Selalunya, mudah sekali aku menceritakan masa silam yang telah berlaku. Lancar betul taipan aku semasa mengarang menceritakan perjalanan hidup aku di blog ini. Seronok bercerita, sebab boleh kongsi pengalaman dan perasaan. Mudah bukan jika kita ceritakan masa yang lalu.Tapi kali ini aku cuba mengambil tindakan berani untuk menceritakan masa hadapan aku. Kadang-kadang, soalan yang mudah pernah ditanya, senaraikan sebanyak mungkin kejayaan atau cita-cita jelas yang ingin dicapai pada masa akan datang dalam masa lima minit! Kelihatan ada yang baru tengah memikirkan, kaku. Ada pula lancar macam tengah membuat essay panjang! Tetapi yang pasti masing-masing berbeza-beza.
Gambaran Jelas
Tapi bagi aku, kalau disuruh berbuat demikian, aku yakin aku bukan sahaja mampu menulis bahkan mampu menggambarkan suasana pada masa hadapan. Mungkin kerana aku selalu berbuat demikian setiap kali hendak aku tidur. Sudah menjadi tabiat semula jadi, setiap kali hendak tidur, otak aku mengelamun memikirkan setiap perkara yang ingin aku kejar.
Otak = Payung Terjun
Bukan aku melawan hukum Sunnatullah. Tapi kata orang, "our mind is like a parachute, it is working when it is open!" Macam itulah pendirian aku. Lihat masa depan dengan sejelas-jelasnya macam aku duk cerita kat orang masa silam aku. Tak susah mana pun, cuma kena berimaginasi sedikit.Adakala aku lihat aku sedang membuat eksperimen dengan tekun bersama rakan-rakan yang lain, adakalanya pula aku lihat aku memakai kot serba kemas menghadiri mesyuarat penting sebagai seorang usahawan bioteknologi. Aku memegang tampuk organisasi syarikat aku. Kadang-kadang pula aku lihat aku sebagai seorang ustaz pun ada. Semuanya aku gabungkan sekali. Dan semua ini aku jadikan motivasi.
Imaginasi + Usaha + Doa + Tawakal + Redha
Sedar tak sedar, apa yang aku mimpikan dulu sebenarnya hampir 50% berjaya. Aku pun bermula dari sekolah kampung biasa. Tapi aku punya cita-cita luar biasa. Jika mereka (kawan-kawan) tak berani, aku fikir lagi jauh. Aku suka mencuba cara tersendiri. Pernah dulu aku pilih Doktor sebagai cita-cita tertinggi, tapi kemudian aku tukar bioteknologi, sebab aku percaya dan yakin, hidup tak smeestinya berjaya hanya dengan mendapat gelaran seorang doktor. Tambah-tambah lagi aku lihat, banyak yang jadi doktor sebab pilihan keluarga. Entahlah, bagi aku itu bukan kebebasan sebenar jika terpaksa.
Bersahaja Untuk Masa Depan
Coretan bersahaja. Sebarang komen dialukan. Kesimpulannya, hidup perlu lihar ke hadapan. Perlu ada wawasan. Tambah-tambah lagi hidup sebagai pemuda. Perlu lihat 10-2-tahun ke hadapan, jangan asyik duk lihat zaman sekarang. Ayuhlah segera wahai pemuda! Jangan terlalaikan oleh buia dunia. Pasang wawasan, pasang impian, Pasang setinggi mungkin! Jika rendah cita-cita, kelak selepas berjaya, tiada lagi usaha.. Pasang wawasan sampai akhirat kalian!
0 comments:
Post a Comment