Showing posts with label hikmah. Show all posts
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Apa rasanya 'mood swing' ketika period? [untuk bacaan lelaki]

Khas buat mereka yang bakal kahwin dan baru berkahwin. Tahukah anda kenapa perempuan selalunya mudah mood swing semasa berada dalam tempoh 'period'? Dan bagaimana dan apa rasa 'mood swing' ini? 

Saya akan cuba menjawab persoalan ini dari sudut penemuan biologi dan ini merupakan hasil kajian peribadi dan independent, maka ia tertakluk kepada kekurangan serta correlation study tetapi berdasarkan argument dan justifikasi saintifik, semoga bermanfaat. Segala rujukan saintifik saya telah letakkan di bahagian paling bawah untuk rujukan lanjut. Oh ya, saya cuba melaraskan bahasa penulisan saya kepada bahasa 'layman' yakni untuk mereka yang tidak biasa dengan bahasa sains untuk memudahfahamkan. 

Terlebih dahulu, diharapkan anda memahami konsep-konsep di bawah:
________________________________________________________________________________

Sekitar sebelum tempoh period bermula, paras hormon progestrone turun mendadak. 

Konsep 1A: Seorang wanita dicipta oleh Allah SWT dengan sistem period cycle yang kompleks dengan keperluan yg khas demi melangsungkan kitaran biologi seorang manusia untuk melahirkan anak. Dan untuk mengawal sistem ini, Allah SWT menciptakan sejenis mekanisme melibatkan signal yang kita panggil sebagai hormone. Dalam kaedah biologi, terdapat beberapa hormone penting yang dikenal pasti terlibat dalam mengawal proses period ini. Semasa period salah satu hormone dikenali sebagai progestrone akan menurun dengan mendadak. 

Konsep 1B: Progestrone memainkan banyak peranan dalam sistem tubuh manusia dan salah satu yang ingin diperkatakan ialah sebagai pencetus kepada penyaluran 'brain fuel' iaitu memastikan tenaga dalam bentuk glucose (ATP) disalurkan dengan baik kepada otak. Dalam keadaan yang stabil, jumlah tenaga yang disalurkan adalah mencukupi. Ssekiranya hormone ini berkurang, ianya  menyebabkan jumlah 'tenaga' ini juga berkurang dan menyebabkan sel otak tidak mampu bekerja dengan baik. Dan hal ini menyumbang kepada satu keadaan yang kita panggil sebagai mood swing, kejap ok, kejap tak ok. 

Mood swing. [gambar hiasan]


Konsep 2A: Hal ini juga berlaku kepada mana-mana manusia termasuk lelaki. Tetapi tidak disebabkan oleh hormone progestrone. Sebaliknya disebabkan faktor semula jadi iaitu semasa terlalu letih ataupun mahu tidur. Pada saat seorang lelaki terlalu mengantuk atau letih, mengikutk kajian, jumlah tenaga yang disimpan dalam sel otak berkurangan kepada tahap yang rendah, akibatnya beberapa signal disebarkan dalam bentuk adenosine. Adenosine ialah signal untuk tidur. Semakin banyak adenosine terkumpul, otak secara perlahan menerima isyarat dan menjana output mengantuk. Maka, secara mudah, lelaki juga mengalami proses 'brain fuel deprivation' yang hampir sama cuma boleh berlaku sekirangnya terlalu letih seperti selepas sukan lasak.

Konsep 2B: Sedarkan anda (wahai kaum lelaki) dalam saat-saat anda letih dan tidak bermaya ditambah mahu tidur, apakah perasaan anda jika anda diganggu dan didatangkan dengan berbagai-bagai masalah dan isu yang perlu diselesaikan? Sudah tentu anda akan rasa mudah marah, tidak rasional dan tidak mahu diganggu. Hal ini secara langsung disebabkan oleh otak anda kekurangan tenaga simpanan dan perlu berehat. 

_________________________________________________________________________________

Perkaitannya?
Jadi apa perkaitan antara konsep 1A/B dan konsep 2A/B. Perkaitannya mudah untuk difahami dan anda akan bertambah memahami jika anda pernah pengalami peristiwa 2B dalam hidup anda yakni tidak cukup tidur. Perkara asas di sini ialah 'brain fuel deprivation'. Hal ini termasuklah kekurangan tenaga dalam bentuk glucose (ATP), kurang peredaran darah dan kurang oksigen. Semuanya berbalik kepada konsep asas keperluan sel untuk 'bernafas' dan terus segar. 

Bagi pihak perempuan, salah satu faktor yang menyebabkan kandungan 'brain fuel' ini berkurang adalah disebabkan turunnya kadar hormon progestrone secara mendadak semasa waktu period (haid). dan hal ini menyebabkan emosi seorang wanita itu menjadi 'spatial' (dipengaruhi oleh faktor sekeliling) dan mudah mood swing. 

Jadi apa yang pihak perempuan rasa pada waktu ini? Sudah tentu hampir serupa dengan yang anda (lelaki) rasa semasa anda tidak cukup tidur dan tidak mahu diganggu dengan isu-isu yang memeningkan kepala. Rasa mudah beremosi, mudah marah, mudah cepat melenting dan sebagainya (anda sendiri tahu apa akan jadi jika tidak cukup tidur). 

Konklusi
Bagi seorang suami yang telah lama mendirikan rumah tangga, saya kira benda ini difahami secara pengalaman, mungkin tidak pada saintifiknya. Khsus kepada kaum lelaki yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ataupun bakal mendirikan rumah tangga, ambillah satu kajian ringkas dan perkaitan ini sebagai satu konsep yang perlu difahami. Allah SWT tidak menciptakan seorang wanita itu sama dengan seorang lelaki. Adalah sangat bagus jika anda cuba ambil tahu soal hukum biologi dan kesannya terhadap kesan psikologi, emosi dan perasaan seorang wanita. Namun, sejauhmana kita mampu mengukur mood swing ini serta apa faktor-faktor lain ini masih banyak boleh dipersoalkan, apa yang saya sajikan ini hanyalah kajian secara correlation study. 

Jadi apa perasaan seorang wanita yang mood swing? Hampir sama apabila anda (lelaki) tidak cukup tidur!

Anda (lelaki) mungkin dengan tidur mampu memulihkan balik sumber tenaga kepada sel otak ini, tetapi cuba bayangkan seorang wanita yang harus melalui naik turun emosinya selama hampir 7 hari atau mungkin berlanjutan. ;)

Anda tidak akan faham jika anda tidak pernah mengantuk teramat-amat dan terpaksa menyelesaikan masalah rumit pada masa yang sama.

Maka saya rasa, haruslah para suami yang baru berkahwin memahami soal ini dengan baik. Seharuslah beliau tidak membuat perkara-perkara berikut semasa dalam tempoh kritikal ini seperti:

-keluarkan isu-isu sensetif
-membebankan isteri
-memberikan perkara-pekara yang memeningkan isteri
-membuat isteri 'confuse'
-menyakiti hati (mungkin ibarat ticking bomb)
dan lain-lain (anda sendiri patut tahu).

Wallahualam, sekadar pandangan peribadi. Sedangkan diri tidak ada pengalaman. Perkara ini mungkin lebih 'make sense' bagi yang sudah berkahwin. ;)

Ditulis oleh:
Amin Rukaini, Bsc Biotechnology, Msc Biotechnology (current)
University of Edinburgh.
_________________________________________________________________________________

Rujukan:
Bennington, 1995, Restoration of brain energy metabolism as the function of sleep, Prog Neurobiol. 45(4):347-60.
Cobb, K. (2002), Sleepy heads: Low fuel may drive brain's need to sleep. Science News, 162: 38. doi: 10.2307/4013835
L. Kravitz,A. Cazares, C. Mermier, Women, Hormones, Metabolism & Energy Expenditure, drlenkravitz (online). 
 D'Eon T. and Braun, B. (2002). The roles of estrogen and progesterone in regulating carbohydrate and fat utilization at rest and during exercise. Journal of Women's Health & Gender-Based Medicine 11(3), 225-238.


Monday, September 24, 2012

Hikmah yang Hilang

Hampir tiga tahun saya berada di bumi UK. Satu perasaan yang sukar diungkap, seolah-olah satu impian yang menjadi kenyataan, tetapi tidak wujud dalam mimpi saya untuk sampai di negara ini. Mungkin Allah lmempunyai perancangan yang lebih mendalam. Dia Maha Mengetahui.

Sebelum saya tiba di UK, persepsi saya terhadap negara barat adalah buruk. Kerana barangkali ideologi yang sampai pada saya seusia kecil ialah melalui televisyen dan internet. Kita dihumban dengan unsur-unsur 'budaya kuning', iaitu budaya buruk orang barat seperti hedonisme, seks bebas, pergaulan bebas, minum arak dan lain-lain. Bahkan, teringat saya: dalam karangan penulisan Bahasa Melayu dahulu- itulah juga yang saya tulis.

Persepsi saya sedikit berubah tatkala menjejakkan kaki di sini. Memang orang barat suka hedonisme, tapi ada budaya Islamik yang telah digunapakai. Bahkan banyak sekali untuk dihitung. Rata-rata yang pernah sampai di negara maju ini faham. Dan kini saya mula faham kenapa British pada suatu masa mahu menjajah dengan alasan ingin membangunkan peradaban. Kerana mereka benar-benar mempunyai nilai peradaban pada tafsiran mereka. Mereka berasa yakin dengan apa yang mereka bawa dan terbukti sama sekali. Tetapi bukan soal akidah yang mereka laungkan, soal kemajuan teknologi, sosial, ekonomi, politik dan lain-lain.

Secara lihat sebelah mata, ianya seolah-olah tidak Islamik. Tetapi awas, jika anda menafsirkan sedemikian rupa anda mungkin telah membuang nilai-nilai baik Islam dalam dunia ini. Sedar tidak sedar, orang barat telah 'mencilok' (mengambil) budaya dan keperibadian Islam dan diadaptasi ke dalam hidup mereka. Nilai ini tidak pernah wujud dalam masyarakat Barat pada zaman kegelapan dahulu. Bahkan mereka hidup dalam keadaan tiada peradaban dan mereka mengakuinya sendiri.

Pengalaman mengajar saya memahami sikap orang UK. Mereka hidup dalam serba keteraturan dalam hal pengurusan. Mereka bersistematik! Pernah saya menaiki bas di Edinburgh, UK dan jarang sekali bas tersebut lewat pada waktunya. Ini nilai pengurusan masa! Mana mungkin nilai ini dijumpai di negara-negara yang penduduknya Islam. Sukar. Jika saya menjumpainya saya mungkin menangis kegembiraan.

Pengurusan sosial pula, saya mendapati sistem zakat ala UK diperaktikan dengan baik. Warga negara UK pada awalnya mempersoalkan:" kenapa perlu kami membayar cukai untuk menjaga orang miskin? penat-penat kami bekerja mereka yang merasa, ini tidak adil!" Nah, itu beberapa tahun dahulu, tapi kini mereka pula bertanya: "Kenapa kamu tidak membayar cukai? Itu tanggungjawab diri kepada negara!" Tetapi kenapa? Jawapannya ialah konsep yang sama dengan hikmah zakat cumanya di sini disebut sebagai cukai/tax. Ulasan ringkas, jika orang kaya mengeluarkan duit hanya beberapa peratus dari gajinya dan kemudiannya menyara hidup orang miskin dan homeless. Kesannya sangat besar. Sukar sekali menjumpai masalah sosial di jalanan. Tiada pencuri, tiada pengemis tegar. Mereka golongan terpinggir dari segi pekerjaan tapi mereka dijaga dari sudut kebajikan. Selamat. Tenteram. Nah, zakat di UK.

Pertama saya berjumpa dengan orang-orang di UK, satu nilai yang terpampar di wajah mereka ialah kemesraan. Dan inilah nilai yang jarang sekali saya jumpa di negara saya khususnya. Sukar walaupun tidak mustahil. Kita kurang nilai kita kurang adab.

Duduk dan fikir. Orang UK mereka duduk bukan sekadar melepak-lepak. Mereka guna otak untuk berfikir. Fikir dn terus fikir untuk atasi masalah. Suasana di negara kita lain, duduk dan lepak. Di UK ada golongan yang berkerja kuat memikirkan segala jenis penyelesaian yang ada. Inilah nilai Islam. Nilai kerajinan, nilai ulul-albab! Nah, duduklah kita minum kopi.

Sistem di UK tidak statik. Satu-satu perkara yang diputuskan tertakluk kepada perubahan. Barangkali mereka yakin bahawa tiada yang terbaik namun perlu mencari yang lebih baik. Dan inilah salah satu budaya yang paling saya suka. Mereka punyai sistem feedback yang kuat. Cuba mencari kekuatan dari kelemahan yang ada. Kita, mencari kelamahan dari kekuatan orang lain. Terbaik.

