Jiwa rapuh dikala senja menyepi
Duri jarum bertebaran ditiup taufan
Pasak terbenam kukuh membumi
U'zlah kita mendidih panas salju
* U'zlah = Menyendiri/ Mengasingkan
Serangan demi serangan
Bukalah jiwa, serangan padu dari pelbagai aspek terhadap generasi muda amat merisaukan kita. Sama ada secara fizikal, Mental mahupun psikologinya, semua seolah-olah cuba menghentam generasi syabab ini. Generasi yang dilihat mampu mengendong manifestasi kejayaan pada masa hadapan. Tiada kata melainkan ayuhlah kita beru'zlah wahai pemuda-pemudi. Ayuh kita kembali pada hakikat landasan kebenaran. Tatkala unsur-unsur asing mula menyelinap ke dalam darah dan jiwa, lebih baik kita berwaspda dari menunggu dan melihat sahaja. Liberalisasi ada jua baiknya, tapi banyak buruknya.Ayuh kita u'zlah! U'lah ialah jalan pembuka hidayah. Wahai pemuda-pemudi, zaman kita zaman mencabar! Zaman kita penuj ranjaunya. Zaman kita zaman akhir zaman. Terlalu banyak rintangan. Semuanya mencari-cari kita. Oleh itu, kitalah yang perlu berwaspada dinihari. Sedarlah wahai pemuda harapan agama, ibu ayah, dunia sementara, dunia fatamorgana. Sekali harung, tidak bererti kejayaan selama-lamanya. Minda kita minda yang perlu dimerdekakan. Ayuh!
Uzlah terdahulu
U'zlah Rasul kita semasa baginda masih muda. Mungkin lebih tua sedikit daripada kita. U'zala Rasulullah mengasingkan diri dan jiwa dari masyarakat. Melihat situasi sekarang, maka U'zlah kita mungkin agak berbeza. Tidak perlu kita mencari gua-gua kemudiannya menyembunyikan diri berseorangan. Tidak perlu kita mengunci diri di dalam bilik, panggilan telefon tidak dijawab, tanggungjawab sosial ditinggalkan. Itu bukan cara kita pada zaman ini. Tuntutan kita sudah berbeza. Adaptasilah.
Jiwa dan Hati
U'zlah kita bermula dari hati yang ikhlas. Asingkan diri kita dari jiwa yang mengancam. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaili, U'zlah penting dalam menyelamatkan jiwa dan hati. Pada zaman para sahabat, mereka jua beru'zlah. Namun pada zaman pascamerdeka ini, U'zlah boleh didefinisikan menjauhkan hati dari perkara-perkara keji, iaitu menjauhi daripada bergaul dengan sahabat yang membawa sifat negatif, menganilisis setiap tindakan, dan sentiasa berwaspada atas segala tindakan agar tidak terjelempok dalam kancah kemaksiatan.
Bak kata Dr. Syeikh Abdullah A'id Al-Qarni pula, beru'zlah perlu dijadikan amalan harian para pemuda khususnya. Segala macam gejala sosial perlu dihindari. U'zlahlah kita semua wahai pemuda-pemudi. Kadang-kadang hati perlu diketuk sejuta kali agar kelembutan itu muncul kembali, ketenangan dan kebahagiaan menjelma di semak-semak hati nurani. Hati perlu dibaja kelembutan dan kebenaran. Hati tempat mekarnya bunga-bunga keimana yang mekar mewangi. Hati yang putih merasuk jiwa rabbani berjihad.
Semboyan Pemuda-Pemudia!
Ayuh pemuda-pemudi, kita beru'zlah. U'zlah kita kepentingan diri dan rohani. Usah meniru gaya rakan-rakan, jadilah insan yang unik dan diredai. Allah tidak mencipta agar kita hidup dalam kesamaan. Tapi jiwa masih perlu dididik tertib.
Genggam erat jari jemari mu, yakinlah semboyan kemenangan panji Islam pasti tiba. Masanya belum tiba. Tentera mujahidin pasti berjaya. Pemuda-pemudi pasti akan bangun semula, itupun jika mereka berusaha penuh daya, mendidik jiwa. Nanti, lepaskan penumbuk mu itu ke arah musuh, biar lebam tersungkur darah mereka, biar hancur luluh gigi kejahatan mereka, biar mreka muntah darah!!
0 comments:
Post a Comment