Thursday, June 16, 2011

G2S4: Menyemarakkan Semangat Menyumbang

16 Jun 2011, Khamis - Satu mesyuarat ringkas antara benua dan negara telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya semalam. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu G2S4? G2S4 ialah singkatan kepada sebuah Non-Profitable Organization iaitu, Guidance To Success IV (kali keempat) yang bakal melaksanakan misi seterusnya di pedalaman hulu Penang dengan targetnya terhadap para pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Dengan misinya yang jelas iaitu ingin membantu adik-adik supaya memperoleh kejayaan dalam bidang akademik dan juga menrangkumi semua aspek termasuklah membina jatidiri Islam dalam setiap individu seterusnya melahirkan para pelajar yang bermotivasi dan bersahsiah tinggi.

Lambang Korporat G2S

Organisasi ini mempunyai sejarah penubuhannya yang unik dan menarik dan dinaungi oeh hampir 20 orang ahli tetap yang masing-masing sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di Universiti terkemuka di luar negara. Sejarah penubuhannya bermula dengan misi kecil-kecilan atas sebab ingin memenuhi CAS Hour semasa di Kolej Mara Banting pada tahun 2009. Namun, atas dasar kesedaran yang tinggi, dengan bekalan pengalaman dan kekuatan yang ada, semua ahli masih aktif menyumbang tenaga, wang ringgit dan keringat demi menyumbang kepada masyarakat khususnya para pelajar di sekolah-sekolah pedalaman. Organisasi ini tidak dinaungi oleh mana-mana kumpulan yang berkepentingan sendiri tapi memfokuskan kepada sikap sukarela tanpa tagihan wang ringgit.


G2S1: Bersama para pelajar di SMK Bakai, Kulim, Kedah




 G2S2: Ahli-ahli yang setia di SMK Abdullah, Perak


G2S3: Ahli-Ahli di SMK Pulau Tuba, Langkawi, Kedah.

Sebagai sebuah organisasi yang semakin matang dan dewasa, G2S mempunyai visi yang jauh ke hadapan melihatkan dengan keadaan yang sentiasa berubah-ubah dan cabaran yang semakin meningkat terutamanya kepada para pelajar di sekolah pedalaman. G2S mempunyai minat yang mendalam terhadap institusi pendidikan Malaysia dan cuba memberi khidmat bakti secara professional menepati kehendak dan stail para pelajar itu sendiri memandangkan ahli-ahli G2S juga merupakan lepasan SPM yang cemerlang. Dengan pendekatan yang kreatif dan inovatif, Kem-kem yang diadakan ternyata memberi kesan yang positif dan mampu dikatakan sebagai sebuah kem yang berjaya dan konsisten.

Para pelajar diberi pendedahan dengan aktiviti-aktiviti luar yang menarik

Aktiviti yang benar-benar mangajak mereka berfikir secara saintifik, kreatif dan inovatof, memerlukan kerjasama berpasukan yang sangat tinggi.

Kem 3 hari dua malam ini melibatkan tingkatan 3 dan tingkatan 5

Sesi tutorial memperlihatkan peranan fasilitator sebagai kakak-kakak dan abang-abang yang dedikasi dan mempunya pengalaman yang sama ketika dahulu banyak membantu para pelajar.



Kini, saya, Amin Rukaini Bin Mustafa bertindak sebagai Pengarah Projek bagi G2S4 yang bakal dilaksanakan pada bulan Ogos ini bertempat di SMK Teluk Kumbar 2, Penang. Mana-mana pihak sekolah yang berminat untuk menerima khidmat bakti kami dalam memberikan sumbangan dan motivasi terhadap para pelajar mereka, bolehlah menyatakan hasrat tersebut sekiranya mahu, kami mengutamakan sekolah pedalaman yang memerlukan lebih khidmat tenaga motivasi. Rata-rata mengetahui bahawa untuk menganjurkan sesuatu kem meotivasi memerlukan satu dana yang agak besar untuk dilaburkan. Dan kebanyakan pihak sekolah tidak mempunyai dana yang besar untuk menjemput mana-mana agen yang mementingkan kewangan semata-mata.

Bagi pihak kami, kami bergerak atas dasar sukarela dan faktor kewangan bukanlah satu masalah. G2S2 yang telah dijalankan dahulu membuktikan bahawa faktor kewangan bukanlah masalah utama kerana kami berjaya memperoleh sumber Zakat negeri dan duit tersebut semuanya disalurkan demi pembangunan dan sumbangan terhadap para pelajar. Kos-kos lain dan sampingan semuanya ditanggung sendiri oleh ahli-ahli.

Jika berminat, anda boleh menghubungi kami di alamat - aminruk@yahoo.com ataupun ev_12mv2@yahoo.com




1 comments:

Akmal Hayat said...

akmalh_09@yahoo.com laa amin.. :)

post terbaek..!