-masing apabila melihat sesuatu tidak senang hati berlaku berbagai-bagai sangkaan dibuat. Bahkan memberi kesan terhadap orang yang cuba bersangka baik. Akhirnya kesemua hancur. Namun timbul juga persoalan, sekiranya terlalu berhusnudhon, apa pula akan terjadi jika kemaksiatan terjadi di hadapan mata pun dianggap husnudhon? Maka tindakan secara sistematik dan teliti perlu diatur. Ujian itu memang datang tanpa amaran.
Wahai kalian, penulis berpendapat bahawa sudah tiba masa untuk kita kurangkan pertengkaran, mula saling memahami dan bertakaful. Sememangnya akan wujud jua pertengkaran atau perselisih fahaman, tapi wajiblah kita bertenang dan bertolak ansur agak segala tindak-tanduk tidak keterlaluan. Ingatlah, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Maka berhati-hatilah tatkala melemparkan kata kerana ia bisa menghiris hati suci seseorang. Perasaan orang lain jua perlu dijaga.
Daulah kita perlu dikejar, pembinaan modal insan yang berteraskan pada Al-Quran dan Assunnah perlu diteruskan. Agar idea-idea yang ingin dibawakan untuk memacu ISlam ke hadapan kita sokong dan kita julangkan.
0 comments:
Post a Comment