Setapak ke hadapan, mungkin inilah beberapa perkongsian untuk kita reflek dalam erti kata memeterai nilai-nilai Islamik dalam diri ummat Islam. Soal akidah, ya kita benar. Tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Tetapi soal nilai kita kurang, di sini kita perlu berubah ke arah yang lebih mapan. Mungkin barangkali jua, silap tanggapan terhadap umat Islam hari ini adalah disebabkan nilai buruk yang kita bawa. Barangkali juga, Islam tidak tertarik oleh orang ramai kerana kita sendiri. Sikap, adab, akhlak, sahsiah kita ketepikan. Mungkin sudah tiba masanya kita berubah dari tampuk kejumudan kepada tampuk keintelektualan. Kita punyai contoh gemilang: Ibnu Sina, Ibnu Haitham, Al-khawarizmi dan lain-lain. Ilmu kita martabatkan, masyarakat kita perkuatkan.

Tanggungjawab sebegini jatuh kuat kepada insan seperti saya, generasi muda. Perubahan tidak berlaku jika generasi hari ini leka dan alpa. Tanggungjawab belajar satu hal, tapi tanggungjawab membawa pulang pemikiran dan nilai Islam adalah perkara yang sangat penting. Di manakah kita dalam menggerakkan nilai Islami?
Kita mungkin menjumpai harta, tapi tiada lebih bermakna dari menjumpai hikmah yang hilang.



Friday, February 4, 2011

Cerita Headshot Si Burung!

Cerita Headshot
Cerita ini merupakan koleksi peribadi saya, ia merupakan cerita 'headshot' terhadap diri ini dan sangat memberi impak yang besar terhadap jiwa saya. Sebelum itu, saya merupaka seorang yang rajin berfikir dan menganalisis seuatu fakta. Dan ini bukanlah satu perkara yang tidak biasa, bahkan menjadi tabiat diri. Untuk lebih tepat, saya berpesonalitikan INTJ. Walaupun ianya satu kajian personaliti, tapi itulah kelebihan yang Allah berikan kepada saya.

Ada apa dengan si burung?
Tidak pernah saya mahu ingin berfikir tentang si burung yang berterbangan di atas ini, jika ada pun, saya pasti mengendahkannya atas dasar saya pun tahu burung ada sayap aerodynamic. Itu persepsi saya. Yang pasti burung-burung ini selalu berterbangan di awanan tinggi melebarkan sayap mereka.


Satu Fakta tentang burung
Tahun ini, saya mengambil course Neuroscience wuth Pharmacology, satu course yang sangat menarik untuk diterokai. Setiba di chapter voluntary dan involuntary actions mechanisms. Sebelum menghabiskan lecture slides, lecturer saya sempat memberi satu fakta yang menarik kepada kami para pelajar. Saya transalatekan " mengikut research baru-baru ini, saintis di Edinburgh telah berjaya membuktikan bahawa tindakan 'flapping' = mengipas-ngipas sayap sebenarnya adalah involuntary action! Kajian menunjukkan bahawa burung yang dipotong spinal cord masih lagi terbang jika dibaling ke kawasan tinggi dan tidak jatuh melainkan burung itu mula hilang kawalan dan berlanggaran". Secara serius, saya terkesima. Apakah? Menarik sungguh fakta ini. Terus saya update ke facebook. ^_^


Involuntary action; apakah?
An involuntary action is one which occurs without the conscious choice of an organism. If it occurs specifically in response to a stimulus, it will be known as a reflex.
Involuntary actions are opposite of voluntary actions that occur because of free will. Involuntary actions may or may not occur with the awareness of the organism performing it. [Wiki]


Involuntary = Cardiac Muscle Contraction
Ertinya, bukan burung itu yang kibaskan  sayapnya bila di awanan, tapi terjadi dengan sendiri, macam degupan jantung manusia, bukan kita yang degupkan sendiri tapi berlaku dengan sendirinya. Sebab itulah secara logik, kita tengok, tak pernah pulak burung-burung yang kat atas tu turun hinggap tercungap-cungap tak cukup oksigen sebab semuanya berlaku dengan sendiri. Burung-burung hanya perlu membuat decision untuk terbang, alih arah, mendarat dan membuat akrobatik di udara sahaja. :)



Evolusi yang mengaburi
Oh, saya suka dengan fakta itu. Pada tahap ini saya merasakan fakta itu merupakan satu kajian yang hebat dari saintis. Maka saya cuba mengaitkan dengan penciptaan Allah. Hebat sungguh kekuasaan Allah. Mungkin ini tidak pernah difikir oleh lecturer saya, kerna setiap kali membicarakan suatu yang menarik, mereka pasti mengatakan ayat-ayat yang klise ini: "we have seen that there was an unique evolution occured in this species." Sengal. *__*

Headshot! Nah rasakan!
Sampai tahap itu, saya lupa dengan beberapa seketika dengan fakta yang diberikan itu. Dan ini yang saya katakan headshot! Tatkala mentadabbur ayat An-Nahl, tiba-tiba saya bagai terheadshot! Tergamam bak dipukau sesuatu yang lantas membuatkan diri ini dibuai satu perasaan yang enak dan pelik.

