Wednesday, October 7, 2009

Dari EMO Ultimate Frisbee ke INTI

*Maaf, gambar akan diupload, Internet slow macam siput.

2-3 hari sebelum ni orang kata saya 'EMO'. EMO sebab tak nak gi main Friendly the Ultimate Frisbee INTI university. Ha? Saya pernah emo ker? Mungkin nampak cam 'EMO' sebab selalu buat rumors tak ni gi padahal dalam hati paling COOL dan STEADY! Bak kata pepatah yang saya pegang selama-lamanya; Fikiran yang cerdas datang dari jiwa dan hati yg tenang. So, saya bukan budak 'EMO', itu tanggapan salah sama sekali.Cuma kadang-kadang syok buat rumors.

So, saya bagi alasan pelik dan antaranya ialah:
1. Nak tengok dan makan jamuan raya kolej (tahun lepas terlepas sebab balik MRSM)
2. Spectacle sukan saya retak
3. Nak bersama-sama kawan kelas makan sama-sama
4. BAdan tak fit (hehe, memang pun)
5. Suka hati lah! (ini paling kejam dan tajam, maaf..xde niat)

Konklusinya, semuanya ditolak, dan saya sebenarnya suka TEST kawan-kawan juga. kadang-kadang saya mahu lihat bagaimana aksi dan gelagat seorang sahabat, dari situ saya dapat faham sikap mereka. Maka saya perlulah lebih berhati-hati dan berlapang dada. Jadi, saya follow jugak TEAM Gryfen (saya tak tau eja tapi bunyi nya sama) ke INTI Universiti.

Sampai ja di sana, KMB disambut baik oleh budak2 INTI. Usai solat, sambung bermain. Mantap. AKsi pertama kami selepas beberapa bulan perlawanan di Merbok, Kedah. First time sebab pertama kali kami bermain Mixed Game, iaitu perempuan jua terlibat. Fuh, susah diiperjelaskan, isu ini isu hukum dan macam-macam lagi. Pada hemat aku, tiada masalah, asalkan lelaki mark on lelaki, dan perempuan mark on perempuan. Dan lagipun frisbee dimainkan tanpa ada sebarang contact. Dari segi aurat, of course kena tutup dan jaga mata.

Cuma saya kesian jugak bila tengok girls main, bukan pe, diowang dah la kerdil, pastuh laki-laki semunya tough (termasuk saya). Kalo saya, mesti dah cuak..Xpe2, woman no cry! Tabahkan hati anda. Beberapa minit selepas permainan bermula. Tiba-tiba..

GedeboOOMMMM!!! shh..

Saya yang tidak bermain pada masa itu, sekilas toleh ke belakang dan terus ternampak sebuah kereta sedang berpusing di UDARA!!! ini cerita benar tak tipu. Ada accident di perkarangan simpang INTI universiti. Kereta Swiftt dan juga Honda Civic. Kereta Swift terbalik kuang. Alhamdulillah dalam detik-detik cemas itu, pemandu nya tiada apa-apa, mungkin calar-calar ja tapi kesan pada kereta sangat teruk, kemek. Kemudian permainan diteruskan.

Saya turut beraksi pada perlawanan singkat itu. Corak permulaan permainan tampak bagus, dengan mengunakan aksi passing one-to-pass dan marking, ternyata pihak saingan agak tertekan pada awal-awal permianan. Frisbee perlu dimainkan secara COOL jugak, andaikata gelabah dan kelam kabut, maka penatlah anda. WAlaupun tidak score, saya berpuas hati kerana first time dalam permainan saya beraksi sebagai Handler, kerna sebelum ini saya memegang posisi midfielder dan kadang-kadang catcher.

Selepas tamat, kami bersalaman-salaman (kecuali dengan perempuan). Kami membuat Spirit of th Circle iaitu salah satu acara yang merapatkan persahabatan dalam perlawanan Ultimate Frisbee. Dan akhir sekali kami sempat bergambar. Perjalan pulang ke KMB diteruskan, Balik-balik, atas meja study dah ada SATAY dua bungkus , MEE GORENG, POPIA dan MURTABAK!!! OOOPSS... hehe..

10 comments:

Akmal Hayat said...

dapat jugak..
aku bayar rm10 dapat sate 3 batang n 1 nasi impit jek..

Amin Rukaini Mustafa said...

len kali ang kena gtau awai2.. aku dah belasah abeh dah.

mohd asyriq said...

aq makan kekenyangan sampai nk tdo dah ni..blrrrrppp!

z.shin said...

perghh... rindu giler nak main frisbee....

-zuhri shin-

Amin Rukaini Mustafa said...

Asyriq, aku rasa semua orang ngantuk mlm tuh sebab kekenyanangan. seb bek aku ngntuk sebab keletihan.. hehe.

Amin Rukaini Mustafa said...

Shin: Haah, mesti la rindu, ultimate frisbee best kot, sempoi gitu, Spirit of the game!

z.shin said...

haha.. kat uni aku ada ade club ultimate gak.. tapi sejak jadi medical student ni, susah tol nak cari time nak main skali ngan bdk irish.... btw, let the club keep going.. skang camne, junior ramai tak main?

Syamil said...

amin..myvi la..mana ada swift..
apara!

shin==> junior mcam SHIT!

Amin Rukaini Mustafa said...

Shin. hehe junior ramai kot. Sangat ramai.. xselesa pulak rasanya..

Syamil: haha, ye ka, mana aku tau, Swift ngn myv sama ja. Pelancuk dua serupa!

Syamil said...

mana ada Pelancuk..
amin2..