Saturday, May 14, 2011

Ada apa dengan 15 Mei?

Rata-rata bila ditanya ada apa dengan 16 Mei? Mungkin hampir semua tahu ianya sambutan hari Guru di Malaysia. Tapi berapa kerat yang tahu ada apa dengan 15 Mei? 15 Mei ini satu tarikh yang penting bagi mereka yang 'Ummah-Centrix'. 15 Mei adalah hari yang dikenali An-Nakbah. 15 Mei adalah hari yang melihatkan kepada seluruh umat Islam akan kejatuhan tanah suci Palestin ke tangan Israeil dengan lebih tepat kepada Rejim Zionis. Pada tarikh 15 Mei 1948, Israeil dengan gagasan yang dibantu sendiri oleh pihak British atas dasar negara kebangsaan telah menceroboh hampir 500 buah bandar besar tanah rakyat Palestin. Kesannya sebuah negara Haram telah terbina sehingga sekarang.

 Hari An-Nakbah = Hari Kecelakaan

Ini salah satu daripada kesannya:

Peta menunjukkan negara Palestin yang sudah hilang dari peta asal, dan kini Jerusalem yang menjadi tanah suci Al-Aqsa itu sendiri telah menjadi ibu negara Israel.



Berapa ramai yang tahu peristiwa ini? Dan berapa ramai yang tahu kenapa isu ini isu penting? Isu Ummat Islam dan jua Isu Aqidah Umat Islam? 

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layar terus ke laman web seorang kenalan seperjuangan, seorang aktivis Aman Palestin, Seorang Doktor Pakar Perbidanan dan lain-lain lagi. 

Sila klik link ini >>> http://zainurrashid.com/ | Peduli Ummah , jua dikenali sebagai Dr Z.


Gambar kenangan bersama Dr Z di hadapan Edinburgh Central Mosque



0 comments: