Monday, June 13, 2011

Di Ufuk Sana Kujumpai Islam tapi Bukan Muslim

Mungkin post kali ini agak berbeza dari post-post yang lain, ianya sebuah luahan rasa hati yang terkubur. Buat tatapan insan-insan yang faham dan ingin faham. "Allahumma, berikanlah aku kelurusan dan ketelusan dalam menulis ini. Fahamkanlah mereka yang membaca nota-notaku agar tidak tersimpang jauh dari tafsiran yang ingin kusampaikan."

Edinburgh, saya mendapat tawaran kemasukan University of Edinburgh dengan tawaran "Unconditional Offer" dari pihak universiti. Rasa bersyukur tidak terhingga, apa yang kumintai dahulu termakbul oleh-Nya. "Ya Allah jika ini adalah ujian nikmat bagi diri ini, maka engkau tetapkanlah hatiku untuk sentiasa bersyukur kepada-Mu, janganlah engkau jadikan nikmatmu ini sebagai hijab ku menghadapkan pengabdianku buatMu."

Tiga belas jam perjalanan ke Kota Edinburgh menaiki pewasat MAS Boeing 747 tanpa henti, akhirnya aku menapak kaki di bumi Edinburgh. Suhunya sekitar 16 degree celcius pada ketika itu, terketar kaku aku dibuatnya. Alhamdulillah. Sampai jua akhirnya di sana. Tidak pernah kubayangkan dalam hidup mahupun mimpiku untuk sampai ke bumi itu, tapi mungkin Allah telah menempatkan aku di situ dengan hikmat-Nya yang tersembunyi. Suasana di situ cukup tenteram, membuat diriku ini terasa seolah-olah disambut dengan mesra oleh sepoi-sepoi bahasa angin mendayu-dayu. Dingin dan segar udaranya. Kota rayanya tida sesibuk kota yang pernah kulihat di Malaysia. Tersusun rapi. Itulah Edinburgh yang mula kukenali.

Kota Edinburgh

"Ya Allah berikanlah aku permulaan yang baik dan akhirilah aku dengan pengakhiran yang baik". Sukar untuk kukatakan. Sistem pengangkutan di situ cukup canggih dan sistematik. Bas yang mereka guna sudah seakan-akan sebuah keretapi yang akan tiba tepat pada waktunya dengan jam jangka masa yang sentiasa tidak menipu kita. Sistem GPS membolehkan bas di situ ditrek dengan baik. Para penumpang mendapat layanan yang baik. Orang-orang tua pada umur 60 sehingga 70 an masih lagi mampu bertongkat tercompang camping menaiki bas sambil driver bas pula menunggu dengan teliti warga emas itu duduk, barulah ia memandu semula. Warga emas punyai hak tersendiri, dilayan seperti kelas pertama, diberi bantuan, dan dikurniakan tempat duduk special yang bukannya hiasan semata-mata. Golongan cacat beroda pula, bas akan berhenti dan tiba-tiba mengeluarkan papan sisi yang membolehkan mereka masuk ke dalam bas dengan mudah. Mereka jua dilayan dengan baik, punyai hak tersendiri.

Mehnah pertama tiba sepertama kalinya ku masuk masjid besar Edinburgh. Usai solat ku bergegas keluar namun seberapa minit kemudian, kumulai sedar yang Handset ku telah keciciran. Diraba-raba seluruh poket tapi tidak jua kujumpai. Nah, terjatuh! Aku bergegas kembali ke tempat asal aku tadi. Ternyata sudah tiada. Rupa-rupanya dijumpai oleh seorang pegawai keselamatan. Beliau sudah terlebih dahulu membuat panggilan ke Malaysia, dengan lebih tepat memanggil telefon kepada Emak saya, "Cik, anak cik tercicir handset (dalam english), sila beritahu kepada dia". Wah, sungguh telus! Alhamdulillah ku dapat semula handset setelah disoal 'Idenfication' tentang jenis dan warna handset tersebut, barulah ia berikan kepadaku.

Aku dilayan seperti tetamu yang kehormat, setiap kali dijumpai, mereka tersenyum mesra. "Haiya.." Satu sapaan kebiasaan mereka yang bererti "Hye You" juga sama erti akan "Hello". "May I help you sir" aku disapa tatkala tercengang-cengang sendirian. Kanak-kanak di sana pula dilayan seperti seorang dewasa; tidak dimaki dan tidak dihalang memberi pendapat. Bahkan mereka sangat menyanjungi mana-mana individu yang mengeluarkan idea dan pendapat. Walaupun cubaan ku kadang-kadang tidak mengena semasa mencuba di dalam kelas, mereka: "That's quite right, I like the way you think, but..bla2". Wah, rasanya seronoknya ingin menjawab lagi. Begitulah mentaliti mereka yang cukup mesra lagi terbuka.

Pernah jua sekali Iphone4 yang baru sahaja kubeli dua hari semalamnya tercicir semasa kubermain Ice Skating. Cari-cari punyai cari, maka kutemui kembali di Booth pendaftaran. Semudah itu kutemui semula. Wah, manakan begini di Malaysia? Sekali tercicir, sekali beli handset baru, sedangkan di Masjid pun hilang. Tapi tidak di ufuk sana. Mereka telus, mereka jujur, mereka mempunyai nilai-nilai Islam, tapi sayang seribu sayang, mereka bukan Muslim. Kadang-kadang aku terfikir, apakah yang membuatkan mereka begitu baik sedemikian rupa? Jika tak cukup duit 1-2 penny nak naik bas, disuruh naik juga. Sampah sarap mereka benci, mereka suka kebersihan. Mereka sambut tetamu dengan semesra mungkin dan lain-lain lagi. Apakah yang membuat mereka sebegitu "Islam"? Adakah mereka Muslim pada syahadahnya? Sudah tentu tidak.

Mahu sahaja aku tulis panjang berjela- jela, tapi cukuplah sahaja dengan luahan ini, sudah cukup menyampaikan apa yang kupendamkan. Tapi tidak jua kunafikan, wujud jua perkara-perkara yang tidak Islam pada mereka, sudah tentu kerna mereka bukanlah Muslim. Tapi nilai-nilai dan mentaliti itu yang kusebut benar-benar sebuah manhaj yang Islam mahukan dari Muslim. Edinburgh mendayu-dayu lagi. Moga kelak kurasakannya lagi.

Edinburgh
Di ufuk itu, kulihat, wajah-wajah sistem dan pelaksanaan hak-hak kebajikan dan ksejahteraan yang Islam mahu membangun dengan baik. Banyak benar kutemui Islam disana, Malangnya tidak banyak kujumpau Islam dari Muslim. Mungkin suatu hari nanti akan ketemui jua wajah Muslim bersikapkan Islam. InsyaAllah. Moga diriku ini berubah ke arah yang lebih baik. Ameen.



2 comments:

hudhud said...

terjumpa juga Islam di bumi sakura namun dipraktik oleh yg bukn muslim..

Amin Rukaini Mustafa said...

Ya, Terima masih Hudhud kerna sudi berkongsi pengalman dari Bumi SAkura. :)