Friday, July 4, 2014

Cabaran Summer Kali ini

Alhamdulillah, sedar tak sedar kini tinggal lagi 1 bulan berbaki sebelum tamat pengajian saya di University of Edinburgh. Sungguh, cabaran summer ini amat perit sedikit berbanding dengan masa-masa lain. Ada banyak sebab saya menyatakan ianya perit. Bukan kerana saya sibuk dan pening dengan project master saya. Tidak sama sekali bahkan saya amat enjoy projek saya walaupun seringkali banyak kekangan yang dihadapi.

Antara sebab-sebab mengapa saya mengatakan summer ini sedikit tertekan ialah kerana terlalu banyak isu dan perkara yang perlu saya hadapi. Termasuklah soal mencari PhD, biasiswa Phd, aplikasi biasiswa, persediaan berkahwin seperti surat akuan bujang, HIV test dan ect, isu barang yang perlu dihantar pulang, tempahan tiket pulang, kesihatan yang agak terganggu.

Memang agak tertekan tetapi banyak perkara yang saya pelajari, iaitu yang paling utama jangan mudah menyerah kalah. biar perlahan-lahan tapi ada improvement.

Benar, laluilah dengan minda positif pasti kita akan menjadi individu yang cemerlang dunia dan akhirat. Salam perjuangan daripada bumi Edinburgh.


0 comments: