Friday, May 22, 2009

MAS VS AirAsia???

FUh!! Rasanya mcm nak terlentok di atas katil nih setelah sehari suntuk berjuang untuk pulang ke rumah halaman tercinta. Disebabkan salah memilih tarikh flight dan keegoan  untuk menaiki MAS, inilah jadinya, parah2.. 

Flight yg kunaiki tiba dengan selamat di LApangan Terbang Kepala Batas, Alor Star, tept pada pukul 9.21 malam. 

Niat di hati mengambil MAS untuk pulang hanyalah sekadar untuk merasai perbezaan penyediaan perkhidmatan yg disediakan, sebagai pengguna, aku perlu mencuba juga. Dan sebagai seorang peljar jurusan Bioteknologi yang mendalami subjek Business and Management, segala teori dan konsep yg dibelajar memang mampu digunakan seratus peratus. 

Sebenarnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke atas kapal terbang di bawah syarikat MAS. Selalunya, Airasia menjadi pilihan utama kerana tambangnya yang murah dan juga promosi yang hebat.

Berdasarkan pengalaman yang aku lalui, kedua-dua syarikat bolehlah dikatakan hebat. Namun jika diteliti dengan betul, sebagai pengguna, dan juga seorang pelajar business, aku cuba menganalisis beberapa kriteria yg agak penting untuk diketahui umum akan strategi2 yang digunakan oleh MAS dan Airasia. Walaupun inilah bukanlah Business IA yg bakal aku buat, tetapi anggaplah ia sebagai permulaan.

Ternyata layanan yang diberikan oleh MAS agak menarik jika dibandingkan dengan AirAsia. Peramugaranya yang tidak mencolok mata dan ayu merupakan satu taktik yang baik untuk menarik targer group, kaum majoriti malaysia, Pengekalan budaya, dan juga coprate culture yg ditunjukkan oleh MAS mampu mewujudkan customer loyalty dalam kalangan penumpang. Manakala Airasia, menampakkan juga layanan yg baik, namun dari beberapa aspek, seperti kesesentifan terhadap culture, ia kurang prihatin. Namun sebagai rakyat malaysia, aku yakin itu semua tidak menghalang mereka daripada menjadi pelanggan yang sejati buat AirAsia.

MAs turut menyediakan makanan ringan seperti kacang dan air minuman, manakala Airasia tidak menyediakan apa, tetapi mengambil peluang untuk menjual barang-barangnya sahaja. Mungkin konsep yang digunakan oleh Airasia merupakan strategi yg berkesan dalam meningkatkan kadar pulangannya dan seterunya mengurangkan cost of production nya.. Dari sini aku dapat melihat bagaimana Brand Image memainkan perana penting bagi kedua-dua syarikat tersbut. Denga harga yang agak tinggi, jika aku fikir kembali perbezaan antara MAS denga Airaisia dari pandangan pelanggan hnyalah pada kacang goreng bergaram dan minuman sunkist yang aku kira hnyalah beberapa ringgit sahaja ( untuk perjalanan ke kampung halaman aku). Inilah dikatakan sebagai Premium Price, MAS mampu mengenakan charge yg tinggi. 

Dari aspek market segmentation pula, MAS lebih melihat kepada High class status people, orang yang mempunya pendapat tinggi, dan more disposal income manakala market segmentation Airsia lebih kepada umum, golongan mudap muda,golongan pendatpatan sederhana. 

Airasia mempunya kelebihan dari aspek harga yang murah mampu menarik ramai customers berbanding Airsia. Namun, perlua diingat tidak semua mahukan harga yang rendah, kerana pada umumya harga yg rendah melambangkan perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Jadi, aku sebenarnya agak menyesal kerana tersalah pilih tarikh, sebab terpaksa tinggal di kolej sehari lebih berbanding dengan orang2 len. SO, pengajarannya, kalo nak tempah tiket, make sure tahu betul tarikhnya bila...

9 comments:

wakdanial said...

nice one there...

Anonymous said...

hahah. salah tarikh ke amin? sabo jer la.

Amin Rukaini Mustafa said...

mawi danial, pergh.. lama x jumpe ko, thanks..

Amin Rukaini Mustafa said...

Liyana:

yup, salah mek tiket flight..
hehe, dah la salah pintu ari tuh,malu2.. pastuh kena shift2 gate, letih2.. adoyai..

crixerity said...

siapa yang menang?

hoho. terdapat kesalahan perbandingan pada ayat pertama perenggan kedua terakhir. :D

Amin Rukaini Mustafa said...

haha, siapa yg menang tu persoalan sensitif, aku hanya membuat ulasan, x ley nak biased.. hhehe, dalam business masing2 ada kelebihan, so x ley kate sape yg menang la.. fair and square..

ye, thanks mirul, aku baru perasaan keasalahan tuh.. bagus betul ko.. alert.

Anonymous said...

Dah tentu lah pelanggan yang menang.

Anonymous said...

kalo baru nak masuk kmb, mas lagi untung kalao nak bawak barang banyak... 20kg...
Air Asia 15kg..
oh saya juga membuat perbandingan sebegini rupa, nak ambil Flight mana nak p KMB... =)

Amin Rukaini Mustafa said...

to ananymous,
Tips yang bagus untuk bakal junior..hehe