"Nah, ambik hang amin! Tengok! Hang duk baca selalu, serakang baru hang nak nampak apa maksudNya!" Bisik kejam hati saya terhadap diri.

Alangkah terkejut saya tatkala menyelak surah An-Nahl ini. "Oh inilah yang dimaksudkan Allah. Kenapa aku tak nampak ini semua." Yang saya tahu kebanyakan tafsiran terhadap ayat yang mengejutkan saya ini hanyalah tafsiran secara general tidak sedetails yg saya fahami sekarang. Maha suci Allah!


Bacalah dan Fikirlah!
Inilah ayat yang membuatkan saya terheadshot:
Tidakkan kamu memerhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman" An-Nahl: 79

Allah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kenapa burung-burung yang saya lihat di awanan itu terbang dengan mudah, hal ini lain tidak bukan Allahlah yang "menahannya" daripada jatuh. Maha suci Allah. Frasa "yumsikuhunna' jika ditranslatekan bererti 'menahan' tapi dengan tafsiran pula bermaksud 'tidak memberikan mereka jatuh, mengangkat mereka, menangkap mereka dan menahan mereka". Mungkin bagi fahaman orang biasa (tidak belajar sains) bererti burung ini boleh terbang je la di angkasa. (itu sudah memadai bagi orang biasa). Tapi buat diri ini, impaknya sangat mengejutkan! MasyaAllah, tidak pernah lagi saya dapat mengaitkan secara mendalam seperti ini. Bahkan banyak penulisan langsung tidak mengaitkan dengan involuntary action ini. semua mengaitkan dengan fakta umum bahawa Allah menahan burung itu dari jatuh. Tapi satu paradigma baru saya telah peroleh! Hikmah!



Hikmah bukan Puan Hikmah!
Teringat saya tatkala memberikan tazkirah kepada pelajar MRSM Langkawi tahun lepas. "Siapa tahu apa itu Hikmah?" Saya mengajukan soalan ini. "Puan Hikmah! (cikgu bahasa melayu saya dulu)" "Sengal betul korang.. *__* " Cakap dalam hati la, sabar-sabar.

Hikmah = Kebijaksanaan

Pendek cerita, Hikmah itu ialah kebijaksanaa milik orang Islam yang hilang. Itulah realitinya. Hikmah itu milik kita yang sememangnya sudah wujud lama, namun ianya hilang dilupakan dan tidak pernah diambil tahu sehinggalah kita menjumpai kembali.


Bukalah KalamNya
Sungguh, cerita ini memberi saya satu paradigma baru. Kajian yang baru dilakukan oleh Saintis di Edinburgh ini sebenarnya telah lama dinyatakan oleh Al-Quran sejak Zaman Rasulullah lagi. 1400 tahun lebih yang lalu. Mana mungkin seorang Rasul yang ummi mampu membicarakan secebis ayat ini. Maka saranan saya, mulakanlah tindakan yang murni ini dengan mula menyelak Al-Quran yang padanya wujud pelbagai Hikmah, Ibrah, dan sebagainya. Sejauhmanakah kita mengambil Al-quran itu sebagai teman kita? Adakah kita mahu biarkan Al-Quran itu menjadi musuh kita kelak. Layanlah Al-Quran sewajarnya kerna ia bukan kitab dongengan, ia kitab saintifik! Kitab sejarah Konkrit! Kitab Undang-undang Khalik! Kitab Akhlak! Kitab yang menghimpunkan pelbagai ilmu dan pengajaran. Bukalah ia walaupun selembar sehari. Kelak pasti kita akui kekuatannya. Al-Quran itu adalah Kalamullah, Kalam tuhan yang mencipta kita. Siapa lagi hamba yang beruntung melainkan mereka yang mendengar kalam dari pencipta mereka. Ayuh Asyabab wal rijal!


Wahai sang burung..
Aku ingin terbang bebas laksana engkau
Bersama-sama angin ketenangan 
Di situ kita labuhkan sayap bersama.

-AMIN ROX-