AKu mahu superman itu superman yang baik, bukan superman yang suka-suka berfoya-foya. Superman itu memang perlu kuat dan cekal, kerana masa depan belum tentu di tangan superman. Segala kudrat digunakan demi kebersamaan bukan berseorangan. Superman itu tidak kedekut dan tidak sombong. Dia mesti baikbudi pekerti bukan jahat membuli. Aku suka superman yang hebat dari pelbagai sudut, mampu berkomunikasi lebih baik dari manusia biasa. Mampu bermesra walaupun hebat. Dia juga superman yang rendah diri. Bererti dialah superman yang tidak akan menyebut-nyebut jasanya setelah menolong orang.
Aku suka benar dengan superman. Superman ibarat orang yang diharapkan. Dia menunjuk ke arah jalan yang betul. Superman memberi aku peluang untuk melihat kebenaran. Dirinya hebat, berkarisma, dihormati, di segani dan macam-macam lagi.Sukar benar untuk mencari hero sepertinya. Idolanya bukan sekadar kanak-kanak biasa, tapi orang dewasa juga, bahkan seluruh dunia mengenalinya. Musuh bagi superhero rasanya tiada ada, dia berjuang demi manusia bukan membenci mereka. Namun ada juga musuh yang dibenci.
Aku harap aku berjumpa dan mungkin aku jua ingin meniru gaya superman yang aku idamkan. Superman barat aku tak mahu sebab pakai seluar dalam di luar. Itu bukan superman, itu crazy man. Apa-apa pun, superman ialah heroku.
Kalian mesti ada superhero juga kan?? Jika ada kongsi-kongsi lah..:D
2 comments:
aq nak jadi invisible man..
bley ******..
hakhakhak..
juz kiddding..=p
hoho..bahaya tuh, jauhilah.. :D
Post a Comment