Tajuk tersebut menampakkan sedikit agak kasar di situ, sebenarnya sekadar menggunakan perkataan hipperbola untuk menunjukkan bahawa kerja yang selama ini ditangguh-tangguh sudah siap sepenuhnya.






Minta maaf kepada yang ternanti-nanti akan post sambungan cerita novel yang lepas terutamanya kepada Yard dan Atik. Xpa, nanti saya post, memang cadang nak habiskan pada musim cuti ini jugak.
Sebelum itu, marilah tatapi beberapa gambar yang sempat diambik semasa ke Pulau langkawi tempoh hari untuk mengambil Slip SPM, terima kasih kepada Fitree kerana sudi menjadi driver..
Sebelum feri tiba, sempat mengenangkan memori indah dahulu..Di sini lah perjalananku bermula.. [seakan daku memakai topi la pulak]
Teringat aku, beginilah rutin *Mingguan/Bulanan jika aku balik bermalam ke rumah
Bersama Abang P (Fitree) teman sejawat, kawan rapat. Kelihatan sebuah kolam baru yang dinaungi oleh kanopi transparent biru di perkarangan bilik guru baru dibuat
Masih seperti Dahulu, laluan yang memisahkan Surau, DS dan juga Asrama
[ nak juga bergambar walaupun sudah 7 kali menaiki cable car]
Pemandangan Sunset di Kuala Perlis, cukup menarik apabila disajikan dengan ikan bakar.. sedap! (saya sempat makan bersama keluarga apabila tiba di jeti k.perlis)
Malam tu, aku tidoq lena, nyenyak, letih yang teramat..
Jadi, pada keesokan harinya pula, pada 2 Jun bertempat di KFC Drive-thru, Jalan Stadium, Kedah Darul Aman, kami, yang terdiri oleh Syamil Billy, Akmal Hayat, Pidot, Kamal dan juga saya telah menerjah sebuah KFC 24-jam berdekatan dengan stadium utama negeri Kedah.
Semalam sebelum menajalankan survey, mesej ringkas diterima oleh Syamil,
'Salam, nak buat stat x?' kemudiannya..
'Kat Aloq Staq, hri rabu ngn khamis..aku bt sekali ngn pdut n kamal..'
'tempat stat besok..adalah kfc jalan putra..'
'kul 8..tpat'
Besoknya, saya bergegas bangun bagi, dengan mengantuknya yang masih tidak hilang, usai solat,tepat pkul 7.00 saya terus menderumkan motosikal ke jitra.
"weyh, akmal, mana rumah ang nih?" Aku mula cuak tatkala 'petua' yg diberikan untuk mencari rumah Akmal Hayat tidak dapat dikenal pasti.
"Ang tau kan Hospital Jitra, ok, ang jalan teruih, satgi ang akan nampak papan Restoran Delima, masuk lorong tepi tuh, jumpa rumah aku.."
Restoran Delima??? Ceh, kecik gila!! Impaknya, aku telah tersalah masuk jalan kampung, nasib baik naluri kata salah.. Namun akhirnya berjumpa juga dengan rumah Akmal Hayat yang kononnya senang dicari.
Perjalanan diteruskan ke KFC jalan Putra. Tiba di hadapan KFC, Ceh, KFC pun x bukak lagi, cakap pukul 8.. "Ang kat mana ni Syamil? Kami dah sampai depan KFC!"
"ok2, nnti kami sampai.." [ main PES 09 tu main jugak no..janji tetap janji]
Selepas mengambil Pidot, plan asal ditukar, kami bergerak ke KFC 24-jam, memandangkan sentiasa beroperasi. Maka survey dijalankan..
Dipendekkan cerita kerja kami selesai, dan inilah hasilnya!!!
Fuh lega gila, kerja dah kurang, tinggal IA business ja.. EE draft je la, experiment kat Kolej.
Tada!!! Dah siap!!
Mod = 2<4
Purata = 2.68 [Klien pun x perlu tunggu terlalu lama, senang hati..]
Standard deviation =1.69 [ternyata staff2 KFC dilatih dengan baik untuk membuat kerja]
Mod = 0<2
Purata = 2.68 [sangat cepat, patut KFC byk untung sebab sentiasa dihujani pelanggan]
Standard Deviation = 2.38 [ taburan pun x la mengjangkau jauh, kira ok ar!]
ok, ini graf untuk bilangan client yang datang, ini resultnya;
Mod = 0-4 orang [ ok la, majoriti 0-4 orang datang dalam 3 minute, standard la..]
Purata = 2.95 [ fuh ramai gak, mmg untung seyh]
standard deviation = 2.80 [ julat agak luas, sebab nilai maximumnya ialah 22 orang dalam 3 minute]
So, konklusi yang dapat di buat di sini ialah,
IA math saya dah selesai, post ini sekadar memberi semangat kepada sesiapa yang belum siap..
Langkawi juga telah saya jejaki, Slip berjaya diambik..kepada yang belom ambik, bila lagi??
Dengan perancangan yang teliti, InsyaAllah semua jadi..
dan
Ingat, ape yang penting?? kerjasama..!!



