Friday, November 13, 2009

Bagaimana Kalau Versi AminRox 2.0

I
Bagaimana kalau semua tajaan MARA ditarik balik
Semua program pelajar cemerlang dibatalkan
Pelajar di luar negara disuruh balik secara serta merta
Padahal pelajar PERTRONAS dan JPA terus terbang
Ramai pelajar kena bungkus beg dan pulang
balik ke kampung halaman dan bergoyang kaki




II
Bagaimana kalau SATU Malaysia hancur
Semua rakyat menunjukkan perasaan bengis
Sudah tentu pemimpin tercungap-cungap
Mencari alasan dan juga cadangan
semua jadi bingung dan kelam-kabut




III
Bagaimana kalau IB dikemas kini
tiada lagi program CAS, TOK dan EE
Sudah tentu budak A-level gelabah
Budak IB sudah jadi skema macam mereka


IV
Bagaimana kalau semua pakat duk bercinta
Maka melambunglah pendapatan Celcom, Maxis dan lain-lain
Semua asyik bergayut berjam-jam dengan leka
Maka tiada siapa lagi yang peduli akan agama


V
Bagaimana kalau gempa bumi melanda
maka hiruk pikuklah manusia
Tertanya-tanya, apa yang terjadi ini?
Semua jadi bingung kerana tiada pula
Amaran dari pengkaji cuaca


VI
Bagaimana kalau kiamat atau mati ialah besok hari
sudah tentu semua pakat beramal soleh
maka tiada siapa lagi yang akan buat jahat
Pencuri, penzina akan bertaubat nasuha
Orang kaya menderma semua harta mereka
Takut akan kiamat dan mati tersedar


VII
Bagaimana kalau kerajaan bagi suntikan
Modal perkahwinan bagi setiap pemuda
Maka tiada lagilah anak dara tua
Berkembanglah umat manusia di pelusuk
berkuranglah maksiat dan gejala sosial
Maka semua asyik fikir pasal berumah tangga
Menjaga tanggungjawab sebagai suami isteri

7 comments:

Akmal Hayat said...

akmal hayat likes this =)

Amin Rukaini Mustafa said...

memanglah best.. ada JPA di situ.

Leng Chai said...

xkan xde
dengan apologi kepada usman awang?
hhahhahaha

VIII
bagaimana kalau aminrox adalah superman,
maka beterbanganlah beliau,
bersoraklah bebudak M08A,
kecohlah KMB

hahahaha xp

Amin Rukaini Mustafa said...

Mau: haah, alamak, lupa la pulak, nak buat apologi..

haha, thnaks mau untuk tambahan puisi tuh.. hehe.

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hahahaha..ni tahap kreatif superman kg sedili...ni..hehehe.
min,buatlah sajak tuk atik plak..4 my bezday!!!!heheheheh...

jgn lupe secret recipe nawh...

Akmal Hayat said...

demand tggi gla..isk3

beli biskut marrie jaa bg kat atik.. hadiah jugak laa tu..haha

Amin Rukaini Mustafa said...

Atik: haha, tgk la kalo rajin atik, kang tak ikhlas x jadi..
Amboi, x abeh2 nak secret recipe nawh, tgkla, nnti suuh akmal bawak bikut merri pun jadilah!